7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan…
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamulaikum wbt kepada semua pelawat Kalam Abu Musaddad, di sini terdapat beberapa tip untuk cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.
Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda.
Sepertimana kita maklumi, kira-kira 3 minggu lagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan di adakan. ana percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Mungkin musim cuti ini ada sekolah membuat kelas tambahan, gerak gempur, bengkel dan sebagainya. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar menghadiri tusyen sebagai persediaan dan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Apapun gunakan masa cuti ini sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran supaya masa tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Dengan demikian, di sini kalam ini ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama cikgu..he he he…
Kalam Abu Musaddad / 18 Ogos 2008http://ibnismail.wordpress.com













tips mantop. doakan saya cikgu walaupun saya bukan anak didik cikgu, ngee ~~
****KAM : Em..InsyaAllah…Saya doakan semua, semoga berjaya dan dipermudahkan oleh Allah untuk menjawab soalan2 di dalam exam nanti…Ameen…****
terima kasih cikgu atas tip yang cikgu berikan kepada saya..
doakan saya ye cikgu. terima kasih..
****KAM : InsyaAllah…Buat yang TERBAIK k…****
terima kasih cikgu atas segala tips yg cikgu berikan..doakanlah saya ye cikgu……..
thanx ats sume tip2 yg ckgu bg to.. cy harap ckgu dpt doakn cy sukses dlm spm nti!!!AAMIINNN
doakan saya 4 exam final…
****KAM : Em..Apa yang ustaz nak cakap di sini adalah ANDA SEMUA ADALAH BAKAL CALON CEMERLANG, oleh itu berusahalah untuk mencemerlangkan diri anda. InsyaAllah ustaz doakan kamu semua berjaya dalam exam nanti….Aminnn…****
Assalamualaikum..saya sangat besyukur kerana diberi kesempatan untuk membuka laman yang befaedah serta diredhai oleh Allah ini..jika tidak keberatan saya memohon agar cikgu mendoakan say berjaya dalam final exam saya di Uitm ini..meskipun saya mengahadapi banyak dugaan dan ujian yang pahit untuk saya tempuhi..saya tidak akan sesekali mengalah..kepada rakan2,doakan saya cemerlang..ingatlah dirimu sentiasa dalam doaku..
****KAM : Wslm…Ya betul tu Izzaniey…Jangan sesekali kita mudah berputus asa dan menyerah kalah, untuk berjaya bukan suatu perkara mudah..Kita perlu mengharungi berbagai2 dugaan dan cabaran, sesungguhnya segala ujian dan dugaan yang menimpa kita adalah ujian Allah SWT untuk menguji kesabaran dan ketaqwaan hamba-NYA..Sama2lah kita berdoa antara satu sama lain agar kita semua tergolong di dalam orang2 yang mendapat kejayaan dan kemenangan…InsyaAllah Izzaniey akan cemerlang dalam final exam nanti…GOOD LUCH ustaz ucapkan…Aminnn….****
assalammualaikum…cikgu trima kasih untuk tips2 yg berguna yg tlah d bri olh ckg…insya-Allah sy akn buat yg trbaik utk ujian yg bkal sy duduki…sy harap smua plajar islam akn brjaya mndpt kptsn yg cmerlang..AMIN…ckg jgn lupa doakn sy berjaya ye…^_^trima ksih ckg..
ckg jgn lupa bg tips2 tg brguna bnyk2 lg ye…
terima kasih cikgu sbb sudi b’kongsi tip2 dgn kami..
****KAM : Emm sama2…TQ kerana mengunjungi blog ini, insyaallah nanti banyak lagi tip2 yang akan kita kongsikan diblog ini k….Semoga maju jaya semua…****
salam.i viewed dis article on 15th march 2009..haha, it was very useful since i m gonna take my final sem 2 with my re-sit paper (biochem).. syukran ya ustaz,may allah bless u.assalamualaikum
****KAM : Waalaikummussalam wbt……****
tahun depan saya akan menghadapi pmr 2010.jadi,ustaz tolonglah doakan saya dapat staright a’s
Tip yg baik! Insyaallah saya akan lakukan nya suma tip tersebut.. agar Cikgu doakan saya berjaya SPM tahun ni.
salam ustaz…pnah sek kt belawai ek?.sy pun org belawai gak.thn nie sy akan menduduki SPM.skrg sy bsek di SMK BELAWAI.tentu ustaz msh ingt kn?sy hrp sy dpt memanfaatkn tips yg ustaz bg tu.cuma skrg sy blum dpt nk bahagikn masa dgn sebaiknya.sy hrp ustaz doakan utk seluruh calon SPM thn nie ye.semoga dpt full A1….k..tq ustaz.salam
****KAM : Waalaikummussalam wbt…Tak, saya ngaja kat tg manis. Ye ker…Syah cubalah untuk membahagikan masa sebaik mungkin. 3 perkara kita perlu ingat :
1. Keberuntungan iaitu orang yang menjadikan hari ini lebih baik daripada hari ini.
2. Kerugian iaitu orang yang hari ini sama sahaja dengan hari semalam. Tidak ada peningkatan..
3. Kecelakaan iaitu hari ini lebih teruk daripada hari kemalrin.
So, muhasabahlah kita tergolong di dalam kategori yang mana…..
Buat ikah, rizal dan semua calon spm tahun ini ustaz doakan semoga kalian menjadi pelajar yang mendapat keuntungan dan cemerlang….Ameen….****
teme kasih dengan tips yg cikgu bagi walaupun exam lmbt agy tp saya akan membuat persiapan awal……
saya masih x paham
****KAM : Em apa yang tak faham tu…boleh kongsi ngan ustaz….****
terimakasih ustaz,kerana bagi tips untuk cemerlang.saya harap dengan tips ini,saya dapat lima A dlm UPSR.aaaaaminnnnnnnn. =P
****KAM : Sama2…InsyaAllah dapat result cemerlang nanti…****
byyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.
assalamualaikum w.b.t.
ustaz..tahun ini saya akan menduduki PMR
saya harap ustaz dapat m’doakan kejayaan saya pada tahun ini
terima kasih juga d atas tip2 yg diberikan
terima kasih bnyk2
wasalam!!
****KAM : Waalaikummussalam wbt…Ye ke..Amalkan tip2 yang diberi…Ustaz sentiasa mendoakan nurul…InsyaAllah…****
inf0 yg sgt berguna..
dan amt bermanfaat utk pelajar cm sy..
thnx..
;p
assalamualaikum uztaz.
****KAM : Waalaikummussalam Wbt….****
berkesan tak cara tu ?
****KAM : Em insyaAllah berkesan sekiranya Nurul istiqamah mengikutinya. Moga2 nurul menjadi pelajar cemerlang..InsyaAllah…****
slm ustaz..sy nk tnya ustaz seperkara..sy hrp ustaz dpt bntu sy..sy n kwn slalu brusaha sm2 dlm pljrn ttp mngapa kwn sy slalu dpt apa yg dia nk tp sy x??cntohnya dia dh dpt 3A dlm peperiksaan baru2 nie tp sy x dpt..apa slh sy ustaz??
****KAM : Waalaikummussalam wbt….Em sila baca artikel ” Sudah Berusaha Tetapi Tidak Cemerlang, Kenapa ? ” ****
ustaz,saya menghadapi satu masalah.Saya bimbangakan mata pelajaran matematik saya,walaupun sudah banyak latihan yang sudah saya jawab tetapi apabila waktu periksa otak saya entah melayang ke mana dan saya juga boleh dikatakan cuai ketika menjawab soalan matematik.selain itu,saya berharap agar ustaz mendoakan kejayaan saya di dalam peperiksaan upsr yang akan datang.
assalammualaikum sy pljr thn 6 sy akn mnddki ppriksaan upsr x lme lgi.sye nk tnye ustaz sye ni prnh mndpt no.1 dlm lps peksa tu sye mndpt 3A2B wktu peksa percubaan upsr sye mndpt 5A dan peksa bru2 ini sye x dpt 5A sye risau periksa yg akn dtg(upsr).knpe result sye slalu menurun ustaz blehx bgi sye d0a menghadapi peksa
asalamualaikum…ustaz, saya calon pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM yang tiba tidak lama lagi…..dan peperiksaan percubaan SPM saya akan tiba pada esok hari…….saya ada masalah dengan pembelajaran saya…..saya sering gagal dlm biology,physics,kimia dan add math…..saya sudah cuba untuk memperbaiki kelemahan saya..tetapi tidak berjaya…..saya risau apabila peperiksaan sebenar saya….saya akan gagal juga seperti sebelum nya……untuk pengetahuan ustaz….saya jarang menunaikan solat lima waktu………saya cuba untuk memperbaiki diri saya….tolong la saya ustaz…bantu la saya untuk menyelesaikan masalah yang sering menghantui diri saya
****KAM : Waalaikummussalam wbt…Ridzuan…ustaz harap mulai pada hari ni, dirikanlah kewajipan solat. Solat boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Apabila diri kita sentiasa disamping Allah, maka segala hajat dan doa kita insyaallah dimakbulkan Allah. Tetapi kalau kita jarang-jarang atau tak pernah solat macam mana kita nak mendapat keredhaan Allah, Em isyaallah…Ustaz harap ridzuan baca artikel slps ini…Insyaallah sy akan tulis berkaitan solat….Semoga kita semua menjadi hamba yang dikasihi Allah SWT. Good luck!!****
terima kasih banyak-banyak ustaz…….saya akan cuba mengikuti nasihat ustaz……..
ustaz mase SPM dulu berapa A’s ustaz dapat??
****KAM : Pangkat 1, Agreget bawah pada 20.****
saya rasa bersemangat setelah membaca tips di atas, sebab saya telah hadapi yang bincang jawapan dengan kawan.cikgu tolong doakan ika supaya ika dapat 5A! . insyaallah……………………….. ika nak jugak dapatkan 5A atau apa-apa dugaan pun!
****KAM : Insyaallah…Ustaz doakan semua berjaya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai matlamat anda….****
kenapa ika rasa debar-debar yek? ika takut la upsr tinggal 3 hari lagi………….. takpa ika akan usaha dan doa kepada allah
Assalamualaikum….
Saya Faqiha dr Melaka.Cikgu doakan saya semoga saya berjaya dlm menghadapi
peperiksaan UPSR.Saya akn ingat tips yg cikgu bagi.Tq…..
terima kasih cikgu………….hari ni 7 september….esok saye amek UPSR……..doakan saye ye cikgu……….
terima kasih cikgu.
tq cikgu
cikgu boleh tolong saya tak..? sya plajar 6 Rendah sejarah. saya baru shja menamatkan latihan PLKN ( kmpln 3 Siri 6 ).. saya telah ketinggalan pelajaran slama 3bulan .. semasa dalam kelas saya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya,saya tidak faham apa2 dansaya keliru.. 2 minggu dari sekarang saya akan menghadapi peperiksaan semester kedua,.. boleh cikgu berikan saya tips2 untuk belajar secara efektif dalam jangka masa yang singkat ini..?? terima kasih cikgu…
cikgu..saya ada masalah dalam bahasa melayu… ;-(
terima kasih kerana memberi nasihat kpda sy cikgu .
cikgu,setelah saya membaca tip yg cikgu sya berasa sangat yakin bahwa sya akan cemerlang dlm peperiksaan spm tahun ni..sya harap cikgu dpt memberi banyak tip lgi untuk cemerlang…dan doakan sya untuk cemerlang dalam peperiksaan spm tahun ini..
assalamualaikum..terima kasih tips yang diberikan.doakan saya berjaya..pmr hanya beberapa hari lagi.benarlah apa yang dikatakan oleh ustaz semakin dekat exam banyak masalah2 peribadi yang menduga iman.doakan kejayaan saya dalam pmr..
asalamualaikum ustaz…ustaz ape khabar….??….peperiksaan saya lg 23 hari lg…tp sye risau..saya tak boleh skor……..sy risau sgt…
****KAM : Waalaikummussalam wbt….
Alhamdulillah saya sihat. Yeke…dah tak lama tu…pejam celik, pejam celik dah tinggal brp hari lagi…So ustaz hrp iwan dah bersedia…Emmm jgnla risau..belum berjihad dah mengaku kalah ! Iwan boleh skor…ustaz yakin…insyaallah…****
salam cikgu..
saya nak tip ini boleh tak untuk share dengan kawan2.
nak masuk tip ini dalam blog boleh tak?
salam
rushdan
****KAM : Waalaikummussalam wbt…
Em boleh ambilla…jangan lupa letak link sbg kredit untuk blog ini k….****
tips ini mbrikan sedikit sbyk memberikan peringatn..thankssss,gud luck bg kwn2 yg bakal meduduki exam
doa kan saya berjaya…yea ustaz…….saya akan cuba yang terbaik…..
trima ksih utk tips bguna ini…
****KAM : emmm sama2….****