Jangan Terpedaya Dengan Ulat Tiket

2008 September 18
by Abu Musaddad

Bismillahirrahmanirrahim…

Walaupun baru sahaja beberapa hari operasi besar-besaran ‘pembersihan’ ulat tiket dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Hentian Puduraya, aktiviti haram itu kini kembali beroperasi.

Foto dipetik : Kosmo!

Menurut laporan akhbar kosmo!, operasi ulat-ulat itu kali ini lebih berhati-hati apabila mereka menawarkan tiket secara ‘berbisik’ kepada penumpang tidak seperti sebelumnya kerana bimbang ‘dicekup’ pihak berkuasa. Klik di sini untuk baca.

Kepada mereka yang ingin pulang ke kampung menjelang aidilfitri, anda diingatkan supaya berhati-hati apabila berurusan membeli tiket. Jangan mudah terpedaya dengan ulat-ulat tiket yang beropeasi secara haram ini. Mereka menggunakan pelbagai tektik untuk mendekati mangsa.

Pengalaman ana sendiri pernah tertipu dengan ulat ini yang kononnya mereka akan menyediakan bas tambahan, kerana pada masa itu semua tiket bas awam sudah habis dijual. Tetapi apabila sampai pada tarikh dan waktu yang dijanjikan hanya 0 sahaja. Bas yang dijanjikan sebenarnya tidak wujud. Rupa-rupanya ana dan penumpang-penumpang lain telah ditipu oleh sendiket ulat tiket yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, sekali lagi ana ingatkan, dalam kegahairahan untuk pulang ke kampung halaman menjelang perayaan ini jangan anda pula menjadi salah seorang mangsa penipuan ulat-ulat tiket yang tidak bertanggungjawab ini.

Menurut laporan Kosmo! juga, Orang ramai yang ingin pulang ke kampung menjelang perayaan Aidilfitri ini tidak perlu bimbang untuk mendapatkan tiket kerana masih terdapat 16,097 tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang masih belum dijual.

Tiket boleh didapati di kaunter KTM Antarabandar di seluruh negara dan menerusi tempahan melalui Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau secara online di www.ktmb.com.my. Sila klik di sini untuk baca.

Apa komen / pandangan anda tentang isu ulat tiket ini ?

Kalam Abu Musaddad / 18 September 2008
http://ibnismail.wordpress.com
2 Responses leave one →
  1. 2008 September 18
    baca permalink

    kalau di indonesia mungkin yang dikenal dengan CALO TIKET ya pak….. setuju… harus diberantas…. biar penumpang yang biasanya orang2 kecil (miskin) tidak jadi korbannya…. apalagi ini dekat dengan lebaran

    ****KAM : Ya…Betul…Mereka menjual tiket gelap…****

  2. 2008 September 19

    Oh.. CALO ya.. Tapi, tiketnya sih bukan tiket gelap.. tiketnya bener2 asli, tapi harganya jauh lebih mahal..

    ****KAM : em..Kira-kiranya begitulah pak..****

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS