Ajaran Sesat – Serpihan ‘Hasan Anak Rimau’

KUANTAN – Ajaran sesat ‘Guru Yahu’ yang didedahkan Kosmo! baru-baru ini dipercayai serpihan kumpulan pengikut ajaran ‘Hasan Anak Rimau’ yang berkembang di tempat yang sama lebih sedekad lalu.

Foto dipetik : Kosmo!

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, pihaknya pernah mendapat maklumat mengenai ajaran itu dengan ketuanya yang dikenali sebagai ‘Hasan Anak Rimau’ meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu.

“Mengikut pandangan saya ajaran songsang yang heboh diperkatakan sekarang ini disambung oleh bekas pengikut atau anak buah mereka (pengikut Hasan Anak Rimau),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut sumber, selepas guru mereka meninggal dunia, para pengikutnya menghilangkan diri.

Antara anak murid itu termasuk ‘Ayah Pin’ atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad yang kemudiannya mengasaskan satu lagi ajaran sesat dengan mengetuai ‘kerajaan langit’ di Terengganu.

Kata Abdul Rahman, ajaran sesat yang terdahulu itu juga tidak mewajibkan solat, berpuasa, membaca al-Quran dengan tidak perlu memahami maksudnya dan jaminan syurga.

“Sudah jelas ajaran itu menyesatkan akidah umat Islam,” jelasnya.

Beliau menyeru orang ramai dan pengikut ajaran songsang itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Pada 2 September lalu, pendedahan bekas seorang pengikut wanita ajaran ‘Guru Yahu’ atau juga dikenali Bang Chik di sebuah markas di Kampung Sri Damai dekat sini yang dikatakan memberi jaminan syurga kepada pengikutnya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata, kegiatan kumpulan itu turut mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang memandang serius mengenainya.

Apa komen anda ?

Sumber berita : Kosmo! Online Oleh : KHAIRATUL AINAL KARIM

About these ads

Perihal Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 9 September 2008, in Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 9 Komen.

  1. FATONAH SALEHUDDIN

    ketua kumpulan ni dah berjanji akan hentikan kumpulan ni..ni menurut kata exco pahang dato’ shahfri..tp tula..xtau la diorang betul2 da hentikan atau x..sbb janji diorang ni xleh pakai..cume tahla..xfhm knape diorag terpeong macm tu..n knape ader ramai pengikut…

  2. assalammualaikum..saya adalah pelajar ipta …untuk sem2 nie,saya ada mengambil subjek akidah dan akhlak..dan tugasan saya adalah untuk mencari ajaran2 sesat yang terdapat di malaysia ini…jika tidak keberatan boleh tak senaraikan lagi ajaran2 sesat yang berada di malaysia.

  3. Buruk dan baik dari Allah @ buruk dari saya baik dari Allah. Yang mana nak dipakai? Bukankan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki dan disesatkan Allah sesiapa yang dikehendakiNya?

  4. salam…saya pelajar ipt….pada sem ne sya mngambil subjek al-firaq al- islamiyyah…sya dberi tugsan mengenai ajrn sesat….oleh itu sya memilh ajaran sesat mengenai hasan anak rimau…jika tdk keberatn boleh tak senarai kan bku2,majlah,atau artikel yang menceritakn atau membahskan ttg hasan anak rimau…terima kasih

  5. askm, Tuan-2 yg d hormati skln,,,,
    mana ada manusia yg waras nak masuk neraka.semua pgnut agama mereka rasa betul,,agama mereka benar,,begitu jglah mereka yg kta gelar sesat ni..mereka rasa betul,,,.begtu jg lah pgkut-2 syiah,wahabi kita kata sesat,,.dia kata kat kita sesat..dah mana satu yg hakiki…??????
    mereka ada ulama-2yg hebat-2….dah sapa yg betul ni…inikan pula ajaran Hassan Anak Rimau???pgkut dia pun bukannya bodoh!!!!ramai golongan profesional….sesat-menyesat pada saya semua ada agenda tersendiri..tgok bekas mufti Perlis ustaz Asri ada ulama selangor tak iktiraf dia ..apa semua hi???..walhal klu ikut patut buat muzakarrah..atau pun debat depan orang ramai ..siapa yg..bernas dan betul sapa yg tkedu ..janji..tak guna kuasa- politik atau bahasa umum jangan guna kekerasan klu kalah debat….;iklas..sekedar pendapat.

  6. korang lg sesat….

  7. kalau dah terang lagi bersuluh lari akidah..sesat lah tu.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: