Persiapan Raya – “Duit Raya, Kuih Raya dan Berzakat”

Bismillahirrahmanirahim…

Assalamualaikum wbt…Salam rindu buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad, dua hari ana tidak mencoret apa-apa diblog ini, oleh itu, walaupun sibuk kalam ini cuba juga untuk berbicara buat pembaca sekalian.

Bagaimana dengan persiapan raya anda tahun ini ? Mesti abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekarang ini sibuk membuat persiapan untuk menyambut kehadiran syawal yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Tetapi yang pastinya kanak-kanaklah insan yang paling gembira apabila menjelang raya. Yelah..Mereka mendapat habuan duit raya. Sebenarnya istilah “duit raya” atau “ampau raya” dalam Islam tidak wujud, yang ada dalam Islam ialah hanya istilah “sedekah atau derma” sahaja. Mungkin masyarakat kita sudah terikut-ikut dengan amalan masyarakat cina, dan ianya sudah menjadi adab masyarakat kita. Menjelang saja Hari Raya, mesti kena sediakan duit raya. Begitu juga dengan kanak-kanak, tiba saja Hari Raya pasti duit raya menjadi fokus utama mereka. Namun amalan memberi duit raya ini tidak salah sekiranya dengan niat yang betul iaitu sebagai sedekah atau derma.

Berhubung dengan isu duit raya ini, ana petik satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin melalui laman web beliau www.zaharuddin.net untuk dikongsi bersama dilaman ini : Ini adalah pandangan beliau berkaitan isu duit raya.

Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.

Perspektif Baik :

Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-

كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Ertinya : “Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup” (Riwayat Al-Bukhari)

Justeru, sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.

Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya’.

Saya harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari raya semata-mata.

Perspektif Negatif

Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : –

1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya’. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut Islam.

Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat atau tidak.

2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah’ yang mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam.

3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.

Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.

Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah bernama ‘duit’ dan ‘wang’ ini.

Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih memberikannya sewaktu hariraya.

Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘adjust’ niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.

4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.

Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.

Sebuah hadis menyebut :

لعَنَ رسولُ اللَّهِ في الخمرِ عشرةً عاصِرَها ومُعتصِرَها وشارِبها وحامِلَها والمحمولَةَ إِليهِ وساقيَها وبائعهَا وآكلَ ثمنِها والمشتَري لها والمشترى لهُ

Ertinya : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

Sebuah Hadith lagi : ertinya

قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ

Ertinya : “Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya” ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.

Selain duit raya, bagi kakak-kakak dan makcik-makcik pula mungkin sekarang ini dalam keghairahan mengemas, menjahit baju raya dan menghias rumah, ada juga yang sedang membuat kuih raya untuk sama-sama menikmati dihari raya nanti. Namun semua itu tidak salah asalkan kita tidak mengabaikan ibadah yang sewajarnya kita tingkatkan terutamanya diakhir-akhir ramadhan ini, seperti perbanyakkan bersedekah, melakukan solat sunat malam dan sebagainya kerana mengikut amalan Rasulullah SAW, sepuluh terakhir ramadhan ini baginda mempertingkatkan amal ibadah kepada Allah SWT dengan melakukan solat malam, beriktikaf dan berdoa. Selain itu baginda juga mengejutkan ahli keluarganya untuk bersama-sama beginda beribadah kepada Allah SWT kerana dibulan ramadhan ini ada satu malam yang istimewa ganjarannya iaitu malam lailatul qadar. Sebelum ini kalam ini pernah berbicara dan membincangkan tentang keistimewaan malam lailatul Qadar ini.

Apa yang perlu kita kesali, ada sesetengah masyarakat kita bila tiba diakhir ramadhan, ibadah mereka semakin longgar dan berkurangan, malah lebih fokus kepada persiapan-persiapan lain daripada persiapan merebut peluang ganjaran istimewa ramadhan (lailatul qadar). Ada yang sanggup membuat kuih berjam-jam lamanya sehingga lewat malam, tetapi tidak ramai yang sanggup untuk bersolat sunat walaupun 5 minit. Apa yang ana perkatakan ini bukan semua malah segelintir sahaja.

Selain itu juga, di dalam keghairahan melakukan persiapan raya tahun ini, jangan lupa untuk membayar zakat fitrah. Kerana mengeluar zakat ini adalah rukun Islam yang keempat yang wajib kita tunaikan. Jangan ada pula yang buat-buat lupa untuk membayar zakat fitrah ini. He he he…

Zakat fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas umat Islam kerana berakhirnya bulan Ramadan dan dikeluarkan mengikut peraturannya.

Ia disyariatkan pada Sya’ban tahun kedua hijrah dengan beberapa tujuan, antaranya untuk membersihkan diri orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan buruk dan sia-sia serta memberikan kelapangan kepada orang miskin untuk menyambut hari raya.

Sebagaimana ibadat yang lain bergantung kepada batas waktunya, ibadat zakat fitrah juga tidak terkecuali, malah menurut ulama, orang yang melengahkan zakat fitrah sehingga terlepas waktu yang ditentukan bukan saja berdosa, bahkan tetap wajib membayarnya selepas itu. Untuk membaca berkaitan zakat fitrah ini dengan lebih lanjut, sila klik di sini.

Kesimpulannya di dalam keghairahan membuat persiapan menjelang Aidilfitri tahun ini, kalam ini mengingatkan diri dan seluruh umat Islam agar kita tidak lupa dan alpa perkara wajib yang sepatutnya dilakukan apabila menjelang diakhir ramadhan. Pertingkatkanlah amal ibadah kita mudah-mudahan kita akan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan.

Apa pandangan anda berhubung isu persiapan raya yang dibincangkan di atas ?

Kalam Abu Musaddad / 27 September 2008
http://ibnismail.wordpress.com

About these ads

Perihal Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 27 September 2008, in Bicara Agama, Isu Semasa, Tazkirah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: