Sikap Prasangka Membawa Padah

Suka berprangsangka…Ada prasangka baik. Ada prasangka buruk. Orang beribadah disangka riak. Orang rileks disangka malas. Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk. Orang yang pakai baju buruk disangka miskin. Orang yang makan banyak disangka pelahap. Orang yang makan sedikit disangka berdiet. Orang baik disangka buruk. Orang buruk disangka baik. Orang senyum disangka mengejek. Orang masam disangka merajuk. Orang berbincang disangka mengumpat. Orang diam disangka menyendiri. Orang menawan disangka pakai susuk. Orang nampak ceria disangka membela.
MAHU TAHU?? Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah SWT. Yang senyum itu kerana bersedekah. Yang masam itu kerana mengenangkan dosanya. Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya dan yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.Jauhi sikap berprasangka kerana sikap itu bakal memusnahkan persaudaraan, bagai musnahnya kayu dimakan api. Keikhlasan itu tidak perlu dipamerkan melalui tingkah laku tetapi ia boleh dirasa dengan sendirinya kerana manusia tidak boleh berpura2 untuk bersimpati.Manusia juga sering menokok tambah cerita. Kadang kala perbuatan itu tidak disengajakan, tetapi sudah menjadi lumrah, kepuasan lebih terasa apabila cerita asal berubah nada. Bak kata pepatah ” Yang sejari menjadi sejengkal, dan yang sehasta menjadi sedepa.”

Oleh itu..RENUNG2KANLAH…

WALLAHU A’LAM…

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 Mac 2008, in BICARA AKHLAK, Motivasi. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. saya dah slalu kene prasangka macam ni. betul2 macam yang saudara katakan. saya makan macam biasa (pinggan mesti licin sebab sunnah) dikatakan pelahap. slalunya perempuanlah yang macam ni (saya ni perempuan). tak cukup stakat tu, di hebohkan dengan cakap kuat2 depan khalayak ramai untuk malukan saya. mungkin tak puas hati sebab ramai lelaki yang tertarik- astarghfirlah bukan nak bangga tapi ini yang terjadi. sy tak bergaul dgn lelaki, dikatanya sombong padahal bukankah tidak elok dlm islam untuk bercampur gaul sesama bukan muhrim? saya mendirikan solat dan membaca quran dituduhnya saya baik sebab saya insaf sebelum ni saya perempuan jahat-astarghfirlah, tuduhan yang tidak betul sama sekali. saya tak pernah buat perkara2 terkutuk seperti yang mereka katakan. saya senyum, dikatanya oleh si fulanah dengan kuat2 depan orang ramai, “Kenapa awak senyum kat saya ha?” subhanallah. perempuan2 disekeliling sy slalu saja cari bahan nak memalukan saya. kadang2 sy menangis sendirian mengenangkan aib yang saya lalui. kalau sempat balik rumah, saya nangis di rumah. kalau tak sempat, saya nangis di surau saja. punyalah bawak cerita sampaikan ada lelaki2 yang sampai jadi benci dengan saya sampai ikut sama memalukan saya. kalau nak ceritakan tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan pd sy memang tak habis kolum ni. macam2 lagi yg mereka buat, tapi sy hanya mampu bersabar. subhanallah. Allah sajalah yang tahu perasaan saya.

  1. Pingback: Bukan salah mereka gugurkan anak LUAR NIKAH? - TheBloggerSquare.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: