TIPS MEMBERI PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SALAM hormat buat semua pengunjung Kalam Abu Musaddad kerana masih setia dan sudi menjadi pembaca setia di laman ini. Hari ini kalam ini ingin membicarakan tentang “Bagaimana untuk memberi penghargaan kepada mereka yang kita sayangi di dalam kehidupan kita”.

Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk memberikan penghargaan dan juga sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja. Biasanya kita terlalu memikirkan bagaimanakah caranya untuk memberi penghargaan tersebut kepada seseorang itu dan apakah yang sepatutnya kita berikan. Adakah ianya berupa hadiah atau sekadar ucapan?

Pada kebiasaanya bila disebut sahaja memberi penghargaan, maka terlintaslah difikiran kita ianya mesti berupa pemberian “hadiah”. Kadang-kadang seseorang itu terpaksa berhutang semata-mata untuk membeli hadiah untuk diberikan kepada orang tersayang seperti hadiah hari lahir dan sebagainya.

Di sini perlu kita ketahui bahawa memberi penghargaan itu tidak semestinya dengan hadiah yang mahal-mahal. Memberi ucapan terima kasih, kata-kata pujian dan rangsangan dengan ikhlas juga merupakan salah satu cara untuk memberi penghargaan.

Sehubungan dengan itu, memberi penghargaan amat digalakkan di dalam kehidupan kita terutama memberi penghargaan kepada ibu bapa, kepada anak-anak, kepada suami, kepada isteri dan kepada staf-staf anda (sekiranya anda seorang bos) kerana ia dapat memberi semangat dan ransangan serta rasa dihargai. Selain itu juga, memberi penghargaan juga dapat mewujudkan kasih sayang dan mengeratkan hubungan silatulrahim.

Justeru itu, di bawah ini terdapat beberapa tips bagaimana untuk memberikan penghargaan kepada insan yang kita sayangi. Antaranya ialah (Sumber dari Fitrah Power Resources) :

Penghargaan Kepada Anak

  • Selalu memberikan pujian yang ikhlas kepada anak
  • Rangsang anak-anak untuk buat yang terbaik
  • Berikan hadiah atas kejayaan anak-anak walaupun kejayaan yang kecil
  • Selalu berikan pelukan dan ciuman
  • Sekali sekala puji anak-anak di hadapan orang lain
  • Hadirkan diri dalam acara atau pertandingan atau peraduan yang disertai oleh anak anda

Penghargaan Kepada Ibu Bapa

  • Selalu telefon bila berjauhan
  • Jangan lupa kirimkan wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja )
  • Berikan hadiah pada hari-hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa & Hari Lahir)
  • Cium tangan ibu bapa
  • Bila anda sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana selalunya ibu bapa kita rindu untuk bertemu dengan cucu-cucu mereka.
  • Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah
  • Pulang apabila mereka sakit

Penghargaan Kepada Suami

  • Selalu berikan senyuman
  • Berhias di hadapan suami
  • Masak masakan kegemaran suami
  • Minta pandangan suami jika ada masalah
  • Selalu urut-urutkan suami
  • Menjaga maruah suami
  • Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain
  • Berikan hadiah hari jadi
  • Pandai mengambil hati suami
  • Selalu memberikan sokongan bila suami ada masalah
  • Membina hubungan baik dengan keluarga suami
  • Minta izin suami sebelum buat sesuatu
  • Mohon maaf dengan suami sebelum tidur

Penghargaan Kepada Isteri

  • Ingati tarikh-tarikh penting bersama isteri (Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Lahir)
  • Ingati tarikh kelahiran anak-anak
  • Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah (memasak, membasuh & jaga anak)
  • Ungkapkan kata-kata cinta sebelum tidur
  • Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri
  • Membina hubungan baik dengan keluarga isteri
  • Ucapkan terima kasih apabila bersama
  • Selalu memberikan kejutan-kejutan yang menggembirakan
  • Selalu berpenampilan segak (sebab suami kacak, orang akan puji isteri)
  • Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap
  • Panggil isteri dengan panggilan yang manja
  • Puji isteri depan anak-anak dan keluarga
  • Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan anak
Tanjong Manis, 25 April 2009
http://ibnismail.wordpress.com
About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 25 April 2009, in Motivasi. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Salam. Kalau tidak salah posting ini saya tulis dalam laman web http://www.fitrahpower.com. Alhamdulillah sesuatu yang baik dikongsikan untuk orang lain.

  2. maaf, sy minta izin amik utk renungan sy n dipublish d blog sy..
    turut dikredit kpd fitrahpower~

    tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 859 other followers

%d bloggers like this: