Monthly Archives: Februari 2008

Siapa Guru??

Guru adalah manusia hebat kerana mampu menjadi ejen perubah masyarakat. Guru bukan sekadar menyampai ilmu..Malah membina ketrampilan diri yang unggul dan jitu.

Guru yang berkualiti sahaja mampu melahirkan pelajar yang berkualiti. Guru yang bagaimana dikatakan sebenar guru?? Harus difikirkan dengan penuh kesedaran….Kerana menjadi guru bukan suatu tugas yang mudah.

Ketabahan, keikhlasan, keyakinan dan pelbagai lagi cabaran rohani dan jasmani perlu disemai dan dipupuk dengan baja kewajaan…Fikir-fikirkanlah…

Wallahu A’lam…

Kebodohan Adalah Penyakit

Kebodohan adalah penyakit, kerana sama halnya dengan orang yang buta berjalan ditempat gelap-gelita tanpa cahaya. Kebodohan akan membawa kepada kesesatan. Tidak ada musuh yang lebih berbahaya daripada kebodohan. Bergaul dengan orang yang bodoh adalah seksaan. Kerugian, kesusahan, kelemahan, dan kehinaan bukanlah timbul daripada nasib  buruk  akan tetapi kerana kebodohan.
RENUNG-RENUNGKANLAH……

Al-Quran Pembina Akhlak Mulia

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt…..
AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya

Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepalsuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang palsu, akan memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang dianuti dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman palsu, ia akan memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk. Read the rest of this entry

Tip Mengatasi Tekanan Minda

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt…

Di dalam dunia yang serba pantas dan mencabar ini, manusia secara tidak langsung telah didorong untuk bekerja dengan lebih kuat agar lebih produktif, kompetitif dan sentiasa maju ke hadapan. Ini menimbulkan rasa ketegangan dan tekanan dalam minda dan jiwa. Akibatnya manusia akan merasa rendah diri, hilang pertimbangan, luruh keyakinan, tidak bersemangat, mudah dirundung gelisah,kesedihan dan mengalami kelesuan. Beberapa usaha berikut dapat mereda ketegangan yang dihadapi, antaranya : Read the rest of this entry

KEYAKINAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt….

Pada saat anda ingin melakukan sesuatu…..Adakah anda yakin (….Atau masih bermain dengan kata-kata, barangkali, kalau-kalau, susah ni, takut….) Tahukah anda apa itu KEYAKINAN?? Read the rest of this entry

Makna GURU

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum wbt…
Ana ingin kongsi dengan pelawat-pelawat sekalian, apa itu makna GURU atau CIKGU..?? Perkataan GURU dan CIKGU sebenarnya mempunyai interprestasinya yang tersendiri di kalangan ras-ras tertentu dalam masyarakat kita di Nusantara ini. Cuba perhatikan pengertian ini mengikut persepsi dan interprestasi orang-orang Jawa.

GURU = GU + RU

GU = digugu (“gugu” maknanya sesuatu yang dipercayai, dituruti atau diikuti. Biasanya yang berkenaan dengan apa yang diperkatakan)

RU = ditiru (“tiru” seperti kita tahu juga membawa erti dituruti atau diikuti)

Jadi..GURU maknanya digugu dan ditiru (Yo digugu Yo ditiru).

CIKGU = Seng becik digugu. (seng bererti yang) Becik { bunyi “e” pepet } bererti baik.

Jadi CIKGU membawa erti seseorang yang mempunyai nilai-nilai baik yang menjadi ikutan dan tiruan.

Demikianlah makna GURU….

Wallahu A’lam…

MEMILIH KATA-KATA POSITIF ATAU NEGATIF

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt…

Mari kita renungkan, apabila dalam setiap tindakan kita memilih kata-kata yang negatif, maka kata-kata itu akan menempel dan menghancurkan motivasi diri kita sendiri, bahkan lebih parah lagi mungkin juga akan berdampak kepada orang lain atau boleh juga kepada beberapa generasi selanjutnya.

Sebaliknya bila kita selalu memandang positif dan memilih kata-kata yang positif, maka ada sinar yang datang secara automatis yang boleh membangun, mendukung dan meningkatkan motivasi diri. Read the rest of this entry

Doa Ibu Membawa Ke Syurga

Bismillahirahmanirahim….

Assalamualaikum Warahmatul Allahi Wa Barakatuh…

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 36:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua dan hedaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membangga-banggakan diri.”

Dalam Islam, tuntutan agar berbuat baik kepada ibu bapa adalah merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan kepada kita salam ini. Mereka telah bersusah payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT. Read the rest of this entry

Berkat Membaca Bismillah

25.jpg

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Read the rest of this entry

RAKYAT KELANTAN BIJAKSANA

tok-guru-nik-aziz-2.jpgmh_01_big.jpg

Yang manakah pemimpin yang harus kita PILIH??

Hari ini Kalam Abu Musaddad ingin berkongsi dengan pelawat-pelawat semua khususnya rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia amnya.

Sepertimana kita ketahui bahawa Negara kita sekarang diambang Pilihanraya..Iaitu pada 24 Februari 2008 ini adalah hari penamaan calon. Kemudian tempoh berkempen selama 13 hari iaitu satu jangka masa yang panjang dari sebelum ini. Manakala pada 8 Mac 2008 adalah hari rakyat Malaysia keluar mengundi. Di mana semua rakyat DINEGARA INI akan menunaikan kewajipan yang diwajibkan ke atas mereka untuk memilih siapakah yang layak untuk memimpin mereka selepas pilihanraya nanti. Pemilihan ini sangat penting kerana ini akan menentukan masa depan Negara dan anak cucu mereka sendiri.. Read the rest of this entry

Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri

Berikut merupakan beberapa langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1. Mulakan hari anda dengan bacaan Al-Quran & munajat kepada Allah.

2. Bermuhasabah diri sebelum melakukan sesuatu.

3. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

4. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

5. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

6. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

7. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

8. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

9. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

10. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

11. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

12. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

13. Bertawakkal kepada Allah.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!

SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA

INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI

DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Lima Perkara Hindari Maksiat

yosemit1.jpg
Bismillahirahmanirahim…….
Assalamualaikum..

Mendapat hidayah dari Allah SWT merupakan satu anugerah yang paling besar.Ayah Nabi Ibrahim yang bernama Azhar kerana tidak mendapat hidayah tetap menjadi kafir sehingga akhir hayatnya.

Abu Jahal,bapa saudara Nabi SAW kerana tidak mendapat hidayah juga mati dalam kekufuran.Begitulah yang lain-lainnya seperti isteri dan anak-anak Nabi Nuh assalatuassalam.

Biasanya mereka yang mendapat petujuk dari Allah sajalah yang mendapat hidayah.Samalah dengan kisah Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi terkenal yang mencapai tahap wali Allah kerana mendapat hidayah. Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi yang warak dan dianggap mencapai taraf wali Allah .Beliau mendapat pimpinan dari Allah dan perkataan beliau yang diucapkan banyak mengandungi hikmah.

Suatu ketika beliau didatangi oleh seorang lelaki dan berlakulah satu dialog seperti berikut:

Lelaki: Wahai Abu Ishak(panggilan kepada ibrahim Bin Idham),aku seorang lelaki penuh dengan dosa dan kezaliman ,ajarkanlah aku agar hidup zuhud.Aku mengharap kamu memberi petunjuk jalan yg benar dan membuka hatiku yang gersang.

Ibrahim: Apabila dirimu dapat berpegang teguh dengan enam perkara,tentu kamu akan mendapat keselamatan didunia dan akhirat. Read the rest of this entry

Berhati-berhati Apabila Bercakap

 

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk berkongsi pandangan dan pendapat dalam ruangan yang sederhana ini. Kali ini ana ingin berkongsi dengan pelawat sekalian mengenai percakapan kita seharian. kadang-kadang kita tidak menyedari apa yang kita cakap itu boleh menyenangkan hati orang lain atau sebaliknya.

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert ‘lidah tidak bertulang’ atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa. Read the rest of this entry

Lapar Untuk Menangis..

greenfalls.jpg

Bismillahirahmanirahim…

Abu Ali Al-Daqqaq menceritakan, seorang teman telah menziarahi seorang Syeikh. Ketika tiba di rumahnya, didapati tuan Syeikh itu sedang menangis. Dengan penuh kehairanan dia pun bertanya: “Tuan Guru, mengapa tuan menangis?” “Aku lapar…..”jawabnya.”Orang seperti tuan menangis kerana lapar?” tanya teman itu dengan kehairanan. Syeikh itu pun menjawab :”Sengaja aku menanggung lapar supaya aku dapat menangis.”

Al-Quran Sebagai Pembela..

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh…

Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?” Read the rest of this entry

Cinta dan Mencintai Kerana ALLAH SWT

Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja. Read the rest of this entry

Muhasabah Diri….

Bismillahirahmanirahim…..

Segala puji dan syukur bagi ALLAH SWT yang mentadbir langgit dan bumi, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabat Baginda yang telah berjuang dan membawa kita semua daripada alam yang gelap gelita yakni alam jahiliah kepada alam yang penuh cahaya ilmu pengetahuan seperti mana kita kecapi di saat dan ketika ini.

Sebagai makhluk ALLAH SWT yang bergelar manusia..Satu hal yang perlu kita ketahui dan akui, setiap insan yang hidup di dunia ini mempunyai kelebihan, kekuatan, kelemahan dan kedhaifan diri masing2 sebagai hamba ALLAH SWT. Justeru itu kita di anjurkan supaya sentiasa bermuhasabah dan membuat refleksi diri setiap hari supaya kita mengetahui, sedar dan tidak leka dengan apa yang telah kita lakukan untuk menjadi seorang mukmin yang benar2 beriman kepada ALLAH SWT dan mencari keredhaan-NYA. Read the rest of this entry