Jangan Pandang Remeh Ketulan Pada Payu Dara

RAMAI wanita Malaysia khususnya orang Melayu memandang ringan terhadap tahap kesihatan mereka. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kebanyakan mereka tidak menjadikan pemeriksaan kesihatan sebagai rutin hidup. Alasan yang diberikan, mereka sihat dan masih boleh melakukan kegiatan harian seperti biasa, kalau ada pun sakit sedikit masih boleh digagahi tanpa perlu merujuk kepada doktor.

Justeru, untuk meluangkan masa menjalani ujian saringan kesihatan khas untuk wanita seperti ujian mamogram dan pap smear tidak terlintas di fikiran, sedangkan penyakit menyerang tidak kenal sesiapa, status, usia atau apa sahaja.

Sememangnya ajal dan maut di tangan Tuhan, namun sebagai manusia, kita masih boleh berikhtiar dan mengelakkannya jika kita berusaha seadanya.

Walaupun beribu-ribu kempen kesedaran tentang barah payu dara telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta, minda golongan Hawa di Malaysia masih belum terdidik untuk menjadikan pemeriksaan payu dara sebagai rutin kesihatan mereka.

Wanita muda khasnya yang berusia lingkungan umur 18 hingga 35 tahun pastinya beranggapan bahawa mereka bukanlah golongan berisiko untuk menghidap penyakit barah payu dara.

Stigma tersebut adalah salah sama sekali kerana perangkaan menunjukkan kes barah payu dara pernah menyerang wanita seusia belasan tahun.

Jika satu masa dahulu, hanya wanita yang dikategorikan dalam usia 50 tahun ke atas perlu merisaukan kesihatan mereka terutama untuk sakit kanser, namun kini tidak lagi. Pasti ramai yang menggelengkan kepala apabila mendengar pernyataan tersebut, namun begitulah hakikat yang perlu diterima di setiap negara yang membangun.

Selain faktor keturunan, cara hidup dan pemakanan dikatakan penyebab utama mengapa barah payu dara kini menyerang wanita yang lebih muda.

Pengambilan makanan yang mengandungi lemak berlebihan serta daging merah dikaitkan dengan terjadinya kanser payu dara.

“Terdapat pelbagai lagi faktor penyebab seperti pengambilan pil perancang, lambat mendirikan rumah tangga, tidak menyusukan anak juga boleh menjadi punca mengapa barah payu dara boleh menyerang wanita yang lebih muda,” jelas Pakar Pembedahan Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Tan Khoon Eu.

Beliau yang ditemui di kliniknya berpendapat bahawa, setiap wanita perlu prihatin dengan sebarang tanda atau ketulan yang terdapat pada bahagian buah dada mereka termasuk di bahagian ketiak.

“Jangan memandang ringan terhadap ketulan tersebut kerana ia boleh jadi satu ketulan yang akan mengancam kesihatan anda satu hari kelak.

“Pengesanan awal amat penting bagi memastikan bahawa ketulan yang terdapat di bahagian tersebut bukanlah yang mengandungi sel kanser.

Walau sekecil manapun saiz ketulan tersebut, ia berpotensi untuk menjadi kanser sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal,” tegas Khoon Eu.

Untuk mewujudkan kesedaran terhadap wanita tentang bahayanya ketulan sekiranya tidak diperiksa dengan lebih awal, beliau meminta setiap ahli keluarga terutama, suami, ibu atau bapa menggerakkan wanita yang mereka sayangi menjalani ujian sekiranya terdapat sebarang ketulan pada bahagian payu dara dan ketiak.

“ Ada juga wanita yang beranggapan bahawa, ketulan kecil di ketiak tidak ada kena mengena dengan kanser, mereka gemar membuat kesimpulan sendiri bahawa ketulan kecil tersebut hanyalah peluh yang tersumbat akibat pemakaian ubat antipeluh.

“Di kalangan wanita muda, ada banyak jenis ketulan yang perlu dikenal pasti, antaranya sama ada ketulan tersebut dikategorikan dalam fibro adenoma atau breast cyst,” jelas beliau.

Khoon Eu menerangkan, prosedur yang perlu dilalui oleh wanita amat mudah. Bagi wanita yang berusia 40 tahun ke atas ujian mamogram akan dijalankan, tetapi bagi yang lebih muda mereka boleh menjalani ujian ultra bunyi sahaja, ini kerana wanita yang lebih muda, tisu payu dara mereka lebih padat berbanding dengan yang lebih berusia, jadi tidak perlu menjalani mamogram.

Beliau berkata, wanita perlu tahu bahawa, sekiranya kanser payu dara menyerang wanita yang lebih muda, sel kanser tersebut adalah lebih agresif dan lebih susah untuk dirawat.

“Menerusi kes-kes sebelum ini, kebanyakan pesakit kanser payu dara di usia muda juga tidak mampu untuk survive kerana tubuh mereka tidak mampu untuk melawan sel kanser yang merebak dengan agresif,” tambahnya.

Antara rawatan yang diberikan setelah seorang wanita dikesan mempunyai sel kanser payu dara ialah ujian biopsi.

Khoon Eu menyeru kepada masyarakat Melayu khasnya untuk tidak terlalu bergantung kepada perubatan tradisional yang akhirnya hanya akan menyulitkan proses rawatan dan penyembuhan.

Sumber : Utusan Malaysia : Oleh : NOOR FAZRINA KAMAL

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 15 Oktober 2008, in BICARA KESIHATAN, Wanita Hari Ini. Bookmark the permalink. 14 Komen.

  1. salam saya umur 22thn, msh bljr..br2 ni saya dpt rs ketulan pada kiri payudara saya..saya amat tkt. apa patut sy buat? boleh saya berjumpa mana2 doktor di hospital untuk membuat pemeriksaan?

  2. salam…info bagus..

    Saya bukan nak buat iklan tapi untuk membantu. Penyakit NO 1 adalah barah payu dara. Ada cara untuk kita mencegahnya….
    Saya baru mengetahui ada satu alat yang boleh detect kanser di paras awal….pernah dengar Mamogram???ini adalah salah satu teknik digunakan untuk detect barah payu dara. TAPI…mamogram ni telah menghadkan tahap umur untuk menggunakannya pada usia 40 an…

    Habis??macammana umur yang sebelum itu??entah2 tak sampai umur 40 dah meninggal…betul kan???

    Saya telah menghadiri satu sesi taklimat untk alat ini yang mana alat ini tidak menyakitkan, murah, boleh dibawa kemana-mana, tiada had umur untuk khidmat. Saya tak ingat nama alat ini. Alat ini dibawa dari Rusia..

    Untuk pengetahuan, barangan Rusia amat susah masuk ke Malaysia disebabkan sekatan. Kebanyakkan US punya barang la…biasala tu….
    Teknologi ini dapat membantu kita ada kemungkinan kena kanser….LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI…
    Memang service ini perlukan wang…..tapi,tak sebanyak apabila anda dihinggapi penyakit “BREAST CANCER” beribu-ribu habis digunakan untuk mengubatinya….

    Sesiapa yang ingin lihat alat ini dan tekniknya boleh email dan tanyakan pertanyaan kepada saya di widuri_putih@yahoo.com.

    Penyakit ini mati akhirnya apabila sudah ke tahap 3 dan 4. Pasrah…..

  3. saya ada ketulan kt buah dada kiri, dah sudah jumpa doktor, diambil sel dan doktor sahkan bukan sel kanser….doktor bagi pilihan kt saya samaada nk buang atau tidak ketulan tu, tapi saya takut dan memilih utk tidak buang…..tp smpai sekarang sy masih bimbang, sbb takut ketulan tu jadi kanser..camne ek..patut ke buang?

    ***KAM : Ye ke macam tu…Kalau doktor sahkan tak bahaya, itu terpulang pada awaklah…Tapi kalau boleh membahayakan, saya saran elok awak buat pembedahan…semuanya bergantung pada awak. Seeloknya berbincang dulu dengan suami atau keluarga sebelum membuat keputusan…***

  4. sy cek ade ketuln kt left breast.g jumpe Dr.Dr kate tulg rusuk.tapi bile sy cek smula rase ketuln…pe patut sy wat????

  5. sy dptkn nasihat homeopathy n they said….jgn buat biopsi cz sometime boleh menyebabkan sel yg normal betukar menjadi sel abnormal….dah buat blood test as well as cancer test last year, the result is negative…but ketulan tu mcm mkin besar n some time berdenyut2…what should i do =(

  6. salam,saya nak minta pndapt atau pandangan dr smua kwn2 yg prihatin ttg cara menghilanggkan ketulan pada payu dara ni.sbb tkut nak operate.tkt jd kanser and merebak,tlg email ke marsha5480@ yahoo.com sekiranya ada cdgn drp anda

  7. salam……saya ada ketulan atas sebelah kiri payudara.dah pi berjumpa doc pakar.bulan 12 ni bru nak pi buat ujian a/sound & ambik sample sel.apa pendapat?

  8. salam..saya baru pulang dari mnjalani pemeriksaan payudara..sy mmpunyai ketulan di payudara knan sy..6.8 sy akn mnjalani pemeriksaan smla

  9. Perempuan ingin tahu

    Assalamualaikum, Saya nak tanya..Sebenarnya sudah lama saya simpan hal ni. Masalah saya adalah kenapa ada ketulan biji dibahagian bawah payudara kiri? Saya pelik…Tapi ia tak sakit, kadangkala ia akan rasa sakit sangat…. Ketulan batu tuh pada mulanya kecil saja lama-kelamaan ia membesar. Biji ketulan itu menjadi tanda tanya dalam diri saya hingga sekarang….ketulan biji mulai timbul sejak saya form3 lagi hingga hari ni sy berumur 19tahun. Saya takut kalau ia akan bagi kesan pada diri saya masa akan datang…..boleh jawab pertanyaan saya ni?……

  10. sy mmpunyai ktulan yg agk bsar. Bla sy memeriksa d’klinik mngatakn ianya bukn kanser tp sy brjmpa dgn pakar, dia mngatakan tk0t ad kanser dan d0kt0r kta perlu membuang breast sy..sdgkn sy bl0m brkahwin. Ada kaedah lain yg b0leh membuang ketulan trsebut?

  11. Sy nak share pd semua…2 hari lepas saya br saja menjalani pembedahan membuang ketulan pada breast sblh kiri..besar ketulan lebih kurang 2cm.or sebesar duit syiling 20 sen..sy syorkan pada sahbt2 yg ada ketulan di atas jgn mengambil mudah..kerana ketulan yg dibiarkan akn besar dan risiko mndapt cancer lebih mudah..so sebelum mudarat..baiklah beejumpe dgn doktor dan dgr nasihat mereka..operation breast lump bukannya smpai buang sbhgian breast kita..just dia tebuk sikit je…cuma tggl parut sikit je laa..so xperlu risau ea.,:-) parut sikit x pe jji sihat..

  12. sy baru tau 1 mgu hr khamis ni nk operate.ketulan 4 kiri 6 kanan…x tau brp kos buat kt hosp swasta.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: