Ucapan dan Ganjaran Sempena Sambutan Hari Guru 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi seorang guru kerana pada tarikh inilah mereka akan diraikan bagi mengenang jasa para guru terhadap usaha membangunkan kualiti modal insan menerusi wadah pendidikan.

Ucapan Selamat Hari Guru

Oleh itu, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru…Terima Kasih Cikgu..” kepada semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya menjadi insan berguna pada hari ini. Antaranya ialah :

  • Kedua ibu bapa - Mereka merupakan guru pertama saya. Mereka mengajar saya mengenali alam ini. Selain itu, mereka juga mengajar saya mengenali siapa Allah SWT, siapa Nabi Muhammad SAW dan apa itu Islam. Di samping itu, mereka juga mengajar dan mendidik saya agar menjadi anak yang sentiasa menghormati orang tuanya dan orang lain supaya menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.
  • Guru al-Quran - Tok Ayah Aji Mamat (Haji Muhammad) atau lebih dikenali dengan “Paksu Haji” merupakan guru al-Quran saya. Saya belajar al-Quran secara rasminya dengan beliau seawal umur 5 tahun. Alhamdulillah berkat doa kedua ibu bapa serta didikan dan bimbingan beliau dalam pengajian al-Quran, saya berjaya khatam al-Quran pada usia 11 tahun.
  • Guru Tadika - Cikgu Zaiton Binti Awang merupakan guru tadika saya. Di sinilah saya mula mengenali A, B, C, dan Alif, Ba, Ta secara rasminya.
  • Semua guru Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Balah, Kelantan.
  • Semua guru Maahad Raudhah Al-Nazirin, Jerimbong.
  • Semua guru Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas Kelantan.
  • Semua pensyarah (dosen) Jamiah Ar-Raniry, Banda Aceh Indonesia terutamanya pensyarah fakulti syariah. Tidak lupa juga Ibu Khadijah dan Ibu Devy selaku pembimbing thesis saya.
  • Semua pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Sarawak.

“Tanpa didikan, teguran dan bimbinganmu kelmarin, siapalah aku pada hari ini….”

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” khususnya kepada rakan-rakan guru SK Tanjung Manis dan seluruh warga pendidik tidak kira di mana anda berada.

Ganjaran Untuk Guru

Sehubungan dengan itu, sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, beberapa ganjaran telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sila baca teks berita di bawah ini :

KUANTAN, 16 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.

“Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.

“Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar.

Muhyiddin berkata ganjaran kewangan itu tidak terbatas hanya sekali sahaja untuk setiap sekolah: “Kalau sekolah itu meneruskan usahanya untuk tahun berikutnya, ia akan dapat lagi ganjaran itu,”.

Beliau berkata ganjaran kewangan itu akan diteruskan setiap tahun dan bagi tahun ini, pencapaian setiap sekolah akan dinilai selepas keputusan peperiksaan, sebelum ganjaran itu diberikan kepada mereka yang layak.

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyidin turut mengumumkan beberapa inisiatif lain kepada golongan pendidik.

Antaranya, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah meluluskan sebanyak 25,269 kenaikan pangkat bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau bukan siswazah sehingga April 2010 ini.

“Untuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah bersetuju supaya kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan Gred DG44 dan DG48 bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata Pegawai Perkhidmatan Siswazah yang memperoleh ijazah doktor falsafah juga akan menikmati kenaikan satu gred sekiranya memenuhi kriteria dan syarat yang akan ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan juga sedang menimbangkan pelaksanaan beberapa inisiatif kenaikan pangkat berasaskan pencapaian yang lebih baik kepada mereka yang benar-benar menunjukkan kebolehan.

Ditanya mengenai syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru, Muhyiddin berkata beberapa syor jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, akan dilaksanakan secepat mungkin.

“Beberapa perkara yang saya sebutkan (dalam ucapan) akan dilaksanakan seberapa segera, itu antara sebahagian daripada perkara yang dikenalpasti jawatankuasa berkenaan,” kata Muhyiddin.

Antara syor yang dikemukakan jwatankuasa berkenaan yang akan dilaksanakan segera antaranya, mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar.

“Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan sebagainya.

“Pengecilan jumlah jawatankuasa akan dapat mengurangkan bebanan guru dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki,” katan Muhyiddin.

Syor lain ialah mengkaji bilangan peperiksaan di sekolah dan ujian di peringkat sekolah yang dilihat terlalu banyak, menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dan penyediaan kurusus-kursus yang bersesuaian untuk golongan pendidik.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi.

– BERNAMA

Akhir kalam ” Selamat Hari Guru ” buat semua warga pendidik tanahair. Andalah pembina negara bangsa. Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan penuh dedikasi agar kita dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya.

____________________________________________________________________________

@ IBNISMAIL.WORDPRESS.COM (2008 – 2010) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat http://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak.
Ahad. 10:45 pm
16 Mei 2010 / 02 Jamadil Thani 1431
http://ibnismail.wordpress.com

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 16 Mei 2010, in PENDIDIKAN and tagged , , , . Bookmark the permalink. 9 Komen.

  1. Hai.. Sobat.. Bagaimana kabarnya? Semoga Sehat selalu.. Salam.. :smile:

    • Alhamdulillah…saya sihat jer…2 3 hari ini saya tak bisa online sbb laptop ada problm sedikit…….harap2 lps ni xde masalah lagi………………..wslm.

  2. Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum

    SELAMAT HARI GURU untuk Alwi dan semua guru di Malaysia

    Lama juga tidak kemari untuk bertanya khabar. Mudahan tugas guru di sekolah tidak akan melemahkan semangat untuk menjadi guru yang dedikasi. Berbaktilah kerana Allah bukan kerana ganjaran yang diberikan. Sebagai guru kita sepatutnya banyak memberi daripada banyak menerima.

    Salam mesra dari saya di Bintangor, Sarawak

    • Waalaikummussalam wbt….SELAMAT HARI GURU juga buat ustazah dan semua guru di luar sana……………………..Saya alhamdulillah spt biase. Insyaallah mudah2an Allah SWT memberi kekuatan untuk saya terus berjuang dalam dunia pendidikan ini. Semoga dpermudahkan semuanya.

      Salam mesra juga dari saya (Abu Musaddad) di Tanjung Manis, Sarawak.

    • syaza adlina

      ahahha hari guru esok.. tapi kat sekolah sambut 19 mei.. huhuhu.. :)

  3. Siti Fatimah Ahmad

    Oh ya… laman Alwi ini cukup menarik dan saya menyukai rona warna putih yang cerah dan menyenangkan mata menatap setiap bicara tulis dengan tenang.

    Oleh itu, saya berniat untuk menghadiahkan Alwi sebuah AWARD LAMAN BARU sebagai tanda persahabatan dan penghargaan atas setiap kongsian hikmah yang bermanfaat buat semua di maya pada ini. Harap sudi menerimanya sebagai hadiah hari guru juga.

    Silakan menitip award tersebut dengan tanda nama ABU MUSADDAD di ruang Galeri Award Dariku di sini:

    http://websitifatimah.wordpress.com/galeri-award-dariku/

    Salam ceria selalu.

    • Terima kasih banyak2 ustazah…..saya pun sudah lama tidak berkunjung ke blog ustazah…..Terima kasih juga di atas penghargaan award tersebut….cantik dan menarik….saya akan simpan award tersebut sebagai koleksi peribadi……syukran jazilan……………….

  4. syaza adrina

    macam mane nak sertai ni semua.?? :)

  5. terima kasih kerana telah membuat blog iniey..ia tlah mmbntu cye dlm mlakukn sesuatu tugasan..thanks :-)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 860 other followers

%d bloggers like this: