Ramadhan Pergi, Syawal Menjelma… Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Begitu cepat masa berlalu sehingga tidak terasa, sekarang kita sudahpun berada dipenghujung ramadhan. Beberapa hari lagi kita akan bakal meraikan kedatangan syawal pula.

Apabila 1 syawal menjelma, seluruh umat Islam di dunia ini akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, perayaan ini juga dipanggil Hari raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran.

1 syawal dirai bagi menandakan berakhirnya bulan ramadhan yang mana umat Islam menjalani ibadah puasa dengan tekun dan taqwa. Mudah-mudahan ibadah puasa yang kita jalani selama sebulan dibulan ramadhan dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Ucapan Kepada Seluruh Ahli Keluarga

Sehubungan dengan itu, sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, saya sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…MAAF ZAHIR DAN BATIN” terutama kepada seluruh ahli keluarga sama ada di Kelantan atau di Penang. Mohon maaf kepada semua kerana pada tahun ini tak dapat beraya bersama di kampung. Selamat bergembira…. Jangan sedih-sedih….

Ucapan Kepada Seluruh Warga Pendidik

Tidak lupa juga kepada seluruh warga pendidik terutamanya warga SK Tanjung Manis sama ada yang sudahpun berada dikampung masing-masing atau yang masih setia di Tanjung Manis. Bagi yang setia di sini, jangan sedih-sedih…Kita raikan syawal di sini bersama-sama. Kah kah kah… Jangan lupa ziarah ke rumah saya nanti.

Ucapan Kepada Kawan-kawan dan Sahabat

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua kawan-kawan dan sobat-sobat tidak kira di mana anda berada sama ada di Malaysia, Indonesia dan sebagainya semoga kedatangan syawal pada tahun ini merapatkan lagi hubungan tali silaturrahim antara kita serta memberi seribu makna di dalam kehidupan kita sebagai hamba yang Maha Berkuasa (Allah).

Ucapan Kepada Pengunjung dan Pembaca Setia Kalam Abu Musaddad

Selain itu, tidak lupa juga kepada sobat-sobat pengunjung laman Kalam Abu Musaddad yang setia memberi dorongan dan sokongan yang tidak putus-putus terhadap laman bicara ini.

Kepada para pembaca Kalam Abu Musaddad, saya mohon jutaan kemaafan seandainya ada di antara tulisan-tulisan saya yang menyangkut dan menyentuh perasaan anda yang menyebabkan timbul rasa marah dan sebagainya sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Saya doakan semoga kalian semua bahagia dan gembira meraikan kedatangan syawal nanti.

Akhir kalam, sekali lagi saya sekeluarga mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…MAAF ZAHIR DAN BATIN”. Sekiranya ada kekhilafan antara kita sama ada secara sedar atau sebaliknya, saya mohon jutaan kemaafan segalanya dari anda!!!

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat http://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Selasa 02.00 am
07 September 2010 / 28 Ramadhan 1431
ibnismail.wordpress.com

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 7 September 2010, in UMUM and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: