Wajarkah Guru Berpolitik ??

DALAM ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Pendidikan mencadangkan supaya golongan pendidik, terutama guru Kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti.

Namun menurut Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, cadangan untuk membenarkan guru Kumpulan A bergiat aktif dalam politik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia dikhuatiri boleh memecahbelahkan warga pendidik di sekolah.

Tegas beliau lagi, sesetengah guru mungkin taksub dengan parti yang disokong sehingga wujud sikap berpuak, sekali gus menjejaskan pelajar.

Pada asasnya, guru dan pegawai tinggi kerajaan tidak dibenarkan menyertai politik dan mereka perlu bersikap neutral. Jika guru dibenarkan berpolitik, pegawai kerajaan dari kumpulan lain juga pasti akan menuntut hak yang sama.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Pegawai kerajaan dari Kumpulan A atau Pengurusan juga tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti berkempen, sama ada pada waktu pejabat mahupun di luar waktu pejabat kerana dikhuatiri boleh menyeleweng daripada tugasnya.

Bagaimanapun, kakitangan Kumpulan Sokongan dibenarkan bergerak aktif dalam politik dengan syarat mendapat kelulusan ketua jabatan yang harus menilai semua faktor sebelum memberi kelulusan.

Menurut Tan Sri Ismail Adam lagi, cadangan itu jika masih hendak dilaksanakan mesti diperhalusi secara mendalam. Kita mungkin perlu ada kaedah atau syarat tertentu yang difikirkan sesuai jika cadangan ini mahu dilaksanakan. Buat masa ini larangan itu masih kekal dan wajib dipatuhi pegawai kerajaan termasuk guru.

APA PULA PANDANGAN / PENDAPAT PEMBACA SEKALIAN ?

smile5
Kalam Abu Musaddad / 01 April 2009
http://ibnismail.wordpress.com
About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 1 April 2009, in BICARA INSAN GURU, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. mengikut loan wajar aja kerana guru adalah golongan contoh kepada masyarakat.

  2. tak setuju langsung..banyak buruknya…sekarang ni pun segelintir guru
    yang dah terjebak dengan politik tak dapat menjalankan tugas dengan sepenuhnya, banyak kerja tertangguh…paling senang bersara awal je, jadi tak de ibubapa dan rakan guru yang lain sok sek sok sek….

  3. harus diingat…
    banyak parti politik termasuk umno dahulu didominasi oleh GURU..
    Guru berperanan besar dalam perkembangan politik Malaysia..
    tetapi sekarang… guru dihalang berpolitik…

    guru juga ada hak dalam politik.. mereka juga boleh mengundi .. sama seperti orang awam…
    jadi memang wajar mereka di beri kebebasan untuk berpolitik dan menguarakan pendapat mereka..

    P/s : sejarah seorang Perdana Menteri pun dimulakan oleh seorang Guru Biasa…

  4. guru xsptotnye terlibat dlm politik coz tugas dye di dlm sekolah..
    ayu still form5 bleyh tgk r ckgu yg kuat brpolitik jrg masok kelas dan pljar byk ketinggalan…seriously..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: