Monthly Archives: April 2008

Isteri penyumbang utama kebahagiaan keluarga

Assalamualaikum wbt..Dalam al-Quran dijelaskan bahawa perkahwinan itu menjadikan suami dan isteri hidup dengan penuh kemesraan yang boleh menuju kepada ketenangan hati dan perasaan. Perkahwinan juga boleh menyebabkan suami dan isteri akan terasa tenang dan perasaan kasih sayang yang boleh membawa kepada belas kasihan. Suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan bahawa sebaik-baik kesenangan hidup di dunia ini ialah wanita atau isteri yang soleh seperti yang dijelaskan oleh sabda Rasulullah SAW. Ketenangan dan kebahagiaan hidup ada kaitan rapat dengan wanita atau isteri dan kebahagiaan sesebuah rumah tangga pula ada kaitan rapat dengan wanita atau isteri yang soleh dan baik. Read the rest of this entry

Islam dan Muslim

Assalamulaikum wbt…Sesungguhnya konsep Islam itu mengandungi dua unsur terpenting. Kedua unsur itu ialah :

Pertama : Kepercayaan penuh dan mutlak keesaan Allah.

Kedua : Kesanggupan penuh dan mutlak untuk menerima dan melaksanakan segala ajaran dan perintah Allah yang Maha Esa.

Dengan kedua2 unsur ini, ternyatalah bahawa konsep Islam adalah lengkap dan sempurna kerana ia berdasarkan iman mutlak atau kepercayaan yang teguh, kukuh serta pelaksanaan hukum Allah dalam kehidupan seharian bagi menjaminkan kebahagiaan dan keadilan masyarakat manusia di dunia dan kebahagiaan, keselamatan dan kesejahteraan yang mutlak dan abadi di akhirat nanti. Read the rest of this entry

Apabila Guru Dihina dan Dicaci….

Assalamualaikum wbt…Hari ini KALAMKU terpanggil lagi untuk membicarakan sesuatu buat insan yang bergelar guru, pelajar dan ibubapa. Aku terbaca harian metro (22 April 2008) sebentar tadi di mana akhbar itu melaporkan kes 5 guru sekolah rendah dekat semenyeh Kajang dihina, dicaci dan dimalukan dengan kata2 lucah dan kesat oleh 2 lelaki yang dipercayai ibubapa kepada pelajar sekolah tersebut dihadapan pelajar2 mereka sendiri menyebabkan mereka ditertawaka oleh kira2 40 orang pelajar dan hanya mampu menanggis apabila dihina dan dicaci oleh ibubapa tersebut. Sungguh tersentuh dan menyayat hati apabila aku bayangkan keadaan itu. Read the rest of this entry

Kaedah Selamat ‘mencuci’ Pangkal Rahim

Oleh Bintu Rasyada A. Rahman- BERGELAR ibu merupakan antara detik paling indah dalam hidup seorang wanita. Saat mengetahui bahawa diri sedang berbadan dua pastinya sangat menggembirakan terutama bagi pasangan yang baru berumah tangga.

Begitu yang dirasai Diana (bukan nama sebenar), tatkala ujian pengesanan hormon human chorionic gonadotropin (HCG) yang dilakukannya sendiri menunjukkan dua garisan selari. Selepas lima bulan mengalami keguguran kandungan pertama, pastinya detik ini sangat dinanti-nanti. Baginya, inilah masa yang sesuai untuk kehamilan baru memandangkan dirinya sudah cukup bersedia dari segi mental mahupun fizikal.

Berita gembira itu segera disampaikan kepada suami dan mereka bertemu doktor untuk mengesahkan lagi kandungan tersebut.

Segalanya berjalan lancar pada peringkat awal. Biarpun ada kalanya mengalami masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan bakal-bakal ibu di peringkat awal kehamilan, semuanya ditempuhi dengan tenang demi menanti kehadiran insan bergelar anak. Read the rest of this entry

Kenser Payudara- Pembunuh Nombor Satu Wanita

Oleh Dr Jamaludin Yusak-SALAH satu penyakit yang amat digeruni di kalangan kaum wanita di dunia, termasuk Malaysia, ialah kanser payudara.

Walau bagaimanapun, penyakit payudara tidak terhad kepada kanser sahaja. Payudara juga terdedah kepada pelbagai penyakit lain seperti: Read the rest of this entry

Tip Menambat kasih suami

DALAM melayari alam rumah tangga, tentunya kemanisan yang ingin diharapkan. Tetapi sudah menjadi asam garam berumah tangga, si suami mungkin berubah sikap selepas beberapa tahun membina mahligai bersama.

Sedangkan si isteri sering tertanya-tanya apakah yang terjadi di sebalik perhubungan yang semakin menampakkan jurang.

Justeru, sudah menjadi kewajipan bagi suami isteri mencari jalan penyelesaian untuk kemelut yang dihadapi.

Persoalan, adakah kamu ingin membuatkan suami benar-benar bahagia dan berasa beruntung setelah menikahi kamu sebagai wanita impiannya selama ini? Hal ini sememangnya tidak sukar untuk dilaksanakan dengan beberapa tip berikut : Read the rest of this entry

Kenapa Umat Islam Berpecah?

Assalamualaikum wbt..Kalau di kaji sejarah dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan maksud untuk menegakkan agama Islam, ianya adalah merupakan satu perjuangan paling gigih, paling hebat, paling besar, paling berani dan paling sabar dan tidak dapat di gambarkan tentang kegigihan, kehebatan, kebesaran, keberanian, dan kesabaran Baginda SAW.

Telah menjadi satu kenyataan bahawa Islam itu merupakan suatu agama yang terbesar di dunia, kebesaran Islam itu membuktikan kejayaan Baginda SAW dengan sokongan para sahabat, para ulama yang terkemudian darinya. Read the rest of this entry

Pengakuan Remaja Murtad

Assalamualaikum wbt…Gejala sosial yang melibatkan remaja2 kita pada hari ini amat membimbangkan semua pihak. Di sini ana paparkan satu pengakuan benar, kisah seorang remaja yang terjerumus dalam gejala MURTAD yang amat membimbangkan kita sekarang. Kepada semua remaja, jadikan kisah teladan ini sebagai iktibar, renungan dan pedoman dalam hidup kerana anda adalah harapan agama, bangsa dan negara.

Sangat Menarik Lagi Benar!!! : Mencari KEBERKATAN HIDUP

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila

masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara

menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi

hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,

pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,

kemajuan menjadi pesat. Read the rest of this entry

SK TANJUNG MANIS : Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran 2008

TANJUNG MANIS 09/04/2008 (Rabu) : Hari ini SK Tanjung Manis telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah anjuran panitia pendidikan Islam. Read the rest of this entry

Wilders Bebas Kritik Islam- Mahkamah Belanda

Ini adalah keputusan Mahkamah Belanda hari ini berkaitan isu filem FITNA.

AMSTERDAM 7 April – Mahkamah Belanda hari ini memutuskan bahawa Geert Wilders boleh membuat kritikan terhadap Islam termasuk membandingkan agama itu dengan fasisme serta Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang yang tidak bertamadun atas alasan “kebebasan bersuara”. Read the rest of this entry

Sufiah Akhirnya Buat Pengakuan


GADIS yang pernah menggemparkan dunia kerana memasuki Universiti Oxford ketika berumur 13 tahun pada 1997, Sufiah Yusof membuat pengakuan mengejutkan berhubung kerjayanya sebagai teman sosial dan jual tubuh. Read the rest of this entry

Hanya Sufiah Yang Tahu


PERJALANAN hidupnya sangat berliku walaupun dianugerahkan otak yang cukup pintar dalam matematik serta ditambah dengan wajah menarik. Namun kejayaan memasuki Universiti Oxford yang tersohor itu pada usia 13 tahun seolah-olah tidak memberi apa-apa kelebihan kepada Sufiah Yusof (gambar) dalam meniti hari dewasanya. Read the rest of this entry

Penerbangan Sulung MASwings : KUCHING-TANJUNG MANIS-KUCHING

05 April 2008 (Sabtu) TANJUNG MANIS : Hari ini Majlis Pelancaran Penerbangan Sulung Perkhidmatan MASwings ( Kuching-Tanjung Manis – Kuching ) telah di adakan di Lapangan Terbang Bandar Baru Tanjung Manis, Mukah. Ana juga turut hadir dalam majlis tersebut sebagai tetamu terhormat. MASwings merupakan anak syarikat penuh milik Malaysia Airlines yang dilancarkan 1 Okt tahun lepas yang menyediakan 451 penerbangan seminggu ke 22 destinasi ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Majlis Perasmian & Pelancaran Penerbangan Sulung Perkhidmatan MASwings tersebut telah di sempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan di lapangan terbang Tanjung Manis. Perkhidmatan itu yang menggunakan pesawat Twin Otter 19 tempat duduk, menghubungkan Tanjung Manis dengan Kuching pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket, sila klik di sini.

Read the rest of this entry

Kecaman Ayman al-Zawahiri : PBB ADALAH MUSUH ISLAM

al-zawahiri.jpg

WASHINGTON 3 April – Pemimpin nombor dua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri melemparkan kecaman terhadap Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) semalam dengan menggambarkan badan dunia itu sebagai “musuh bagi agama dan umat Islam”. Read the rest of this entry

Boikot Produk Belanda : Saranan Ulama

Oleh Mohd Hamizar Hamid

SEPANG: Ulama di Malaysia dan Indonesia menyokong tindakan memboikot barangan buatan Belanda sebagai tanda bantahan terhadap penerbitan filem Fitna yang secara terang menghina Islam.

Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata majlis itu bersetuju dengan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) memboikot barangan keluaran Belanda bagi menyuarakan kemarahan terhadap penerbitan filem itu. Read the rest of this entry

KALAMKU UNTUK SUFIAH

sufiah.jpgsufiah-yusuf.jpg
Sufiah…
Suatu ketika dulu dirimu menjadi kebanggaan kami rakyat Malaysia, sebagai sahabatmu yang sebangsa, seagama, seakidah dan seperjuangan.. Read the rest of this entry