Boikot Produk Belanda : Saranan Ulama

Oleh Mohd Hamizar Hamid

SEPANG: Ulama di Malaysia dan Indonesia menyokong tindakan memboikot barangan buatan Belanda sebagai tanda bantahan terhadap penerbitan filem Fitna yang secara terang menghina Islam.

Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata majlis itu bersetuju dengan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) memboikot barangan keluaran Belanda bagi menyuarakan kemarahan terhadap penerbitan filem itu.

“Hubungan perniagaan adalah hubungan kerajaan, kita boikot barangan itu untuk tunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negara mereka yang membenarkan filem itu ditayangkan.

“Umat Islam dilarang mencaci agama lain, haram bagi orang Islam mencaci agama lain, sebab itu kita kena lawan dan kalau hendak jawab, kita boleh jawab macam-macam. Kita juga hanya boleh menyatakan kebenaran agama kita dan bukan dengan mencaci kepercayaan orang lain,” katanya.

Harussani turut menyelar pemimpin Parti Kebebasan Belanda, Geert Wilders kerana menghasilkan filem itu serta sengaja menggunakan petikan tidak lengkap ayat al-Quran berkaitan jihad bagi menggambarkan Islam menggalakkan keganasan.
“Filem ini betul-betul fitnah kepada kita. Dia menonjolkan ayat al-Quran yang perintahkan kita berjihad dengan orang kufur. Dia lupa bahawa sebelum itu ayat berkenaan menceritakan bagaimana orang kufur menentang umat Islam, cuba nak hapuskan Islam.

“Perintah kepada orang Islam supaya berjihad mempertahankan agama, tapi dia ambil kalimah yang al-Quran mengajar supaya membunuh orang, pancung orang, seolah-olah itulah perkara sebenar… sedangkan ayat itu tidak ditunjukkan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks al-Quran (LPPPQ) Bil 54/1.2008, Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi LPPPQ, Datuk Noh Gadut serta Pengerusi Lujnah Penyemakan dan Penilaian Teks al-Quran, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor.

Penerbitan filem 15 minit itu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan beberapa NGO serta pertubuhan politik di negara ini turut melancarkan kempen memboikot barangan buatan Belanda.

Filem itu yang antara lain menyelitkan imej peristiwa 11 September 2001 dan serangan bom di stesen Madrid pada 2004 dengan beberapa petikan ayat al-Quran, mula disiarkan menerusi internet mulai Khamis lalu.

Harussani yang juga Mufti Perak, berkata Wilders mempunyai agenda tidak baik terhadap Islam apabila sengaja tidak menyiarkan ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam menghormati sesama manusia dan melarang mereka berkelahi dengan orang kafir jika tidak diancam.

Sementara itu, Noh yang juga Mufti Johor berkata, kehebatan Islam sudah ditonjolkan pada zaman Rasulullah SAW menerusi Piagam Madinah yang memberi keadilan kepada semua termasuk bukan Islam.

Malah, katanya, ketika peperangan pun tentera Islam tidak dibenarkan menganiaya orang tua, wanita, kanak-kanak, pokok dan haiwan atau mereka yang berlindung di tempat ibadat.

“Kita perlu ingat, Islam berkembang bukan kerana pedang tetapi kerana kemanusiaan dan pendekatan tanpa membezakan warna kulit dan kedudukan,” katanya.

Di JAKARTA, Majlis Ulama Indonesia menggesa supaya barangan dari Belanda diboikot dalam bantahan dunia terhadap penerbitan filem itu.

Jurucakapnya, Ma’ruf Amien berkata Majlis Ulama mengambil ketetapan itu kerana penghinaan pengeluar filem Belanda berkenaan terhadap agama Islam.

Awal pagi semalam, kira-kira 50 pelajar Islam memasuki perkarangan bangunan konsulat Belanda di Indonesia dalam satu tunjuk perasaan membantah filem anti Islam itu.

Penunjuk perasaan berkenaan mengoyakkan bendera di bangunan berkenaan di Medan, kata seorang jurucakap kedutaan Belanda, Gonneke De Ridder.

Stesen radio el-Shinto melaporkan penunjuk perasaan juga melontarkan batu ke arah konsulat dan membakar bendera tetapi perkara itu tidak dapat disahkan jurucakap berkenaan.

(Sumber Berita : Berita Harian)

Ulasan Kalam Abu Musaddad :

# Nak ingatkan kepada seluruh umat Islam Muslimin dan Muslimah sekalian..

Kalau nak boikot…Boikotla betul2, jangan hangat2 tahi ayam jer. Biar mereka tahu dan tak semudah itu untuk menfitnah memburuk2kan Islam. Apatah lagi untuk menghina kitab suci pengangan dan panduan kita (al-Quran). TAKBIR !!! ALLAHU AKBAR !!!

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 3 April 2008, in Isu Semasa, Keratan Akbar and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Saya sokong sangat ngan usaha kerajaan boikot barangan belanda. biar sampai orang malaysia tak kenal langsung barangan mereka. tapi yang lawaknya, kerajaan kita beria-ia beno nak boikot, tapi kita juga beria beno menayang barangan mereka. mesti belanda ketawa ngan kebodohan orang kita. tengok iklan tv3, banyak iklan baranganbelanda yang baru. chit pooodah.

    ****KAM : Kalau lakukan sesuatu kerja itu dengan “hangat2 tahi ayam” apa benda pun takkan berjaya….****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: