Lakukan Aktiviti Berfaedah Sempena Cuti Sekolah…

Bismillahirrahmanirrahim…

Kini musim cuti sekolah telah bermula. Pada kebiasaannya murid-muridlah orang yang paling gembira apabila sekolah bercuti kerana mereka tidak perlu datang ke sekolah malah dapat berehat dan menjalankan aktiviti lain di rumah.

Musim cuti sekolah juga ada para ibu bapa mengambil kesempatan dan merancang untuk membawa keluarga mereka melancong atau pergi berkelah (makan angin) sebagai memenuhi aktiviti musim cuti.

Bukan itu sahaja, pada kesempatan musim cuti sekolah juga digunakan bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan kerana inilah masa yang sangat sesuai kerana semua saudara mara dan ahli keluarga dapat berkumpul berbanding hari-hari biasa. Bagi yang melangsungkan perkahwinan pada musim cuti ini, kalam ini mengucapkan tahniah dan “Selamat Pengantin Baru”.

Namun tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM lakukanlah aktiviti-aktiviti yang berfaedah musim cuti ini. Jangan anggap sekolah cuti, belajar pun cuti…he he…Apa yang penting aturkan aktiviti itu dengan sebaik mungkin agar kita tidak membuang masa begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa yang boleh memberi manfaat kepada diri kita sendiri.

Justeru itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak menggunakan masa yang bijak untuk belajar di masa cuti ini. Ibu bapa juga harus menjadi “teman” ketika anak-anak sedang mengulangkaji pelajaran di rumah. Namun tidak semua ibu bapa dapat bersama sepenuhnya dengan anak mereka, mungkin ada yang kerja dan sebagainya. Walaupun begitu, luangkanlah sedikit masa demi kecemerlangan anak-anak kita.

Di sini kalam ini ingin mengesyorkan beberapa aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan di musim cuti ini khususnya para pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini. Antaranya ialah :

  • Anda harus menjadualkan waktu belajar agar masa tidak berlalu begitu sahaja tanpa dipenuhi dengan sebarang tindakan yang berguna. Gunakan waktu pagi seawal mungkin atau waktu malam untuk mengulang kaji topik-topik yang memerlukan daya ingatan kerana waktu begini minda kita segar serta diri kita mempunyai tenaga yang banyak. Gunakan masa waktu petang dan juga malam untuk membuat latihan atau perbincangan dengan rakan.
  • Anda juga digalakkan membuat perbincangan kumpulan sama ada di rumah kawan atau di sekolah dengan izin ibu bapa dan guru. Untuk menjadikan perbincangan itu berkesan, berfaedah dan tidak membuang masa, anda harus menetapkan dahulu topik perbincangan.
  • Menyertai majlis ilmu. Majlis ilmu seperti kelas tambahan, kem motivasi dan sesi bimbingan boleh disertai untuk menambahkan kemahiran serta meningkatkan aras motivasi diri.

Oleh itu, jangan membuang masa tanpa belajar. Perbuatan seperti lepak, berkeliaran, merempit dan sebagainya  haruslah dielakkan kerana ia tidak memberi faedah. Setiap saat yang digunakan mampu meningkatkan prestasi anda. Sesungguhnya orang yang membuang masa adalah orang yang amat rugi di dunia dan di akhirat.

Apakah aktiviti yang telah anda lakukan sekarang…Mai kongsi bersama saya…he he he…

Kalam Abu Musaddad / 16 Ogos 2008
https://ibnismail.wordpress.com

31 Responses to Lakukan Aktiviti Berfaedah Sempena Cuti Sekolah…

  1. Norma Man berkata:

    Assalamualaikum,
    Saya ada seorang anak form 2 (2008) Suami saya nak anak saya mengikuti apa-apa aktiviti berfaedah.

    Please advise me,

    Wassalam.

    ****KAM : Wslm…Yeke…Em sekarang ni saya tengah siapkan artikel mengenai tips bagaimana nak manfaatan musim cuti sekolah ini khususnya kepada pelajar2 yang akan bercuti beberapa hari lagi agar masa cuti imereka tu menjadi sia2. Saya harap puan Norma bersabar ye, mungkin 2 3 hari lagi saya akan keluarkan artikel tu…****

    Like

  2. Aman berkata:

    Boleh tak tolong buat satu karangan yang menceritakan sorang pelajar menghabiskan masa cutinya dengan aktiviti yang berfaedah…..lebih elok jika ia berlaku pada bulan 12…

    Like

  3. tasha berkata:

    bleh x sye thu tntg ilmu berfaedah??

    Like

  4. tasha berkata:

    sye nk thu ilmu brfaedah…..guru ste tnya ni…

    Like

  5. farah hnym berkata:

    sye x nk thu psal bende ni semua laaaaaaaaaaaaaaa 😛

    Like

  6. manimala berkata:

    terima kasih

    Like

  7. boleh tak buat karangan diolog

    Like

  8. tarima kasih kerana dapat tx

    Like

  9. saye berkata:

    beritahu lebih lanjut tentang tips pelajar cemerlang………………….

    Like

  10. tamarai berkata:

    thank you.

    Like

  11. Tanpa Nama berkata:

    tolooooooooooong lha ………. wt an karangan ttg cuti penggal …………..

    Like

  12. Tanpa Nama berkata:

    assalammualaikum,saya sebenar ye nak sangat tahu cara untuk mengatasi masalah kerluarga kerana saya tak boleh nak belajar….terganggu kerana tahun nie saya akan menduduki upsr..terima kasih..

    Like

  13. Khairil Hafizi berkata:

    Terima kasih yer ^^

    Like

  14. aqilah berkata:

    saye suke karangan di atas

    Like

  15. Tanpa Nama berkata:

    saye suke karangan di atas

    Like

  16. ismail berkata:

    saya rasa baggan dengan anak …………..?

    Like

  17. aisyah berkata:

    ade sesiapa bleh tlg sya way karangan pengalaman cuti skolah x ??? terima kasih

    Like

  18. Fitrah Fatihah berkata:

    Saya cuti SPM…lama sangat cuti…sampai tak tahu nak buat apa di rumah….tidur sampai berlebihan…tolong cadangkan aktiviti untuk saya…please…

    Like

  19. Xtunedtuned berkata:

    Manfaatkan musim cuti sekolah dengan membaca buku dan membuat aktiviti2 berfaedah.hehehe…. :-x, 😉

    Like

  20. raudhah berkata:

    sesiapa bleh tolong sye buat karangan berbentuk syarahan………….??????????????????

    Like

  21. syakira berkata:

    ada rangka karangan tak…

    Like

  22. Tanpa Nama berkata:

    Thanks

    Like

  23. najwa berkata:

    boleh bagi contoh karangan spm tentang aktiviti cuti sekolah

    Like

  24. nurul nadia berkata:

    x da ke karangan pengalam aktiviti2 semasa cuti skolaH kenapa karangan ni lain………..

    Like

  25. Tanpa Nama berkata:

    hi

    Like

  26. Tanpa Nama berkata:

    tq.ia sangat membantu

    Like

  27. NurShira berkata:

    Assalamualaikum..ckgu..sya nk tnya mcm mna nk wt krangan tjuk ni..mngapa kamu harus dipilih menyertai kem pda cuti kolah ini..sya xtau nk wt isi dy apa

    Like

  28. Tanpa Nama berkata:

    Ada isi lain x ..
    Saya perlukan sembilan lagi perkara yang bleh kita lakukan
    Saya dan group lain diberi tugasan yg amat penting …
    Saya harap ..Kamu balas semula dlm masa yg singkat kerana saya dan rakan group kena hantar tugasan ini pada 17 MEI 2016..

    Firdaus Hadzwan ,

    MYMY

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada farah hnym Batal balasan