POTENSI DIRI

Bismilahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt..

Untuk berjaya di dalam kerjaya atau apa sahaja yang dilakukan di dalam kehidupan seharian, kita perlu berusaha secara berterusan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini dengan meningkatkan diri kita di dalam tiga perkara;

  1. Menambah ilmu pengetahuan (tahu apa)
  2. Mempelbagaikan kemahiran (tahu bagaimana)
  3. Merubah sikap kearah yang positif (tahu kenapa)

Potensi diri ialah berkaitan dengan perubahan sikap kearah yang positif. Sikap adalah perkara yang sukar diubah seperti sabda Rasulullah SAW :“Kalau ada orang menyatakan Gunung Uhud itu sudah berubah tempat, boleh dipercayai tanpa dilihat terlebih dahulu. Tetapi kalau ada orang yang menyatakan si polan itu sudah berubah perangainya, jangan kita terima kecuali kita saksikan dahulu.” Bagaimanapun ia boleh diubah seperti tercatat didalam surah Arra’d ayat 11 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah SWT  tidak akan  mengubah  nasib  sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri merubahnya”.

Anda boleh berubah sekiranya anda mahu dan bersedia untuk berubah. Ramai yang mahu berubah tetapi tidak bersedia kerana tidak tahu caranya. Seseorang itu tidak boleh berubah dengan cuba mengubah sikap. Apa yang perlu dilakukan ialah terlebih dahulu mengenali dan memahami apakah faktor-faktor kepada perubahan sikap. Inilah perkara yang perlu diubah terlebih dahulu. Umpama penyakit puncanya perlu diketahui dan difahami untuk mudah diubati.

=== *UNTUK MENGUBAH SIKAP* ===

Kita perlu mengubah perasaan.

Sebelum mengubah perasaan

Kita perlu mengubah kepercayaan.

Sebelum mengubah kepercayaan

Kita perlu mengubah pemikiran.

Sebelum mengubah pemikiran

Kita perlu mengubah imaginasi

Sebelum mengubah imaginasi

Kita perlu mengubah janji diri.

Sebelum mengubah janji diri

Kita perlu mengenali POTENSI DIRI…

WALLAHU A’LAM…..

#Alias Haji Muda#

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 4 Mac 2008, in Motivasi. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: