RAKYAT KELANTAN BIJAKSANA

tok-guru-nik-aziz-2.jpgmh_01_big.jpg

Yang manakah pemimpin yang harus kita PILIH??

Hari ini Kalam Abu Musaddad ingin berkongsi dengan pelawat-pelawat semua khususnya rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia amnya.

Sepertimana kita ketahui bahawa Negara kita sekarang diambang Pilihanraya..Iaitu pada 24 Februari 2008 ini adalah hari penamaan calon. Kemudian tempoh berkempen selama 13 hari iaitu satu jangka masa yang panjang dari sebelum ini. Manakala pada 8 Mac 2008 adalah hari rakyat Malaysia keluar mengundi. Di mana semua rakyat DINEGARA INI akan menunaikan kewajipan yang diwajibkan ke atas mereka untuk memilih siapakah yang layak untuk memimpin mereka selepas pilihanraya nanti. Pemilihan ini sangat penting kerana ini akan menentukan masa depan Negara dan anak cucu mereka sendiri..

Pemilihan ini diadakan secara besar2an sebab itulah dinamakan PILIHANRAYA. Kalau jalan yang besar kita panggil JALANRAYA. Begitu juga halnya dengan Pilihanraya.he he he….

Sekarang ini jika kita mengikuti perkembangan, semua parti politik yang bertanding telah mula berkempen di sana sini untuk meraih jiwa dan hati rakyat supaya memilih parti mereka dalam piihanraya nanti.

Negeri Cik Siti Wan Kembang

Bagi rakyat Kelantan…Masa depan negeri Cik Siti Wan Kembang itu adalah tangungjawab bersama. Satu hal yang perlu kita titik beratkan di sini ialah jadilah rakyat yang bijaksana, jangan jadi rakyat yang mudah terpedaya dengan ungkapan-ungkapan manis seorang wakil rakyat ataupun janji sesiapa saja yang berkempen. Maklumlah dekat pilihanraya semua wakil rakyat sibuk turun padang bersama untuk melihat masalah rakyat. Nak menunjukkan mereka ini prihatin sangat dan membela nasib rakyat kononnya. Mereka ingin berjuang untuk rakyat..Biarlah poket mereka 0 asalkan rakyat dapat hidup selesa..itulah yang selalu yang kita dengar.

Tetapi apa yang ana teliti di sini berlaku sebaliknya..Bukan semua wakil rakyat bersifat seperti yang digambarkan di atas..Terdapat hanya segelintir sahaja yang bersifat sedemikian. Bukannya semua.

Ada beberapa orang bertanya kepada ana..Adakah Kelantan akan kekal dengan barisan kepimpinan sekarang ini maksud mereka di bawah kepimpinan PAS? Secara peribadi ana katakan sebolehnya kekalkanlah Kerajaan yang sedia ada sekarang ini iaitu dibawah pentadbiran Kerajaan PAS. Jika kita menilai dari segi peribadi seorang pemimpin itu dan berbagai sudut lagi, nescaya bagi orang yang bijaksana dan berpikiran matang, dia sudah dapat menilai yang mana harus dipilih..ADAKAH pemimpin yang dipilih itu pemimpin yang boleh membawa kepada kebahagiaan Dunia dan Akhirat ataupun kemewahan dunia sahaja yang ingin dipilih…JANGAN TANYA ORANG LAIN TAPI TANYALAH DIRI SENDIRI YANG MANAKAH HARUS KITA PILIH??? Sayangilah KELANTAN kita….

 

dsc_0572.jpg

Aura Seorang Pemimpin

Usah Terpengaruh Janji Manis

Rakyat Kelantan tidak akan termakan janji pembangungan yang dimomok menjelang detik pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi.

Ramai berpendapat terutama puak UMNO dan BN kononnya rakyat Kelantan akan memperolehi kemajuan berlipat berganda yang tidak pernah dibayangkan mereka sekiranya BN berkuasa di Kelantan.

Tidak perlu menjanjikan pembangunan di negeri ini kerana Kelantan di bawah pembangkang sudah membangun, berbanding di negeri berkenaan yang diperintah mereka masih jauh ketinggalan.

Bukan sahaja pembangunan dapat dinikmati, sebaliknya keamanan, ketenangan dan kedamaian lebih diperlukan semua rakyat.

Secara peribadi ana harapkan rakyat Kelantan terus mengekalkan pentadbiran di bawah ulama seperti yang ada sekarang di Kelantan.

Wallahu A’lam…

 

 

 

 

 

 

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 19 Februari 2008, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. wi! hishamuddin cari demo! dio nok transfer dmo lah kapit pulok! kuat benar pembangkang!

  2. Terima kasih atas respons anta…he he..emm takdelah pembangkang sangat sikit-sikit jer…TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: