Tahniah! kepada Semua Pelajar STPM

GURU…Dalam tegurnya ada doa…Dalam tawanya ada mesra..Dalam ajarnya ada harapan…Dalam marahnya ada sayang..Dalam diamnya ada bijaksana…DALAM TANGANNYA ANDA TERBINA….

Alhamdulillah puji dan syukur kepada ILAHI hari ini keputusan STPM telah diumumkan..Kalam ini setinggi2 mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua student2 STPM seluruh negara yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Anda adalah anak kebanggaan kedua ibubapa..Anda juga adalah murid kebanggaan kami (guru2 malaysia)..Anda kebanggaan negara..Seterusnya anda adalah murid/pelajar kebanggaan sekolah.Justeru itu tingkatkan lagi usaha anda pada masa2 akan datang supaya anda menjadi murid/pelajar yang lebih cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun sahsiah diri.

Tidak lupa juga kepada yang kurang berjaya pada kali ini, anda jangan mudah putus asa, kegagalan yang pertama tidak semestinya anda gagal untuk selama2nya, bangkitlah dari tidur yang panjang itu, mungkin selama ini anda tidur lena..dan kepada yang telah berusaha dengan gigih tetapi kejayaan bukan lagi milik anda, anggaplah itu sebagai dorongan dan semangat anda untuk menuju dan terus melangkah kehadapan, ingatlah! setiap yang berlaku itu adalah ketentuan ALLAH SWT..Itu semua adalah ujian daripada Yang Maha Kuasa..ALLAH SWT ingin menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran seseorang hamba itu..Oleh itu jangan sia2kan masa yang ada..Gunakannya sebaik mungkin untuk menciptakan kejayaan pada masa akan datang.

Akhir kalam sekali lagi TAHNIAH untuk anda dari Kalam Abu Musaddad.

WALLAHU A’LAM..

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 13 Mac 2008, in BICARA INSAN GURU. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: