Kenal Diri dan Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PERTAMA sekali terima kasih KAM ucapkan kerana kesudian anda menjadi pengunjung tetap laman ini. Hari ini KAM ingin berkongsi dengan kekawan, saudara dan saudari yang budiman sekalian tentang bagaimana proses kejadian manusia (kita) menurut Al-Quran. Bagaimana Allah SWT menciptakan manusia daripada setitis air mani sehinggalah menjadi seorang manusia. Masyaallah hebatnya Allah SWT. DIAlah yang Maha Berkuasa.

Sebelum KAM menghuraikan proses kejadian manusia sepertimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kitab suci al-Quran, anda perhatikan video ini terlebih dahulu. Berfikirlah sejenak tentang kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Mudah-mudahan kita menjadi seorang insan yang sentiasa muasabah dan mengenali diri.

Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :

PERINGKAT PERTAMA :

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud :

” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “

sperma

Sperma Sperma menembusi ovum

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA :

‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA :

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT :

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”

janin1

Janin berusia 12 minggu

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA :

NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

janin2

Janin mendapatkan makanan melalui uri

PERINGKAT KEENAM :

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.

Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita. Wallahu A’lam…

Rujukan : http://lailizah.tripod.com/

Tanjong Manis, Sarawak.
03 Ogos 2009 / 12 Sha’ban 1430 H
http://ibnismail.wordpress.com


About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 3 Ogos 2009, in Bicara Agama. Bookmark the permalink. 37 Komen.

  1. sentiasa akui kebesaran Allah

  2. allah hu akbar keajaiban yang luar biasa

  3. salam..minta izin copy ya..

  4. agungnya ciptaan allah swt..

  5. Allah Hu Akhbar….. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita, anak kita, isteri kita, adik beradik kita, ibu bapa kita, saudara mara kita, sahabat-sahabat kita, dan semua muslimin dan muslimat di mana jua berada. Allah Hu Akhbar…

  6. Muhamad azlan

    assalamualaikum..
    sy diberi tugasan untok menerangkan proses kejadian manusia kepada seorang non muslim.
    adakah penerangan di atas menggambArkan seluruh aspek??
    maksod saya saya was2 untuk mnerangkn perkara ini pada dia(non muslim)..
    sy takot dia akan membangkang penerangan ini dengan mngatakan yg manusia adalah same sahaja..
    dan mungkin die percaya akan kelahiran semula..
    apakah surah ataw hadith yg bleh menerangkan hal ini

    • Waalaikummussalam wbt….saya rasa penerangan di atas sudah jelas berkaitan dgn kejadian manusia. Manakala ayat-ayat al-Quran dan surah2 telah pun disebut di atas. Namun nasihat saya, sekiranya anda masih lagi ragu2, perbanyakkan membuat rujukan terutama kitab2 yg muktabar sebelum anda memberi penerangan dan melaksanakan tugasan anda itu……Semoga BERJAYA.

  7. alhamdulillah, sebuah artikel yang sememangnya berlandaskan al-quran. Maka ianya sangat kukuh pembuktiannya.
    Sebagai Muslimin dan Muslimah, kita bertanggungjawab dalam menyebar kebenaran Allah SWT dalam Al-Quran. Berdosa kita jika tidak berkongsi ilmu pada mereka yang lain, supaya mereka tidak keliru dan semakin percaya dan yakin pada wahyu ALLAH SWT. Wallahualam.

  8. kenapa tak terangkan macam mana manusia terjadi

  9. nopi arisanti

    Sungguh manusia selalu ingkar dan sombong di muka bumi ini.Padahal ALLAH MAHA BESAR dari segala galanya

  10. kejadian diri (asal manusia dari tanah dan kejadian manusia dari mani) mgkn asas dlm mengenali diri tp mengenali diri melalui 3 cara yang terbaik adalah melalui guru yang membukanya, belajar untuk membukanya dan terbukanya dengan sendiri melaui diri sendiri, wallhualam………….

  11. Boleh tak ustaz terangkan tentang kejadian manusia ini dng lebih terperinci lg.

  12. assalamualaikum..
    sy nk tya soaln….
    kejadian manusia bmula dgn turunnya nabi adam a.s ke bumi..di situ bmula nya pkembangan manusia di atas muka bumi smpai k zaman skrg..y sy musykil dr mn wujudnya manusia zaman batu atau purba..mereka tak bpakaian sdgkn nabi adam turun k bumi sdh pakai pakaian..
    adakah kwjdan manusia y kita bljar dlm sejarah adlah mitos semata2?ari 2 sy ada tgk video bl d fikirkn blk bru sy sedar ape y kta bljar n dgn ayt2 Quran y ade x sm..bleh tak ustaz jwb soalan sy ni..jd bleh la sy pbetulkan ape y slah ttg fahaman utk diri sdiri dan org lain..
    wasalam..
    terima kasih.

    • salam alaik…
      mmg betul..fakta yg kita pelajari dlm bku2 teks sejarah peringkt sekolah bnyk
      prcnggahan dgn fakta yg tercatat dlm ql-quran..hal ini kerana fakta-fakta tersebt kbnyakannya adalah ciptaan musuh2 islam..jika diteliti rujukan2 bku teks yg ada brdasarkan bku2 yg dikarang oleh msuh2 islam (barat)…oleh sbb itu, bnyak fakta yg brcanggah dgn al-quran…namun,,jika kita mengkaji sejarah itu seiring dgn al-quran maka kita akan temui kbnran..dan nasihat sy apbila trdpt fkta yg brcggah dgn al-quran berbaliklah kpd al-quran krn ia adalah kalam Allah yg sempurna sdgkan buku2 itu adalah krgn manusia yg sukar utk dipastikan kesahihannya…wallahualam…

  13. Bagus information ni tpi,Ade proses xde ayat alquranla…ha satu lgi nme surah..

  14. minta izin copy…..

  15. terlalu ringkas dan tidak seberapa padat,,yg lebih penting nama penulis,,,terima kasih..

  16. Masya Allah Tabarokallah.ilmu yang sangat berguna, dalam memahami tentang makna kita beragama islam Hendaklah manusia itu mengetahui dari apa dia diciptakan

  17. salam…minta izin copy yer..???nak dikongsi dengan yang lain…

  18. subhanalloh

  19. saya mintak izin copy

  20. mohammad subki

    salam……….unik sekali kejadian manusia..ley saya ikut serta..?

  21. Subhanallah,….sunggup hebat sempurna ciptaan Allah S.W.T

  22. salam.mintak izin copy yer

  23. ini lah kekuasaan allah swt dan kita sekali2 jng lupa dimana pun jua allah melihat atas perbuatan manusia baik di wah langit atau di atas langit semua nya allah yang punya dan hari2 lah kita memuji nya ya itu allah yang esa amin

  24. Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri: “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar, kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah LALAI tentang ini” (7:172)

    “LALAI”…. suatu “memori roh” yang telah lupa janji pada Tuhannya….. Oleh itu, kenal diri berkaitan dengan “memori roh”….. yang berjumpa dengan Tuhannya… dan jika dihilangkan segala kehendak diri, maka hanya setelah itu kembalilah memori itu satu persatu sehingga memori roh yang ke-7…. dan bermulalah Israk dan Mikraj dalam solatnya……

    Selamat mencari diri……..

  25. salam minta izin copy ya..

  26. Assa Sya igin tanya carta bermula dari nabi adam hingga nabi kita. Harap dapat tolong.tq wassalam.

  27. apa yg dimaksudkan mengenal diri..dan apa yg dikata..kenallah aku cari la aku..aku berdiri ditengah terang..usul ini ada di ajukan oleh guru tua..yg ingin sama2 mencari jln yg ada utk setiap insan..wallahhuallam..

  28. assalam.. maaf mengganggu.. sy ucpkn terima kasih ttgproses kejadian manusi ini sedikit sebanyak membantu sy dlm menyiap kn assgment.. tp sy ada stu coment.. mnta tlg ilngkn orng yg muncul tpi kiriini yg ahlan wasahlan ini.. menyusah kn utk mmbaca

  29. Robby Rahman Kusuma

    bagus nih buat tugas sekolah,,
    izin copy yyah sob….

  1. Pingback: P969 Sebulan bersama cucu « Keluarga Sharif Yamah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 860 other followers

%d bloggers like this: