Lakukan Aktiviti Berfaedah Sempena Cuti Sekolah…

Bismillahirrahmanirrahim…

Kini musim cuti sekolah telah bermula. Pada kebiasaannya murid-muridlah orang yang paling gembira apabila sekolah bercuti kerana mereka tidak perlu datang ke sekolah malah dapat berehat dan menjalankan aktiviti lain di rumah.

Musim cuti sekolah juga ada para ibu bapa mengambil kesempatan dan merancang untuk membawa keluarga mereka melancong atau pergi berkelah (makan angin) sebagai memenuhi aktiviti musim cuti.

Bukan itu sahaja, pada kesempatan musim cuti sekolah juga digunakan bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan kerana inilah masa yang sangat sesuai kerana semua saudara mara dan ahli keluarga dapat berkumpul berbanding hari-hari biasa. Bagi yang melangsungkan perkahwinan pada musim cuti ini, kalam ini mengucapkan tahniah dan “Selamat Pengantin Baru”.

Namun tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM lakukanlah aktiviti-aktiviti yang berfaedah musim cuti ini. Jangan anggap sekolah cuti, belajar pun cuti…he he…Apa yang penting aturkan aktiviti itu dengan sebaik mungkin agar kita tidak membuang masa begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa yang boleh memberi manfaat kepada diri kita sendiri.

Justeru itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak menggunakan masa yang bijak untuk belajar di masa cuti ini. Ibu bapa juga harus menjadi “teman” ketika anak-anak sedang mengulangkaji pelajaran di rumah. Namun tidak semua ibu bapa dapat bersama sepenuhnya dengan anak mereka, mungkin ada yang kerja dan sebagainya. Walaupun begitu, luangkanlah sedikit masa demi kecemerlangan anak-anak kita.

Di sini kalam ini ingin mengesyorkan beberapa aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan di musim cuti ini khususnya para pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini. Antaranya ialah :

  • Anda harus menjadualkan waktu belajar agar masa tidak berlalu begitu sahaja tanpa dipenuhi dengan sebarang tindakan yang berguna. Gunakan waktu pagi seawal mungkin atau waktu malam untuk mengulang kaji topik-topik yang memerlukan daya ingatan kerana waktu begini minda kita segar serta diri kita mempunyai tenaga yang banyak. Gunakan masa waktu petang dan juga malam untuk membuat latihan atau perbincangan dengan rakan.
  • Anda juga digalakkan membuat perbincangan kumpulan sama ada di rumah kawan atau di sekolah dengan izin ibu bapa dan guru. Untuk menjadikan perbincangan itu berkesan, berfaedah dan tidak membuang masa, anda harus menetapkan dahulu topik perbincangan.
  • Menyertai majlis ilmu. Majlis ilmu seperti kelas tambahan, kem motivasi dan sesi bimbingan boleh disertai untuk menambahkan kemahiran serta meningkatkan aras motivasi diri.

Oleh itu, jangan membuang masa tanpa belajar. Perbuatan seperti lepak, berkeliaran, merempit dan sebagainya  haruslah dielakkan kerana ia tidak memberi faedah. Setiap saat yang digunakan mampu meningkatkan prestasi anda. Sesungguhnya orang yang membuang masa adalah orang yang amat rugi di dunia dan di akhirat.

Apakah aktiviti yang telah anda lakukan sekarang…Mai kongsi bersama saya…he he he…

Kalam Abu Musaddad / 16 Ogos 2008
http://ibnismail.wordpress.com
About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 16 Ogos 2008, in ARTIKEL, Motivasi. Bookmark the permalink. 27 Komen.

  1. Assalamualaikum,
    Saya ada seorang anak form 2 (2008) Suami saya nak anak saya mengikuti apa-apa aktiviti berfaedah.

    Please advise me,

    Wassalam.

    ****KAM : Wslm…Yeke…Em sekarang ni saya tengah siapkan artikel mengenai tips bagaimana nak manfaatan musim cuti sekolah ini khususnya kepada pelajar2 yang akan bercuti beberapa hari lagi agar masa cuti imereka tu menjadi sia2. Saya harap puan Norma bersabar ye, mungkin 2 3 hari lagi saya akan keluarkan artikel tu…****

  2. Boleh tak tolong buat satu karangan yang menceritakan sorang pelajar menghabiskan masa cutinya dengan aktiviti yang berfaedah…..lebih elok jika ia berlaku pada bulan 12…

  3. bleh x sye thu tntg ilmu berfaedah??

  4. sye nk thu ilmu brfaedah…..guru ste tnya ni…

  5. sye x nk thu psal bende ni semua laaaaaaaaaaaaaaa :P

  6. beritahu lebih lanjut tentang tips pelajar cemerlang………………….

  7. thank you.

  8. tolooooooooooong lha ………. wt an karangan ttg cuti penggal …………..

  9. assalammualaikum,saya sebenar ye nak sangat tahu cara untuk mengatasi masalah kerluarga kerana saya tak boleh nak belajar….terganggu kerana tahun nie saya akan menduduki upsr..terima kasih..

  10. saye suke karangan di atas

  11. saye suke karangan di atas

  12. saya rasa baggan dengan anak …………..?

  13. ade sesiapa bleh tlg sya way karangan pengalaman cuti skolah x ??? terima kasih

  14. Saya cuti SPM…lama sangat cuti…sampai tak tahu nak buat apa di rumah….tidur sampai berlebihan…tolong cadangkan aktiviti untuk saya…please…

  15. Manfaatkan musim cuti sekolah dengan membaca buku dan membuat aktiviti2 berfaedah.hehehe…. :-x, ;)

  16. sesiapa bleh tolong sye buat karangan berbentuk syarahan………….??????????????????

  17. ada rangka karangan tak…

  18. Thanks

  19. boleh bagi contoh karangan spm tentang aktiviti cuti sekolah

  20. x da ke karangan pengalam aktiviti2 semasa cuti skolaH kenapa karangan ni lain………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 859 other followers

%d bloggers like this: