Hukuman Rotan Dikuatkuasakan- Apa Pandangan Anda ?

ADAKAH BERKESAN ? MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAPAT DIBENDUNG ???

rotan4

MENURUT laporan Bernama (06 April 2009), hukuman rotan di sekolah-sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau memberitahu Dewan Negara di sini Isnin bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.

“Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu,” katanya ketika menjawab satu soalan Senator Fatimah Hamat.

“Ia termasuk (soal mengenai) siapa yang boleh diberikan kuasa merotan di samping ibu bapa akan dimaklumkan terlebih dulu, bila hukuman akan dijalankan,” tambahnya.

Katanya mesyuarat itu turut memutuskan untuk melantik warden tetap di asrama dimana tugas utama mereka ialah menjaga disiplin pelajar.

Wee berkata pada ketika ini, warden asrama dilantik di kalangan guru sekolah dengan pemberian elaun khas RM250 sebulan untuk melaksanakan tugas itu.

Bagaimanapun menurutnya dengan kewujudan jawatan warden tetap, warden asrama itu akan bertanggungjawab sepenuhnya memantau serta mengawal disiplin pelajar terutama di asrama.

“Warden tetap itu akan dilantik di kalangan kakitangan kementerian yang menerima latihan khas bimbingan kaunseling serta memiliki kemahiran psikologi, dan mereka bertugas 24 jam di asrama sekolah.

“Kementerian berharap tindakan yang akan dilaksanakan ini akan dapat mengurangkan kes disiplin pelajar dan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang peri laku anak mereka di sekolah,” katanya.

smile
Kalam Abu Musaddad / Ahad 12 April 2009
http://ibnismail.wordpress.com
About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 12 April 2009, in Isu Semasa, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum Alwi

    TAHNIAH diucapkan kerana telah dipilih sebagai penerima award bagi kategori musim pertama AWARD 1 LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI.

    Dengan hormatnya, saya mempersilakan Alwi menerima kelima-lima AWARD tersebut.

    Dengan itu, didahului dengan ucapan terima kasih kerana sudi menerima undangan ini. Ke hadrat Allah swt didoakan kesejahteraan dan kebaikan.

    Saya menanti kehadiran Alwi di sana. Salam persaudaraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Ye ker..Em terima kasih banyak2 di atas award yang diberikan. Rasanya masih tak layak untuk menerima penghargaan ini. Apapun syukran sekali lagi kerana memberi penghargaan itu kepada saya. InsyaAllah saya akan ke sana untuk mengambilnya…he he he…****

  2. rotan sume ni org politik punya pasal ditambah dgn mak bapak yg intelek nya rendah..
    org politik nak lakukan sesuatu kasi org ingat die + org undi dia(mak bapak yg manjakan anak tu la)
    dtg org politik baru, dia tukar balik…
    sume mainan politik..
    rakyat malaysia lepas nie akan jadi kucar kacir pasal segala hal org politik dok jaga.
    habis org yg intelek rendah dok jaga menteri pendidikan..susah..

  3. rotan aje….. kalau ikut peraturan apa salahnya…. kalau anak kau orang dah pandai peras ugut, maksiat kat sekolah,,,, cukup bukti, ikut prosedur… aku syorkan PUBLIC CANNING sewaktu perhimpunan rasmi….
    lagi real mak bapak budak tu paanggil sekali…. compulsory kena datang. amacam…. anak aku pernah kena rotan…. aku kena panggil… ke sekolah… confirm bersalah kena rotan 2 kali…. kau tahu apa aku buat…. Pengetua dia rotan 2 kali depan aku dan 3 saksi lain kemudian aku tambah lagi 4……. semua 6 kali kena rotan… lepas tu..alhamdulillah anak aku ada perubahan… sekaran dia buat medic kat UM…. tima kasih cikgu…..

  4. ptot dikembalikan blek kuasa merotan 2…
    setuju sngt2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 859 other followers

%d bloggers like this: