Marilah Memerangi Kezaliman Zionis

Sudah menjadi lumrah dunia, bahawa setiap yang lemah akan dipandang hina, dikhianati, dizalimi dan dicerobohi oleh mereka yang kuat dan perkasa. Manakala mereka yang kuat dan perkasa akan dipandang hebat dan dihormati, digeruni dan ditakuti. Hal ini telah dilakar dalam sejarah manusia sejak dahulu hingga kini. Pada hari ini pun situasi seperti ini pun masih lagi berlaku iaitu sikap biadap, angkuh dan zalim yang dilakukan oleh tentera-tentera Israel ke atas rakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Setiap hari kita dipertontonkan perilaku kezaliman yang tidak berperikemanusiaan tentera-tentera zionis terutamanya kepada kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa. Dunia hanya memerhati dan memandang sepi apa yang berlaku di bumi Palastin dan Lubnan. Tiada negara kuat dan berkuasa yang benar-benar berusaha untuk menghentikan segala kekejaman dan kezaliman tentera-tentera zionis tersebut.

Malah pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pun semacam tiada taring untuk menyelesaikan perkara ini. Bagi kita orang-orang Islam, sudah tentu kekejaman tersebut merupakan sikap kebiadapan luar biasa bagi setiap manusia. Apatah lagi kezaliman tersebut berlaku di bumi Palastin yang terdapat di dalamnya Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Bumi Palestin pada satu ketika dahulu merupakan sebuah kota yang dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gilang gemilang. Untuk makluman kita semua bahawa bumi Palastin adalah merupakan bumi para Anbia kerana ramainya para nabi dan rasul muncul dan lahir di sana. Antaranya Nabi Ibrahim a.s., Nabi Yusuf a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Tetapi kini ianya dirampas oleh rejim Yahudi melalui perancangan dan tipu muslihat yang halus melalui Perjanjian Bolfoor pada tahun 1917. Bermula dari situlah umat Islam di Palastin ditindas dan dihalau ditanah milik mereka sendiri. Akhirnya rakyat Palastin menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Kini, seluruh umat manusia seolah-olah sudah lupa hakikat ini dengan membiarkan segala macam kejadian dan pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan, sedangkan mereka ini memang telah dilaknat. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 78 :

Maksudnya : “ Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa ibnu Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh) ”

Pencorobahan demi pencerobohan terhadap bumi Palastin, Pencerobohan tersebut merupakan siri-siri keganasan betapa kejam dan zalimnya rejim Zionis terhadap manusia lain. Tanpa mengira siapa, bayi, kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Perlakuan kezaliman ini merupakan impian rejim Zionis kerana mereka ingin menegakkan Negara Isreal Raya atau “The Greatest Isreal”.

Sesungguhnya paparan pencerobohan dan kezaliman tentera Zionis ke atas bumi Palastin dan Lubnan bukan hanya sebagai bahan rintihan dan keluhan umat Islam sahaja. Apa yang pentingnya ialah umat Islam perlu bersatu dengan menyatakan sokongan kepada rakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Malah perlu mengutuk sekeras-kerasnya perilaku tentera rezim Zionis ini.

Penderitaan yang ditanggung oleh mereka ini sesungguhnya amat berat, lebih berat dari mata yang memandang. Janganlah dibiarkan mereka terus dimamah oleh rejim zionis yang sentiasa benci terhadap umat Islam. Jangan dibiarkan bumi Allah ini dikuasai oleh orang-orang yang menghina Allah dan angkuh dengan kekuatan sendiri yang hanya bersifat sementara.

Dalam menghadap strategi ini umat Islam perlu bersatu dalam hal-hal pemikiran, sokongan moral, sokongan harta benda, menghulur barangan ubat-ubatan dan rawatan. Menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan rejim Zionis. Malah umat Islam dilarang keras untuk duduk bersekongkol dengan mereka seperti Sabda Rasulullah s.a.w. :

Bermaksud : “Daripada Abi Said al-Khudri r.a. telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya kamu akan mengikut perjalanan orang-orang yang terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak nescaya kamu akan mengikutinya, kami bertanya wahai Rasulullah, adakah Yahudi dan Nasrani (akan menjadi ikutan) jawabnya : siapa lagi.”(Hadis riwayat Muslim)

Hadis di atas menghuraikan kepada kita bahawa setiap perjalanan kita mestilah diatur rapi bukan hanya mengikut perancangan orang lain, jika tidak kita akan terperangkap didalam perancangan mereka dan dengan mudah mengikut segala telunjuk mereka.

Kesimpulannya Kalam Abu Musaddad pada hari ini ingin mengajak semua umat Islam merenung peristiwa-peristiwa pahit ini untuk dijadikan sandaran bagi menguatkan lagi persaudaraan sesama umat Islam walau dimana kita berada serta juga dijadikan peringatan kepada umat Islam di Negara-negara lain yang masih bebas dari cengkaman ini agar semuanya sentiasa memelihara agama Allah dengan melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan semua larangan-Nya.

WALLAHU A’LAM…

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 15 Mac 2008, in BICARA GLOBAL. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: