Sifat Anak Durhaka

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.

Tetapi ada juga anak-anak yang lupa daratan, mereka ini adalah tergolong dari anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.

Anak-anak yang engkar terhadap ibu bapanya adalah anak-anak yang tidak mahu berbuat bakti terhadap ibu bapa mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak pernah ingat bahawa kalau tidak kerana ibu bapa mereka, mereka tidak akan lahir di dunia ini.

Oleh itu anda harus ingat kalau tidak kerana ibu bapa anda tidak akan mengecapi hidup yang senang lenang, seperti yang anda hadapi sekarang ini. Kalau tidak kerana penat jerihnya anda tidak akan menjadi manusia yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi.

Tidak guna anda berilmu setinggi langit, jika anda tidak dapat membahagiakan ibu bapa anda sebagaimana dia membahagiakan anda semasa anda memerlukan perlindungan darinya.

Sebenarnya ibu bapa itu bukan mahu disanjung-sanjung setinggi langit atau didukung sebagaimana dia mendukung anda semasa kecil atau disuap nasi ke mulutnya, sebagaimana dia menyuapkan anda semasa kecil lagi. Tetapi sudah cukup anda menghormatinya dengan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap dirinya ketika mereka memerlukan.

Ibu bapa memang mudah berkecil hati jika anda mengeluarkan kata-kata yang kasar terhadapnya, oleh itu jagalah lidah anda jangan sampai terlanjur berkata kasar terhadapnya. Berlemah lembutlah terhadap mereka, walaupun anda tidak setuju dengan sikap mereka. Berunding dengan baik dalam suasana yang jernih akan dapat satu penelitian yang jujur terhadap apa yang dimusykillan.

Jangan anda tidak setuju terhadap ibu bapa anda terus berkeras dan membentak-bentak, ini durhaka namanya. Anak durhaka tidak akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak- tanduk dan tingkah laku anda untuk menjaga hati orang tua anda.

Lantaran jasa orang tua anda tidak akan dapat anda balas, walau sebanyak mana anda memberi perhatian terhadap mereka. Pengorbanan mereka terlalu besar terhadap anda. Mengapa anda tidak boleh memberi kelapangan kepadanya ? Jika rezaki anda melimpah ruah, anda jangan bakhil membiayainya sedapat mungkin yang boleh. Kerana kekayaan atau rezaki yang anda perolehi itu adalah hasil usahanya juga untuk memberi anda hidup dan berilmu.

Kawallah diri anda untuk menjadi insan yang berguna dan tidak durhaka kepada orang tua anda. Jika tidak kerana mereka anda tidak akan bernafas serta ketawa untuk hari ini. Jika anda membelakangi orang tua bererti anda membelakangi apa yang disuruh oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Bahawasanya Allah mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah tidak menyukai kata-kata yang sia-sia dan membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.” - Riwayat Bukhari.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan oleh Thabrani yang bermaksud :

“Tiga perkara tiada bermanfaat, lagi bersertanya sesuatu pun iaitu menyengutui Allah SWT dengan sesuatu, mendurhakai ibu bapa dan lari dari medan pertempuran.”

Sabda Rasulullah SAW di atas jelas membuktikan bahawa menderhakai ibu bapa adalah amalan yang dimurkai oleh Allah SWT. Allah tidak akan merestui anak-anak yang derhaka. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabrani :

“Dua kejahatan yang dibalas oleh Allah di dunia ini iaitu zina dan derhaka kepada ibu bapa.”

Oleh itu, jika anda mendurhakai ibu bapa, anda telah melakukan maksiat besar yang merupakan dosa besar. Anak yang menderhakai ibu bapanya akan ditolak segala amalannya selagi anak itu tidak meminta ampun dan keredhaan dari ibu bapa mereka.

Anak-anak yang durhaka akan menerima hukuman yang setimpal dari Allah sejak mereka di dunia lagi, mereka hilang kemerdekaan hati dan rasa bersalah sering menghantui mereka. Dan di akhirat juga mereka akan mendapat hukuman yang setimpal. Kerana mereka yang mendurhakai kepada ibu bapa akan dibangkitkan semula di akhirat menyerupai kaldai. WALLAHU A’LAM…

Apa pandangan / komen pembaca tentang tingkah laku anak-anak sekarang terhadap kedua ibu bapa mereka ?

Kalam Abu Musaddad / 20 Oktober 2008
http://ibnismail.wordpress.com

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 20 Oktober 2008, in Bicara Agama, Keluarga dan Masyarakat. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Astagfirullahhal adzim….
    mudah2an keempat anakku menjadi anak yang sholeh dan sholehah….

    ****Mudah-mudahan Mas…****

  2. anak2 seperti kain putih. kita corakkan dengan warna hitam atau putih atau warna lain yang kita fikir sesuai.

    apabila dunia berubah, sifat manusia jua berubah. dimanakah nilai2 yang pernah di ajar oleh guru atau ibubapa.

    zaman ini anak2 dilihat mempamirkan sifat2 durhaka dengan jelas. walaupun tahu azab yang akan diterima.

    ****Ya..Memang benar sekali…****

  3. Amalia Diana Fitri

    subhanallah …
    mudah2an anak2 muslim di Indonesia mjd anak yg sholeh dan sholehah dan tidak mendurhakai kedua orang tuanya …
    amien … ya rabbal ‘alamin …

  4. Nasihat di atas adalah suatu nasihat yang baik bagi semua anak-anak dan yang akan bakal menjadi suami/isteri dan ibu/bapa serta datuk/nenek.

    Saya pernah mendengar kesah dan cerita tentang anak lelaki/perempuan yang berkahwin atas cinta sama cinta dan berkahwin tanpa restu ibu/bapa pada mulanya. Tetapi setelah mendapat anak maka ibu/bapa menerima semula anak dan cucu mereka.

    Ada pula cerita dimana ibu/bapa dan saudara-mara yang tidak suka anak mereka berkahwin dengan lelaki/gadis pilihan mereka (anak itu) sendiri. Maka ibu/bapa dan saudara mara mencari berbagai-bagai jalan dan cara supaya mereka berpisah dan bercerai. Mereka mencari BOMOH yang beri kemeyan, gula-gula, minyak dll yang sudah dijampi supaya ditaburkan keatas katil anak mereka atau kedalam barang makanan atau minuman anak/menantu mereka supaya mereka membenci antara suami/isteri dan berharap semoga berpisah dan bercerai.

    Apakah hukumnya anak yang berkahwin sedemikian? Dan apa pulakah hukumnya ibu/bapa dan suadara mara yang berbuat sedemikian?

    Apakah hukumnya anak/menantu yang menaruh perasaan marah terhadap ibu/bapa dan saudara mara yang berbuat sedemikian sedangkan anak/menantu terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai masaalah dan persaaan hassil daripada jampi-jampi yang dibuat?

  5. suwadi syukri

    nasihat ini amat berguna dan bernas.. terima kasih.. semoga ianya menjadi pendoma bagi kita semua..

  6. bertuahlah orang-orang yang mempunyai anak yang soleh

  7. bagaimana jika seorang wanita yang sudah menikah diperintahkan orangtuanya untuk bekerja, padahal suami meminta istrinya itu untuk tidak bekerja, karena tugas utama seorang istri adalah melayani suaminya, dan tinggalah dirumah. orangtua sangat kecewa karena putrinya itu tidak mau bekerja, sudah di kuliahkan, mengeluarkan banyak biaya, disuruh kerja malah gak mau. dan sering dituding anak durhaka karena tidak mau bekerja.
    apa yang harus dilakukan perempuan ini? terimakasih.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: