Wakil Rakyat Baru

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT kerana pilihan raya yang kita tunggu2 dah selesai dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah yang timbul ekoran baru2 ini sangat tegang di mana parti2 yang bertanding sibuk dengan kempen masing2 untuk meraih undi dan sokongan rakyat terhadap calon dan parti mereka masing2.
Alhamdulillah hanya puji dan syukur yang berhak dikeluarkan dari lidah kita sebagai orang mukmin memandangkan dihari di mana semua rakyat di seluruh negara keluar untuk menunaikan kewajipan dan tanggungjawab masing2 iaitu pada 8 mac 2008 baru2 ini untuk memilih calon pemimpin yang berhak dan layak untuk menerajui bumi bertuah MALAYSIA ini.Sebelum Kalam Abu Musaddad ini lancar dengan fikrahnya, terlebih dahulu ana ingin mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada mana2 calon dan parti yang menang dalam pemilihan kali ini. Bagi yang kurang bernasib baik kali ini seharusnya buatlah muhasabah diri kerana setiap yang berlaku itu ada sebab dan musababnya..Apakah, kenapakah dan bagaimana hal tersebut boleh berlaku..Tanyalah diri masing2.

Agak menarik jugak kalau kita perhatikan pilihan raya ke-12 kali ini dan belum ada dalam sejarah politik Malaysia dengan apa yang berlaku pada hari ini. Ana sendiri pun agak terkejut jugak dengan perubahan ini di mana 4 buah negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang sebelum ini dikuasai oleh parti kerajaan BN tumpas kepada parti pembangkang iaitu PKR, PAS dan DAP. Manakala 1 negeri masih kekal dengan pemerintahan dibawah pimpinan parti PAS iaitu negeri Kelantan. Sebelum pilihan raya baru2 ini ura2 negeri Kelantan akan jatuh kepada BN setelah 18 tahun memerintah. Tapi berlaku sebaliknya di mana parti PAS menang besar dalam pilihan raya dan BN masih gagal untuk merebut Kelantan walaupun ditabur dengan berbagai janji untuk majukan Kelantan setelah mereka diberi kepercayaan oleh rakyat Kelantan untuk mentadbir negeri Che Siti Wan Kembang itu..Ini menunjukkan rakyat kelantan masih inginkan negeri mereka dipimpin oleh pimpinan ulama di bawah pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Mereka tidak mudah termakan janji2 yang dibuat oleh kerajaan BN. Hal ini jugak bermakna mereka masih selesa dibawah pemerintahan pimpinan PAS yang setelah 18 tahun memerintah negeri itu. SYABAS rakyat Kelantan.

Dalam pilihan raya ke-12 ini juga kita perhatikan di mana 4 menteri dan 10 timbalan menteri tumpas ditangan parti pembangkang. Hal ini belum ada jugak dalam sejarah politik negara kita. Ini menunjukkan suara rakyat mula bangkit dan mereka memerlukan pembelaan yang sewajarnya sebagai warganegara Malaysia. Mereka jugak berhak membuat pilihan pemimpin yang manakah mereka rasa boleh memimpin mereka dan anak2 cucu mereka kelak.

Kepada yang bergelar wakil rakyat sekarang ini, tunailah janji2 anda yang dibuat sebelum pilihan raya baru2 ini. Kerana rakyat sudah memberi kepercayaan kepada anda untuk membela nasib mereka kalau sebelum ini mereka merasakan diri mereka dipinggirkan maka andalah sekarang ini bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa andalah pemimpin yang ditunggu2 oleh rakyat Malaysia.

Justeru itu..Sekali lagi kalam ini mengingatkan kepada mana2 parti sama ada BN, PAS, PKR, DAP dan Bebas yang memenaggi pilihan raya baru2 ini tunailah tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat yang prihatin, bijaksana, tanggungjawab, dedikasi dan tunjuklah ciri2 kepimpinan yang digariskan oleh syara’. Semoga Malaysia Maju dibawah pimpinan anda.

WALLAHU A’LAM..

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 11 Mac 2008, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: