Kecaman Ayman al-Zawahiri : PBB ADALAH MUSUH ISLAM

al-zawahiri.jpg

WASHINGTON 3 April – Pemimpin nombor dua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri melemparkan kecaman terhadap Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) semalam dengan menggambarkan badan dunia itu sebagai “musuh bagi agama dan umat Islam”.

Kenyataannya itu terkandung dalam satu rakaman suara yang disiarkan di Internet menerusi kumpulan pemantauan laman web militan, IntelCenter.

“PBB ialah musuh Islam dan umat Islam, badan dunia itu telah menghalal serta mengkanunkan penubuhan negara Israel dan pengambilan tanah orang Islam,” kata Ayman.

Rakaman suara itu merupakan bahagian pertama dalam siri dua peringkat untuk menjawab kira-kira 100 soalan yang diajukan kepada Ayman, yang dikenali sebagai pemikir ideologi Al-Qaeda, menerusi forum militan di Internet.

Dia mengkategorikan jawapannya kepada empat bahagian iaitu pembunuhan mangsa tidak berdosa, Iran, Mesir dan Palestin selain menafikan rangkaian itu bertanggungjawab terhadap korban jiwa orang tidak bersalah.

Ayman menyelar PBB dengan menuduhnya berpegang pada dua standard berbeza.

“PBB mengakui Chechnya sebagai sebahagian Rusia, menganggap Ceuta dan Melilla sebagai sebahagian Sepanyol,” katanya dengan merujuk kepada dua wilayah Sepanyol di Afrika Utara yang dituntut oleh Maghribi.

Badan dunia itu juga akur dengan kehadiran orang asing atau “pejuang salib” di Afghanistan dan Iraq selain membenarkan pemisahan Timor Timur (kini Timor Leste) dari Indonesia.

“Namun PBB berat sebelah kerana tidak mengiktiraf hak kemerdekaan untuk Chechnya, untuk seluruh wilayah Islam Kaukasus, Kashmir, Ceuta serta Melilla dan juga Bosnia,” tegas Ayman lagi.

(Sumber Berita : Utusan Malaysia)

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 4 April 2008, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: