Jenazah Ulama Harum Selepas 26 Tahun Ditanam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MASYAALLAH. Jenazah seorang ulama di Indonesia, Kiai Abdullah H. Mukmin yang meninggal dunia pada 22 Oktober 1983 berbau wangi manakala kain kapannya masih elok ketika kuburnya digali untuk dipindahkan ke tempat lain di Tangerang, Jakarta, baru-baru ini.

kubur kiai abdullah

Foto dipetik : Kosmo! (Kubur Kiai Abdullah di Tangerang, Jakarta)

Menurut sebuah akhbar semalam, mayat Kiai Abdullah tidak reput dan masih berada dalam keadaan baik sama seperti ketika ditanam 26 tahun lalu.

Kayu penutup jenazah itu didapati tidak reput termasuk kain kapan.

Anak sulung Kiai Abdullah, Mukhtar Ali yang mengangkat jenazah bapanya dari liang lahat mengaku berasa terkejut.

“Keadaan jenazah sama seperti semasa ditanam pada 22 Oktober 1983. “Cuma tubuhnya kelihatan kurus manakala rambutnya putih,” kata Mukhtar.

Mukhtar dan keluarganya turut terkejut kerana jenazah bapa mereka berbau wangi. Menurutnya, bau itu tidak sama dengan wangian yang dijual di kedai-kedai minyak wangi.

Beberapa orang yang berada di kubur itu melaungkan takbir semasa menyaksikan kejadian tersebut.

Kubur Kiai Abdullah terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan. Ketika masih hidup, Kiai Abdullah banyak menghabiskan masanya dengan belajar dan mengajar agama.

Kubur baru ulama itu kini di depan pekarangan rumah seorang lagi anaknya, Achmad Fathi, yang terletak 15 meter dari lokasi pusara lamanya.

Sumber Berita : Kosmo! Online

****KAM : Pengajaran buat kita semua yang masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-NYA.

Tanjong Manis, Sarawak.
Ahad.
23 Ogos 2009M/02 Ramadhan 1430H
http://ibnismail.wordpress.com


About these ads

Perihal Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 23 Ogos 2009, in BICARA GLOBAL, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 1 Komen.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: