Tema dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

logo hari kemerdekaan 52Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita telah masuk ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

1 MalaysiaSehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Sambutan ini akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata cadangan untuk mengadakan acara kemuncak sambutan itu di lokasi tertutup sebagai menghormati kehadiran Ramadan.

Beliau berharap semua agensi kerajaan, pejabat swasta, premis perniagaan dan kediaman akan mengibarkan bendera Malaysia sepanjang bulan Ogos. Rakyat Malaysia bukan tidak ada semangat patriotisme seperti rakyat Indonesia atau Thailand, tetapi mereka kurang berminat menggantung bendera. Setiap tahun kerajaan bersama agensi swasta terpaksa menggunakan pelbagai cara supaya rakyat melontarkan semangat patriotisme yang berkobar-kobar di dada dalam bentuk bendera.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Justeru itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.

Negara sudah 52 tahun merdeka, adakah minda kita juga sudah MERDEKA atau minda kita masih dijajah ??? Insyaallah sekiranya ada masa, KAM akan menghuraikannya.

UPDATED 21 Ogos 2009 12.05 pm

Lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditukar berikutan penularan wabak selesema babi (H1N1) yang semakin meningkat selain bagi menghormati bulan Ramadan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, upacara sambutan itu mungkin akan diadakan di tempat yang lebih kecil iaitu di pekarangan Parlimen.

“Kita mempunyai dua pilihan iaitu sama ada di pekarangan Parlimen atau di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Parlimen merupakan pilihan pertama kita memandangkan kawasan itu tidak pernah diadakan majlis seumpama ini.

“Tetapi, jika ada halangan, mungkin kita akan pilih untuk adakan di pekarangan Bangunan Sultan Abdul Samad,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program MenjalurGemilangkan Kuala Lumpur 2009 di sini semalam.

Sumber Info : Kosmo! Online

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kemerdekaan, sila rujuk laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan ke-52. Sila Klik Di sini.

Tanjong Manis, Sarawak.
AHAD, 09 Ogos 2009 / 18 Sha’ban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com
email : ustaz_tgmanis@yahoo.com

35 Responses to Tema dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 2009

  1. Anak Malaysia berkata:

    Aslkm, kita perhatikan logo tiada kaitan dengan nombor tahun kemerdekaan. Jadi maksud sebenar tak ada. Cuba lihat logo indon,sama dan rakyat tahu merdeka kali ke berapa negara mereka.Elok guna nombor sebagai logo.

    Like

  2. Anak Malaysia berkata:

    Stesen tv M’sia kurang mendedahkan perkara ini (peringatan ulangtahun merdeka), hanya tv1 yang ada tayang ada bahagian atasnya 52 merdeka, sepatutnya semua stesn tv ikut langkah TV1.

    Like

  3. nur thaqifah aina mohd zaidi berkata:

    terima kasih kerana telah memberi logo ini!!!

    Like

  4. shabri berkata:

    selamat ulangtahun Malaysia ke-52….
    Merdeka!!!!!

    Like

  5. ejam berkata:

    kita punya segalanya berdiri megah di mata dunia teguh perkasa berdiri dengan bangga di negara yang tiada bandingnya indahnya MALAYSIA…
    Aman sentosa lahirnya cinta untuk semua hidup penuh di seri bahagia
    Tenang di jiwa melihat keayuan buminya serahkan jasad ku untukMU MALAYSIA
    KERANAMU MALAYSIA TANAH AIRKU HANYA KAU YANG SATU…

    Like

  6. hanani berkata:

    alhamdulilah…sy dh jumpe ape yg sy cari..sy sukarelawan untuk mencari artikel mengenai merdeka..sy kene tmpl kat kls..akhirnya sy jumpe gak…terima kaseh…

    Like

  7. muhaimie fariez berkata:

    ALHAMDULILAH…..JUMPA PUN YANG SYA CARI……SYA SANGAT SUKA ……………………..MERDEKA…….MERDEKA………MERDEKA

    Like

  8. Cgu berkata:

    Hi.
    Tau tak mana nak download teks ucapan sempena hari kemerdekaan ke 52 ?
    TQ byk.

    Like

  9. Hayyu berkata:

    Terima kasih…

    Like

  10. neo berkata:

    Salam.. terima kasih atas logo yg 52 ini. Tau tak mana source yg anda dapat kerana saya mencari hanya pada web saudara yg ada logo ini (logo yg atas). Dan ada 2 3 blog lagi menggunakan logo yg nombor satu berlatarbelakangkan jalur gemilang (logo 1Malaysia).

    Terima kasih…

    Like

  11. Nurjenna berkata:

    Salam… kalau saya tak silap logo nombor satu untuk 1 Malaysia tu akan digunakan juga sebagai logo rasmi sambutan 31 Ogos tahun ini. Saya dapati di laman web Tema Hari Kemerdekaan 2009 Ke 52 ada pautan ke laman web rasmi sambutan kemerdekaan ke 52 yang menggunakan logo nombor satu tu…

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt….Ya betul tu…Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Hari Kemerdekaan ke-52. Klik di sini.****

    Like

  12. kurek2 berkata:

    tq tq..settle gak keje ak sbb blog ni..
    merdeka..merdeka..merdeka..
    aku duk kat indon ni..
    tetiba byk hal2 gado ngan indon ni..
    byk siot kuar berita kt tv indon ni ha..
    asal ek??
    aku rasa tak selamat duk sini..
    tolong aku…

    ****KAM : Urusan apa sana, belajar ke ?****

    Like

  13. Mohamad Hafizuddin berkata:

    wow, cantik gak logo tahun ni. Tapi masih konfius la logo yang mana? Memang la sebetulnya logo yang no.1 kat tengah2 bulan sabit tu, rasanya bermaksud merdeka tahun ni serentak dengan bulan ramadan yang mulia, sinonim denga bulan sabit. tapi kan ramai la yang tak tau sebetulnya terutama pelajar IPT yang hanya rajin melayari blog yg ntah ape2 dgn FB, yg diorang tahu, logo tulisan ‘Malaysia’ tu kat dalam no. 1. hah, lagi satu, Dah di pilih ke lagu rasmi merdeka tahun ni? Dah menang ke lagu tu. Bukan ape, tapi rentaknya mcm lebih kurang same je mcm tahun2 lepas (2007). Bila dengar calon2 lain, ada satu calon yang best la. Yang sebuah Universiti tempatan cipta (tak yah le nak sebut name). mcm melekat pulak kat hati bile dengar. Lagu yang menang ni, laju sangat la rentak nye, susah nak ikut. mau2 bulan puasa pulak ni. tapi tak pelah… terima kasih

    Like

  14. ila berkata:

    salam kemerdekaan yg ke-52…
    semoga malaysia terus gemilang…

    Like

  15. nur berkata:

    salam kemerdekaan ke 52

    Like

  16. NUR AFIQAH BT MOHD RADZI berkata:

    ASKUM…SAYA SANGAT SUKA KEMERDEKAAN.SAYA BERDOA AGAR MALAYSIA AKAN HIDUP AMAN DAN BAHAGIA

    Like

  17. wany (uitm melaka) berkata:

    askum sy rse ilham utk mewjudkn konsep 1 MALAYSIA adlh menarik & dpt mmbri inspirasi kpd rakyat malysia supaya bersatu pdu & sama2 meningkatkn diri memjukan ngra kita yang trcinta……….>HIDUP MALAYSIA!!!!!!!!>

    Like

  18. People who want to give some comment berkata:

    Hi,
    Apa kabar? Saya memberi momment in untuk memberi komment kepada anda iaitu KENAPA TIADA MAKSUD LOGO SATU MALAYSIA ? Saya nak guna untuk membuat kerja sekolah. Terima kasih.

    Daripada:
    People who want to give somr comment

    ****KAM : Alhamdulillah sihat. Terima kasih di atas komen anda. Ok di sini secara ringkas maksud logo 1Malaysia :
    Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

    Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

    Logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

    ###Semoga penjelasan ringkas ini dapat membantu untuk menyiapkan kerja sekolah anda…..****

    Like

  19. syikhah-smk pg3- berkata:

    1 MALAYSIA, rakyat didahulukan,, pencapaian diutamakan

    Like

  20. nur syafiqah berkata:

    siapa nama awak ?

    Like

  21. nanie_cheqa berkata:

    logo hari kemerdekaan Malaysia lar ak mo………………..

    Like

  22. syikhah berkata:

    salam,,

    ape kepentingan 1 malaysia?

    Like

    • Abu Musaddad berkata:

      Waalaikummussalam wbt……..Terima kasih kpd adik syikhah kerana sudi berkunjung ke laman ini. Menurut Perdana Menteri, Najib Tun Razak, “1 Malaysia diwujudkan adalah bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian rakyat yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.” Layari blog 1Malaysia. Wallahu a’lam.

      Like

  23. DESY857 berkata:

    SAYA ANAK M’SIA!!!! SAYA MMG BERASA DENGAN CADANGAN 1 MALAYSIA….

    Like

  24. nywn berkata:

    k lah tu

    Like

  25. aina berkata:

    saya rasa blog ini bagu untuk semua.

    Like

  26. syikhah awei berkata:

    salam , :))
    nak tanye . kenapa masih ramai yg x menyokong 1 malaysia ?

    Like

  27. nurain berkata:

    salam kemendakaan 52

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada aina Batal balasan