Tanggungjawab Pelajar Terhadap Gurunya

BAGAIMANA besarnya tanggungjawab guru terhadap murid, begitu jugalah besarnya tanggungjawab murid terhadap gurunya. Jika tidak ada guru, maka tidak ada murid. Guru juga seperti ibu bapa yang patut dihormati dan dipatuhi segala ajarannya yang baik. Jika di rumah anda harus menurut segala perintah dan ajaran ibu bapa dengan taat, tetapi di sekolah anda harus pula mentaati guru dan segala ajarannya harus disematkan di hati.

Seorang murid harus menghormati bantuan gurunya untuk membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT untuk menuntut ilmu demi bekalan hidup mereka.

Jangan sekali-kali membantah atau mencela guru kerana guru adalah merupakan orang yang sentiasa membimbing anda untuk mencapai cita-cita.

Antara Adab-adab Murid Terhadap Gurunya

1. Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru kelas anda. Jika guru terdahulu memberi salam hendaklah segera dijawab.

2. Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk ke bilik darjah anda.

3. Perhatikan guru anda dengan tenang dan mula membuka buku untuk pelajaran hari itu jika diperintahkan oleh guru.

4. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada guru anda dengan sopan.

5. Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh anda berbuat demikian.

6. Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar.

7. Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan. Sematkan di hati anda apa yang diajarkan ketika itu.

8. Ucapkan terima kasih kepada guru anda sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.

Seorang murid harus peka dengan apa yang disampaikan oleh guru mereka, dengan cara ini anda akan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran anda. Anda jangan menyalahkan guru anda jika anda kurang faham apa yang diajari oleh guru anda, sebaiknya anda harus banyak bertanya dari banyak merungut untuk mendapatkan kefahaman.

Jika anda ingin menjadi seorang murid / pelajar yang berjaya, anda harus berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan itu, jangan cuma berharap pada guru sahaja. Guru hanya boleh mengajar untuk menyampaikan ilmu, sedangkan anda adalah seorang murid yang harus tahu membuat sesuatu untuk mencapai kejayaan itu.

Usaha anda untuk menjadi murid yang berjaya adalah lebih bererti dari hanya mendengar guru mengajar sedangkan anda tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan pelajaran itu.

Kejayaan seorang pelajar itu bergantung kepada kegigihannya untuk mencapai kejayaan, tanpa mengharap pertolongan orang lain untuk menjayakan diri sendiri.

Seorang murid harus menghormati gurunya sebagaimana dia menghormati ibu bapanya juga. Rasa hormat kepada guru membuatkan anda dapat mengikuti pelajaran dengan baik dan sudah tentu lebih keberkatan ilmu yang anda pelajari itu. Di samping berusaha anda harus berdoa, agar segala usaha anda itu akan beroleh kejayaan cemerlang.

INGAT!!! Seorang pelajar itu adalah bakal pemimpin masa hadapan, oleh itu tidak ada sebab anda tidak mahu berusaha untuk terus mencapai kejayaan. Kerana mundur atau majunya sesebuah negara itu bergantung kepada para belia dan remajanya yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.

kkk12
Kalam Abu Musaddad / Rabu 08 Mac 2009
http://ibnismail.wordpress.com
About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 8 April 2009, in BICARA AKHLAK, Motivasi. Bookmark the permalink. 11 Komen.

  1. Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum..

    Guru ibarat kasturi yang menyebarkan wangian kepada sesiapa sahaja tanpa memilih. Guru umpama lilin yang menerangi dunia sekelilingnya walaupun diri terbakar namun pengorbanannya tiada bandingan buat sekujur tubuh yang mendapat ilmu dan keredhaan guru itu. Maka doakan guru kita walau dimana ia berada samada ia masih hidup mahupun sudah meninggal. Jasa guru tetap dikenang hingga akhir hayat. Semoga kita akan menjadi guru yang berjasa dan berwibawa. Salam dari jauh di UKM, Bangi.

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Em betul tu ustazah…Teringat guru-guru saya masa sekolah-sekolah dulu…Semoga mereka sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT selalu….****

  2. kalau dahulu guru diberi pelbagai perumpamaan`permata`@ `lilin yang membakar diri`namun kini apa maknanya semua itu kalau `guru` cuma diisi atas dasar tiada pekerjaan lain maka gurulah sebagai pilihan….maka terjadilah berbagai gejala yang tidak diingini paling tidaknya ada guru yang selalu tuang kelas,tidak menunjukkan contoh yang baik dan sebagainya….apa ada pada martabat…????

  3. inf0 yg sngt bergune..

  4. terima kasih atas artikel ini, saya gunakan sebagai ucapan pada perhimpunan di sekolah.

  5. terima kasih untuk artikel ini, sangat berguna. dan boleh juga saya gunakan untuk presentation esok.

  6. makasih.saya gunakan sebagai bahan untuk membuat folio

  7. ghazali ismail

    terima kasih saya juga jadikan bahan ini untuk ucapan petang pada perhimpunan mingguan.- ghazali ismail

  8. nur sarah abdul salam

    Info yang amat bergune untuk sape sape pun…..

  9. hummm…bagus untuk saya jdikan rujukan….

  10. surianilassani@yahoo.com

    panduan yang baik..tq

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: