Muslimah Kanada Reka Hijab Sukan

PENGHARAMAN hijab terhadap atlit Muslim daripada mengambil bahagian dalam pertandingan sukan mendorong seorang Muslimah Kanada, Abeer az-Azzawi membantu saudara seagamanya bermain, bekerja dan tinggal dengan pakaian hijab baru yang lebih sesuai, lapor Ottawa Citizen, baru-baru ini. “Anda lihat di gedung membekalkan semua pakaian wanita, untuk wanita rock dan yang mengghairahkan tetapi tiada satu pun pakaian untuk wanita bertudung,” kata Azzawi, sambil menambah: “Jika saya mampu melakukan sesuatu perubahan ini, saya akan lakukan.”

Wanita berusia 24 tahun berkelulusan dalam bidang kejuruteraan itu mengasaskan syarikat talian terus pembuatan hijab yang sesuai untuk wanita Islam yang bersukan. Dengan label “Hijabs for Life” tudung kepala itu diperbuat menggunakan tema warna cerah dan mengikut fesyen terkini dengan jalur terang. Hijab itu dihasilkan dengan senireka fabrik kain kapas yang memanjang, menutup bahagian kepala bermula dari dahi, sehingga mampu menyerap peluh. Di bahagian hijab disediakan satu kocek, iaitu satu lipatan yang dijahit bagi mereka yang mempunyai rambut panjang.

Sesetengah hijab diperbuat daripada bulu biri-biri lembut dan direka jalur atau jahitan yang jelas seperti bulu dikait bagi kegunaan pada musim dingin.”Tiada hijab dibuat menggunakan logam, tiada zip atau butangbesi,tidak mencederakan sesiapa,”kataAzzawi.Disebabkan kepelbagaian jenis hijab, ia juga sesuai dipakai bagi sebarang aktiviti, termasuk dalam senaman yoga dan aktiviti lasak seperti berlari. Isu pemakaian hijab dalam pertandingan sukan dibangkitkan beberapa bulan lalu apabila pemakainya dinafikan hak dalam beberapa acara, terutama membabitkan sukan.

Seorang budak perempuan Kanada berusia 11 tahun dinafikan daripada perlawanan judo peringkat nasional November lalu kerana memakai hijab. Persekutuan Taekwondo Dunia mengeluarkan peraturan Mei tahun lalu iaitu pemain wanita tidak dibenarkan menutup rambut mereka dalam acara terbabit. Sebelum itu pada Mac tahun lalu, Badan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) menegaskan hijab adalah dilarang dalam permainan bolasepak. Peraturan itu dibuat selepas seorang Muslimah Kanada dibuang daripada menyertai perlawanan bolasepak kerana memakai hijab. Satu daripada senireka kegemaran Azzawi ialah menggabungkan pelbagai warna bagi pasukan Kanada, khususnya putih dengan jalur merah dan bentuk daun pohon maple dibahagian pelipis.”Jika budak perempuan memakai hijab ini dan dia bertanding dalam sebarang acara, lalu dia diberitahu supaya menanggalkannya, dia tidak akan terus membukanya kerana ia adalah symbol Kanada,”katanya.Azzawi menerima permintaan bagi hijab yang direkanya daripada pembeli dan pereka pakaian bagi satu siri komedi Kanada “Little Mosque on the Prairie.”Dia juga berharap fesyen hijab diilhamkannya akan dipakai dalam pertunjukan musim ketiga CBC-TV.

Setakat ini, Azzawi dapat menjual 85 hijab di Ottawa (Kanada), Amerika Syarikat, United Kingdom, Belgium dan Singapura. Projek Azzawi yang terpilih satu daripada lapan projek Ottawa akan diberikan dana melalui program syarikat kerajaan Ontario.”Ia besar, pasaran yang besar,” katanya yang berhasrat mengembangkan lagi projeknya. Dia juga merancang menghasilkan baju-T yang tertera perkataan “Islam memberikan ketenangan”dan pakai anakuatik yang menggunakan contoh burkini. Burkini ialah pakaian renang yang menggabungkan sekali penutup kepala, tidak terlalu ketat, direka di Australia bagi membolehkan wanita dan remaja perempuan Islam tetap mematuhi kod etika Islam sewaktu berenang.

Hijab dikritik hebat sejak pengharamannya di Perancis pada 2004, dilarang memakainya di sekolah dan institusi umum. Beberapa negara Eropah juga mengikuti jejak Perancis.

Sumber : Harian Metro.

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 18 Mac 2008, in BICARA GLOBAL, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: