Pesta Gawai : “Gayu Guru Gerai Nyaman”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

iban1KETIKA mula-mula ana sampai kat bumi kenyalang ni dulu bila tengok slogan ni “Gayu Guru Gerai Nyamai” ingatkan slogan atau tema hari guru ditulis dalam bahasa Iban ke, melanau ke, bidayuk ke… Sebab ada perkataan “guru” dalam slogan tu. Ternyata sangkaan ana meleset. Rupa-rupanya itu adalah ucapan untuk sambutan hari gawai buat kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak.

Hari ini (Isnin) bertarikh 1 hb Jun 2009 adalah merupakan salah satu hari keramaian di Sarawak sehingga diberikan public holiday di Bumi Kenyalang ini iaitu sambutan pesta gawai. Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.

Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak ‘arak beras’, dan bersuka-ria.

Menurut perbualan ana dengan kawan yang berbangsa Iban, biasanya sebelum perayaan gawai disambut, pertandingan keling dan kuman gawai yang diadakan setiap tahun sebagai salah satu persediaan untuk menyambut dan meraikan perayaan gawai tersebut. Selain itu, pelbagai jenis upacara juga dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Muai Antu Rua (to cast away the spirit of greed)
  • gendang rayah (ritual music)
  • miring (offering ceremony)
  • Ngalu Petara (welcoming the spirit gods)
  • drink the Ai Pengayu (normally tuak for long life)

Manakala apa yang menarik ketika sambutan pesta gawai ini ialah pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar ‘ranyai’ atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

Selain itu, dari segi sejarahnya pula ialah semasa pemerintahan British, mereka enggan mengiktiraf perayaan ini sehinggalah tahun 1962. Pada waktu berikut, perayaan Gawai Dayak ini disambut pada 25 September.

Ia pertama kali disambut pada bulan Jun pada tarikh 1 Jun 1965 dan menjadi satu simbol perpaduan, aspirasi dan harapan untuk masyarakat Dayak. Hari ini, ia adalah satu bahagian penting kehidupan sosial Kaunm Dayak. Ia adalah satu tanda hari kesyukuran tuaian yang baik dan satu masa untuk merancang untuk musim pertanian baru atau aktiviti-aktiviti yang dirancang pada masa hadapan.

Itulah sedikit sebanyak cerita pasal hari gawai yang diceritakan oleh kawan ana yang berbangsa Iban. Dengan ini ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai” kepada rakan-rakan yang berbangsa Iban dan Bidayuh di bumi Kenyalang ini.

Tanjong Manis, Isnin 01 Jun 2009 / 08 Jumad Thani 1430 H
http://ibnismail.wordpress.com

About these ads

Perihal Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 1 Jun 2009, in UMUM. Bookmark the permalink. 6 Komen.

  1. boleh cik ana ada kan video clip tarian pahlawan bidayuh.

    ****KAM : O yeke…nanti saya cari k….****

  2. Anyway whatever……..

  3. ZJS-sumandak Sabah

    mungkin juga perlu dikaitkan logikalnya perayaan pesta menuai pada hujung bulan mei hingga awal jun dr sabah ke sarawak disebabkan faktor musim. pada asalnya mengikut kitaran monsun barat daya dan timur laut, dan juga penanaman padi yg berlaku hanya sekali setahun (sebelum penanaman padi 2 x setahun diperkenalkan). mei-jun adalah musim kering di Borneo. Ini adalah masa sesuai proses penuaian hingga pengeringan padi dilakukan, sebelum disimpan untuk kegunaan setahun sehingga lah penuaian baru. Kaamatan dan gawai bukan setakat perayaan tahunan, tetapi mengikut kepercayaan kami, ia juga adalah upacara mengucapkan terima kasih kepada semangat padi, dan juga terima kasih kepada kerjasama keluarga, jiran, dan masyarakat sepanjang proses, penanaman, penuaian, penyimpanan, atau ringkasnya gotong royong.

  4. ZJS-sumandak Sabah

    walaupun kebanyakan native borneo telah menganut agama2 tertentu, perayaan ini tetap kami rayakan. bezanya, bagi yang telah menganut Islam, tiada istilah Bobohizan atau babalian lagi, yang ada hanyalah sambutan hari keluarga seperti hari raya dan tujuannya, ialah ucapan terima kasih kepada kerja gotong royong yang dijalankan.

  5. ZJS-sumandak Sabah

    Dan bila ditanya pada rakan2 berketurunan iban dan dayak serta bidayuh, konsep yg sama juga diutamakan, tak kisahlah kami menanam padi bukit (Huma) atau padi sawah..gotong royong sentiasa ada dan monsun masi tetap setia di negeri dibawah bayu dan negeri kenyalang..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: