Keputusan UPSR 2011
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hari ini keputusan UPSR akan keluar. Semua pelajar boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing pada jam 10 pagi.
Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang dengan keputusan 5A.
Teruskan usaha anda semoga kejayaan sentiasa menjadi milik anda.
Kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, diharap bersabar dan teruskan usaha anda pada masa akan datang. Mudah-mudahan anda juga mampu berjaya sepertimana orang lain berjaya.
Jangan kecewa.
Sebenarnya ini adalah langkah pertama anda. Banyak lagi cabaran-cabaran yang bakal anda hadapi selepas ini apabila anda melangkah kaki ke tingkatan 1 nanti. Jadikan kegagalan hari ini sebagai pedoman dan pengajaran untuk berjaya pada masa akan datang. Anda perlu perbaiki segala kelemahan dan ubah sikap anda bermula dari sekarang sekiranya anda ingin berjaya sepertimana kawan-kawan yang lain.
© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat http://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.
Tanjung manis, Sarawak
20 Zul Hijjah 1432 / 17 November 2011
ibnismail.wordpress.com
Posted on 17 November 2011, in PENDIDIKAN and tagged pelajar, Pendidikan, Peperiksaan, UPSR. Bookmark the permalink. 4 Komen.


Tip yg tuan bagi saya sangat berguna bagi saya,saya sangat gembira.bye bye…………….
waalaikumsallam pak, bagaimana kabarnya? sehat?
UPSR itu apa? mohon dijelaskan, saya tidak mengerti
Alhamdulillah sihat…em UPSR itu ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah……harap ngerti…hahahahah
Assalamualaikum, ustaz. terima kasih saya ucapkan.tahun ni adalah hari peperiksaan PMR bagi saya n kawan-kawan saya. tips yang diberi amat berguna tapi saya ni kadang-kadang saya susah nak lakukan, saya boleh dikira pemalaslah jugak.he3.. saya harap ustaz akan mendoakan kejayaan bagi saya agar saya dapat melihat senyuman dari ummi, abah, guru n rakan saya, assalamualaikum…