Antara Cabaran dan Pengalaman Guru-guru Di Pedalaman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

CABARAN. Sesi persekolahan bagi tahun 2010 akan bermula tidak lama lagi. Pengajaran dan pembelajaran akan bermula meliputi peringkat TADIKA, Pra-Sekolah, Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah.

Para ibubapa tentunya sibuk menguruskan dan melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak. Manakala guru-guru pula sudah mula membuat persiapan untuk menghadapi cabaran 2010 pula.

Para guru dan murid bertemu lagi setelah hampir sebulan bercuti. Bagi guru-guru yang mengajar di pedalaman, jangan jadikan alasan kesusahan itu sebagai penghalang untuk terus berbakti dan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.

Sebaliknya, jadikan segala kesusahan dan kesulitan itu sebagai penawar dan semangat untuk kita terus berkhidmat sebagai pendidik semoga semua anak didik kita mendapat apa yang mereka sepatutnya dapat daripada seorang guru.

Di bawah ini terdapat beberapa video yang menceritakan tentang keperitan, kesusahan dan pengalaman berguna sebagai seorang yang bergelar “PENDIDIK”….

Tanjong Manis, Sarawak.
Ahad
03 Januari 2009 M / 17 Muharram 1431 H
http://ibnismail.wordpress.com

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 3 Januari 2010, in BICARA INSAN GURU, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. terima kasih la buat entri ni..saya adalah guru semenanjung yang diarahkan posting di pedalama 2 di negeri dibawah bayu…memang perit berjauhan dgn keluarga tambahan saya memang tiada siapa2 di sini. bekalan elektrik bukannya 24 jam..penah kadang2 sampai seminggu kami terpaksa bergelap, mandi menggunakan air takungan hujan, mengajar dengan peluh terasa melilih di belakang..
    apa yang lebih menyedihkan..saya merupakan satu2nya guru perempuan bujang di sekolah pedalaman itu..bayangkan lah keperitannya…tiada kawan senasib..dengan siapa saya meminta tolong kalau ada kecemasan…
    namun, demi merealisasikan FPN…semua itu….diterima dengan redha.,..

    ****KAM : Ya…betul..di mana pun kita ditempatkan…harus diterima dengan hati yang redha dan ikhlas…..****

  2. sorang memang kesunyian kalu cepat berdua tu lainlah sikit.

  3. Guru pedalaman adalah guru yang berjuang untuk memberikan khidmat pendidikan kepada setiap pelajar dalam daerah pedalaman. Tiga kategori guru pedalaman yang diberikan oleh KPM adalah mencerminkan kepayahan dan kesusahan. Syabas dan tahniah kerana anda terus berkhidmat untuk anak bangsa, agama dan negara.

  4. Ikan Empurau

    apa yang kita dapat…. itulah yang terbaik…………

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: