Monthly Archives: Mac 2008

FITNA : Satu Penghinaan Terhadap Islam

fitna.jpg
Isu penghinaan terhadap Islam, al-Quran dan Nabi Muhammad SAW ini sebenarnya telah berlarutan sejak dahulu lagi. Sebelum filem FITNA, dunia hangat membicarakan tentang sebuah akhbar arus perdana Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW. Penerbitan karikatur tersebut menyebabkan seluruh masyarakat Islam seluruh dunia membantah tindakan itu. Read the rest of this entry

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbt kepada semua pelawat blog ini semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Hari ini Kalam ini ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Read the rest of this entry

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kalam ini mula bicara :

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Read the rest of this entry

Sayangi dan Hormatilah Ibubapa Anda

Kelebihan Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.” Read the rest of this entry

HORMAT KETUA

Setiap individu mempunyai potensi menjadi ketua dalam bidang masing2. Ketua bertanggungjawab menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan yang telah dirancang.

Sifat menghormati sesiapa sahaja yang dianggap sebagai ketua mesti disemai dan dipupuk agar kita memahami tugas dan peranan mereka.

Setiap arahan, nasihat dan teguran yang diberikan adalah untuk kebaikan bersama. Besarkan jiwa dan minda kita untuk melihat positifnya kritikan yang diberi oleh seseorang ketua dalam sesuatu tindakan yang diambil. HORMAT DIRI SENDIRI JUGA.

Kembalinya Seorang Ulama’ Ke Rahmatullah

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT kerana kita sekali lagi dipertemukan di dalam ruangan ini, ana harap pelawat2 semuanya berada di dalam keadaan sihat walafiat sokmo…

hjlah.jpgKira2 jam 09.45 pagi tadi ana mendapat 1 sms dari seorang kawan (Hamdan) dia memberitahu bahawa Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman (orang Kelantan memanggilnya dengan panggilan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah) telah kembali ke rahmatullah (Rabu 19 Mac 2008 bersamaan 11 Rabiul Awal 1429H) jam 7 pagi tadi. Beliau merupakan seorang ulamak terbilang dan pejuang Islam tersohor di negeri Kelantan. Menurut kawan saya itu ( Hamdan ), beliau akan dikebumikan pada jam 3 petang ini.

Perginya seorang ulamak terbilang dan pejuang Islam. Marilah sama2 kita membaca AL-FATIHAH semoga beliau ditempatkan oleh Allah SWT bersama orang2 yang soleh di akhirat kelak.

Di sini ana ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian secara ringkas sejarah penubuhan Pondok Lubuk Tapah yang terletak di Pasir Mas Kelantan dan sedikit biodata Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman. Read the rest of this entry

Muslimah Kanada Reka Hijab Sukan

PENGHARAMAN hijab terhadap atlit Muslim daripada mengambil bahagian dalam pertandingan sukan mendorong seorang Muslimah Kanada, Abeer az-Azzawi membantu saudara seagamanya bermain, bekerja dan tinggal dengan pakaian hijab baru yang lebih sesuai, lapor Ottawa Citizen, baru-baru ini. “Anda lihat di gedung membekalkan semua pakaian wanita, untuk wanita rock dan yang mengghairahkan tetapi tiada satu pun pakaian untuk wanita bertudung,” kata Azzawi, sambil menambah: “Jika saya mampu melakukan sesuatu perubahan ini, saya akan lakukan.” Read the rest of this entry

Sikap Prasangka Membawa Padah

Suka berprangsangka…Ada prasangka baik. Ada prasangka buruk. Orang beribadah disangka riak. Orang rileks disangka malas. Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk. Orang yang pakai baju buruk disangka miskin. Orang yang makan banyak disangka pelahap. Orang yang makan sedikit disangka berdiet. Orang baik disangka buruk. Orang buruk disangka baik. Orang senyum disangka mengejek. Orang masam disangka merajuk. Orang berbincang disangka mengumpat. Orang diam disangka menyendiri. Orang menawan disangka pakai susuk. Orang nampak ceria disangka membela.
MAHU TAHU?? Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah SWT. Yang senyum itu kerana bersedekah. Yang masam itu kerana mengenangkan dosanya. Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya dan yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.Jauhi sikap berprasangka kerana sikap itu bakal memusnahkan persaudaraan, bagai musnahnya kayu dimakan api. Keikhlasan itu tidak perlu dipamerkan melalui tingkah laku tetapi ia boleh dirasa dengan sendirinya kerana manusia tidak boleh berpura2 untuk bersimpati.Manusia juga sering menokok tambah cerita. Kadang kala perbuatan itu tidak disengajakan, tetapi sudah menjadi lumrah, kepuasan lebih terasa apabila cerita asal berubah nada. Bak kata pepatah ” Yang sejari menjadi sejengkal, dan yang sehasta menjadi sedepa.”

Oleh itu..RENUNG2KANLAH…

WALLAHU A’LAM…

SOLAT: Apa Logiknya Menurut Pandangan Sains

Bismillahirrahmanirrahim..

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Read the rest of this entry

GURU: Role Model Sepanjang Zaman

Kalau murid tak suka guru…Apa diajar tak menjadi ilmu..Kalau murid malas menyoal…Guru tak tahu apa tertinggal…Kalau murid malas bertanya…Apa yang dibuat semua tak kena…Kalau murid selalu didamping…Dapatlah murid elok disiplin…Kalau murid dah tahu belajar…Taklah susah guru mengajar….
Guru adalah role model. Pelajar akan meniru tiap gerak geri dan tutur kata guru. Bagaimana kita menjelmakan contoh diri kita kepada sesuatu yang menjadi tiruan dan amalan pelajar, harus difikirkan dengan rasional.

Tampilkan sesuatu yang positif terhadap gambaran pelajar kita dengan apa yang dilakukan; baik terhadap kerjaya guru, rakan sejawat, pihak pengurusan atau organisasi. Hormatilah apa yang menjadi kebanggaan dunia pendidikan : GURU MODEL SEPANJANG ZAMAN. GURU PEMBENTUK JATI DIRI.

Melayu Menyesal Sokong DAP, Cina Menyesal Sokong PAS??

MaulanaPurnama
Sat | Mar 15, 08 | 1:43:42 pm MYT

Melihat apa yang berlaku di Perak, ada orang Melayu sudah mula menyesal mengundi DAP. Begitu juga dengan orang Cina yang mengundi PAS.

Itulah masalahnya apabila rakyat Malaysia sudah terlalu biasa dengan sistem Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya suatu tidak normal dalam amalan demokrasi. Dalam perhatian rakyat kepada apa yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang, orang lupa tentang masalah yang dihadapi oleh BN untuk membentuk kerajaan di Perlis dan Terengganu walaupun mereka tidak perlu menubuhkan kerajaan campuran. Read the rest of this entry

Marilah Memerangi Kezaliman Zionis

Sudah menjadi lumrah dunia, bahawa setiap yang lemah akan dipandang hina, dikhianati, dizalimi dan dicerobohi oleh mereka yang kuat dan perkasa. Manakala mereka yang kuat dan perkasa akan dipandang hebat dan dihormati, digeruni dan ditakuti. Hal ini telah dilakar dalam sejarah manusia sejak dahulu hingga kini. Pada hari ini pun situasi seperti ini pun masih lagi berlaku iaitu sikap biadap, angkuh dan zalim yang dilakukan oleh tentera-tentera Israel ke atas rakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Setiap hari kita dipertontonkan perilaku kezaliman yang tidak berperikemanusiaan tentera-tentera zionis terutamanya kepada kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa. Dunia hanya memerhati dan memandang sepi apa yang berlaku di bumi Palastin dan Lubnan. Tiada negara kuat dan berkuasa yang benar-benar berusaha untuk menghentikan segala kekejaman dan kezaliman tentera-tentera zionis tersebut. Read the rest of this entry

Tahniah! kepada Semua Pelajar STPM

GURU…Dalam tegurnya ada doa…Dalam tawanya ada mesra..Dalam ajarnya ada harapan…Dalam marahnya ada sayang..Dalam diamnya ada bijaksana…DALAM TANGANNYA ANDA TERBINA….

Alhamdulillah puji dan syukur kepada ILAHI hari ini keputusan STPM telah diumumkan..Kalam ini setinggi2 mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua student2 STPM seluruh negara yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Anda adalah anak kebanggaan kedua ibubapa..Anda juga adalah murid kebanggaan kami (guru2 malaysia)..Anda kebanggaan negara..Seterusnya anda adalah murid/pelajar kebanggaan sekolah.Justeru itu tingkatkan lagi usaha anda pada masa2 akan datang supaya anda menjadi murid/pelajar yang lebih cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun sahsiah diri.

Tidak lupa juga kepada yang kurang berjaya pada kali ini, anda jangan mudah putus asa, kegagalan yang pertama tidak semestinya anda gagal untuk selama2nya, bangkitlah dari tidur yang panjang itu, mungkin selama ini anda tidur lena..dan kepada yang telah berusaha dengan gigih tetapi kejayaan bukan lagi milik anda, anggaplah itu sebagai dorongan dan semangat anda untuk menuju dan terus melangkah kehadapan, ingatlah! setiap yang berlaku itu adalah ketentuan ALLAH SWT..Itu semua adalah ujian daripada Yang Maha Kuasa..ALLAH SWT ingin menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran seseorang hamba itu..Oleh itu jangan sia2kan masa yang ada..Gunakannya sebaik mungkin untuk menciptakan kejayaan pada masa akan datang.

Akhir kalam sekali lagi TAHNIAH untuk anda dari Kalam Abu Musaddad.

WALLAHU A’LAM..

Tip Membuat Keputusan dan Pilihan Yang Tepat

Memandangkan mata susah nak lena saat ini walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.40 pagi, ana mulakan kalam ini dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim…Semoga kalam ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya tidak kira di mana anda berada dan siapakah anda.

Emmm..Terlintas di fikiran ana nak tulis pasal “Pengurusan Diri” kali ini. Almaklum sepertimana kita ketahui terdapat ramai dikalangan kita pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk mengurus diri terutama dalam membuat sesuatu keputusan. Apabila berlaku sesuatu masalah atau pun membuat pilihan sama ada berkaitan peribadi, kerja dan sebagainya mereka susah untuk menyelesaikannya dan membuat pilihan yang tepat. Mengapa hal ini berlaku?? Read the rest of this entry

Wakil Rakyat Baru

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT kerana pilihan raya yang kita tunggu2 dah selesai dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah yang timbul ekoran baru2 ini sangat tegang di mana parti2 yang bertanding sibuk dengan kempen masing2 untuk meraih undi dan sokongan rakyat terhadap calon dan parti mereka masing2.
Alhamdulillah hanya puji dan syukur yang berhak dikeluarkan dari lidah kita sebagai orang mukmin memandangkan dihari di mana semua rakyat di seluruh negara keluar untuk menunaikan kewajipan dan tanggungjawab masing2 iaitu pada 8 mac 2008 baru2 ini untuk memilih calon pemimpin yang berhak dan layak untuk menerajui bumi bertuah MALAYSIA ini. Read the rest of this entry

Bab Sumpah

Hadits Pertama:

Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Agung lagi Maha Mulia melarang kamu bersumpah dengan nama  bapa-bapa kamu.

Hadits Kedua:

Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu memohon untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika pimpinan diberikan kepada kamu bukan kerana permohonan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin tanpa menghadapi banyak masalah. Jika kamu telah terlanjur bersumpah, kemudian kamu melihat ada sesuatu yang lebih baik daripada sumpahmu itu, maka hendaklah kamu membayar denda iaitu kifarat dari sumpahmu tadi dan hendaklah kamu mengerjakan sesuatu yang lebih baik itu.

Hadits Ketiga:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi Sulaiman a.s memiliki seramai enam puluh orang isteri. Suatu ketika dia pernah berkata, malam ini aku pasti akan menggauli semua isteriku, sehingga kesemua daripada mereka akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang hebat dalam menunggang kuda (tentera berkuda) untuk berjihad di jalan Allah. Ternyata mereka semua tidak mengandung kecuali seorang sahaja itupun hanya melahirkan anak yang cacat. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya Nabi Sulaiman a.s mengecualikan (berkata Insya Allah) maka setiap daripada mereka akan melahirkan seorang anak lelaki yang hebat dalam menunggang kuda untuk berjihad di jalan Allah.

Wassalam..