Amalan Ziarah Penghubung Silaturrahim

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

  1. Alhamdulillah, kita semua baru sahaja sama-sama merayakan Aidil Fitri dalam suasana yang meriah dan mengembirakan, di samping puasa di bulan Ramadan kita lalui dengan jayanya, mudah-mudahan segala amal ibadah kita di sepanjang Ramadan yang lalu diterima Allah SWT dan kita mengharapkan untuk hidup kita berterusan dalam ketaatan dan keredhaan Allah SWT.

  2. Hari ini 5 Syawal yang mana masih lagi terasa kehangatan suasana hari raya dengan amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjung antara satu sama lain. Kerana itu, adalah sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan budaya amalan ziarah menziarahi sesama kita, khususnya saudara kita yang dekat mahupun yang jauh, termasuk menziarahi guru-guru, jiran tetangga, rakan-rakan sepejabat dan sebagainya.

  3. Amalan ziarah amat dituntut dalam Islam dan dikatakan bahawa seseorang Muslim itu tidak sempurna imannya sekiranya ia tidak menghubungkan silaturrahim sesama mereka.    

  4. Dari Abi Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

  5. Amalan ziarah atau kunjung mengunjung merupakan salah satu cara mengerat dan mengukuh tali silaturrahim sesama kita.

  6. Amalan ziarah juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan silaturrahim.

  7. Namun, yang mengecewakan serta amat mendukacitakan kita, di mana terdapat sebahagian di kalangan umat Islam atau sahabat-sahabat kita pada hari ini kurang memberi perhatian terhadap amalan ziarah menziarahi terutamanya menziarahi saudara-saudara terdekat, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya di luar musim-musim perayaan atau sambutan-sambutan tertentu.

  8. Ini disebabkan fahaman dan amalan ziarah hanya bersifat bermusim atau menjadi tradisi yang diamalkan sempena sambutan perayaan sahaja seperti hari raya puasa yang sedang kita raikan ataupun hari raya haji semata-mata. Akibatnya amalan ziarah semakin hari semakin terhakis dan diabaikan dalam keluarga dan masyarakat kita dengan alasan kesibukan dengan tugas-tugas harian dan sebagainya.

  9. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah, bertaqwalah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.”

  10. Melalui amalan ziarah juga, hubungan sesama manusia menjadi erat dan bertambah ikrab. Ini disebabkan asal kejadian manusia dari keturunan yang satu iaitu dari keturunan nabi Allah Adam AS, dengan sebab itulah Islam mengajak manusia supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain, hormat menghormati, saling bekerjasama dan faham memahami.

  11. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13: “Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan telah kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara kamu.”

  12. Untuk itu, bagi sesetengah manusia yang hidup mereka tidak mematuhi syariat Islam, umpamanya mereka suka mencari kesalahan orang lain, atau suka mencaci, membuat fitnah, mencerca orang lain, bersifat hasad dengki, bersifat khianat, melakukan kezaliman dan sebagainya.

  13. Mereka ini boleh digolongkan sebagai orang yang menurut jalan syaitan, yang sentiasa berusaha merosakkan manusia untuk memutuskan hubungan silaturrahim serta mengajak hidup bermusuhan.

  14. Marilah sama-sama kita menghidupkan amalan ziarah menziarahi, mempereratkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang sebagai umat Islam yang bersaudara, iaitu persaudaraan bukan sahaja di dunia ini bahkan persaudaran sampai ke akhirat. Insyaallah, mudah-mudahan Allah memberkati hidup kita, melapangkan segala kesulitan, membukakan pintu rahmat-nya, mengurniakan kita kehidupan yang damai dan tenteram.

 

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat http://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

 

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Selasa 10.30 am
14 September 2010 / 05 Syawal 1431
ibnismail.wordpress.com

 

 

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 14 September 2010, in Bicara Agama and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. I wanted to thank you for this great read!
    ! I certainly enjoyed every little bit of it. I’ve got you saved as a favorite to look at new stuff you post…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 143 other followers

%d bloggers like this: