Keistimewaan dan Khasiat Budu Kelantan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

buduBUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…

Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.

Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.

“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.

budu1

“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.

Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :

  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.

Tanjong Manis, 18 Mei 2009 / 22 Jumad Awal 1430 H
http://ibnismail.wordpress.com
About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 18 Mei 2009, in BICARA KESIHATAN. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. thanks

    ****KAM : Syukran….****

  2. Assalamualaikum Pak..
    alhamdulillah saya masih bisa mampir ke sini..
    bagaimana kabarnya disana..??
    itu jenis sajian yang cukup unik menurut saya..
    soalnya jarang ditemukan di Indonesia..

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Kalau macamtu alhamdulillahlah…Em ana di sini alhamdulillah sihat2 jer..Mmg unit Fi’ he he…mybe sedikit masa lagi ia akan masuk pasaran indonesia plak kot..he he…TQ sudi mampir…****

  3. Siti Fatimah Ahmad

    Memang sedap…terutama dicecah dengan ikan bakar. Lama tak amakn budu. Hantarlah kat Ustazah di Sarikei.

    ****KAM : Em..Kalau nak bleh ana hantar…dulu klau balik kelantan, mesti bawak budu, tetapi sekarang x lagi sebb kat serikei pun dah ada jual budu. Kat kedai dayang collection depan evervin sebelah kedai menjual barangan plastik. Selalu ana beli kat situ….****

  4. mohd khairi mat piah

    assalamualaikum wie…. hebat demo.. tak sangka demo ada blog sebegini rupa..tak lawan kawe. mula-mula buka blog demo macam tak percaya…rupa-rupanya demo.hebat-hebat….. kawe rasa nak jadi macam demo la..ha…ha….. kalau jumpa kawan-kawan kita kirim salam ye. bila nak jadi abah nya…?????selamat hari guru untuk demo
    “guru pembina negara bangsa”

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Timo kasihla puji blog kawe nih…tak hebat mano pun…doh lamo kawe wat blog ni…jadi ayoh..??Emm insyaAllah klu tadok gapo2 gok hujung bule smile(9) ni…he he he…Timo kasih la jengok blog kawe nih…”SELAMAT HARI GURU” gak tuk demo…Semoga sihat sokmo deh…****

  5. kepada sauadara2 sekalian saya harap anda boleh masukan artikel dalam http://www.newpaces.com kerana dalam website 2 mempunyai…teman2 dan mempunyai moral…tambah lagi website ini adalah milik orang kelantan kita harap….

  6. wan norhazhila wan ahmad

    assalamualaikum
    bangga raso jadi anok klate ni,,
    kayo dari segenap aspek,
    makene,pakaian,bahaso,identiti,
    pendek kato ore klate ni meme bertuoh la.
    g mano mano pon ore klate tetap ramai,
    kade kade duk di negeri oghe pon raso supo dok ngeri sndiri.
    tahniah la kpada empunya blog ni,,
    teruske usaho murni nak martabatkan warise ngeri kito.
    wassalam,,,

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Meme tuoh kito anok klate nih…KAM dok srawok ni pun ramai jugok puak2 kito…Klu tubik srikei hujong bule, minum kedai kopi mace dok klate doh…ha ha ha…Tiimo kasihla sudi melawat blog KAM…ado maso mlawat lagi deh….****

  7. budu dari Selandar Melaka dah ada di pasaran..saya dah beli pun..dah makan pun cicah ikan cencaru bakar…sedap…anak anak pun suka budu…sekarang ni budu bukan lagi dari kelantan jer..Melaka dah ada produk budu…sama jer dengan budu dari kelantan…syukur Alhamdulillah..

    ****KAM : Ye betul tu…kat mana2 pun dah ada budu skrg….org srwk pun dah suka makan budu…member2 sekerja ngan saya semua suka budu…kalau dulu, nak makan budu kena pi cari kat sebelah pantai timur, tapi sekarang tidak lagi…..hehehehe….Terima kasih tuan bakri kerana sudi bertamu di blog saya….Salam silatulrahim, dari Abu Musaddad.****

  8. hmm..kat spore takder jual pulak budu nie..tgk gambar mcm boleh meleleh air liur..bestnyer!! makanan melayu spore tak best la! kiter asik makan burger jer! jelak sey!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 860 other followers

%d bloggers like this: