Banyakan Solat Hajat dan Berdoa…

Bismillahirrahmanirrahim…

Kalam ini khas buat adik-adik yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini khususnya kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negara bermula pada 9 hingga 11 September ini.

Menurut laporan KPM, seramai 518,616 calon yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Daripada jumlah itu, 98.6 peratus ialah calon sekolah Kementerian Pelajaran manakala 7,249 lagi adalah calon swasta.

Sehubungan dengan itu, di harap semua calon sudah pun membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Kerana peperiksaan ini adalah langkah pertama bagi pelajar-pelajar sekolah rendah untuk terus melangkah ke peringkat menengah.

Bagi mendapat keberkatan dan kemudahan dalam melakukan sesuatu perkara, kita dianjurkan menunaikan solat hajat serta perbanyakan berdoa kepada Allah SWT.

Solat hajat ialah apabila seseorang mempunyai sesuatu hajat maka disunatkan terlebih dulu melakukan sunat dua rakaat untuk memohon hajat kepada Allah.

Solat hajat boleh dilakukan secara berjemaah atau secara bersendirian (seorang diri) mengikut keadaan, keperluan sesuatu hajat yang dipohon. Masa solat boleh dikerjakan pada bila-bila masa saja. Lebih afdal pada waktu sunyi sepi iaitu pada waktu malam.

Sempena bulan keberkatan (ramadhan) ini, perbanyakanlah solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT. Mohonlah kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan, membuka segala pintu ilmu, dilapangkan hati dan minda, dan agar diberi hidayah serta petujuk oleh Allah SWT ketika menjawab soalan-soalan itu nanti.

Justeru itu, kalam ini mencadangkan agar adik-adik atau para ibu bapa supaya melakukan solat hajat dan berdoa setiap masa lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan ini agar segala usaha dan cita-cita akan tercapai..InsyaAllah… ” SELAMAT MENGHADAPI UJIAN UPSR “…GOOD LUCK…

Kalam Abu Musaddad / 06 September 2008
http://ibnismail.wordpress.com

About these ads

Perihal Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 6 September 2008, in ARTIKEL, Motivasi. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. sepakat… setuju…
    mumpung ini bulan penuh berkah…

    ****KAM : Terima kasih Pak, Hayatilah ramadhan dengan Iman dan Taqwa…****

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: