Tugas Guru…

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam semua…Sebenarnya beberapa hari ni ana memang busy sangat..ni pun curi-curi masa sedikit untuk bersama pengunjung sekalian.

Minggu lepas sibuk dengan urusan persiapan kejohanan olahraga dan pertandingan bintang kecil sekolah-sekolah rendan zon tanjun manis. Selepas hari sukan…Ada pula ujian bulanan (ogos)…Semalam pula baru saja selesai pertandingan tilawah dan festival nasyid sekolah-sekolah rendah zon tanjung manis 2008 yang berlangsung selama 2 hari. Bermula hari khamis hinggalah hari ini memang busy sangat.

Apa pun inilah tugas seorang guru. Ya..Tugas Guru bukan hanya mengajar dan mendidik, tetapi guru juga adalah pengurus dalam semua hal di sekolah. Guru sebagai pengurus bilik darjah, pengurus kewangan dan sebagainya berkaitan pembelajaran dan pengajaran.

Ada sesetengah pihak berpendapat kerja atau tugas guru adalah paling senang dan mudah berbanding dengan kerja-kerja lain. Datang sekolah pukul 6.45 pagi, pukul 1 tengahari dah pulang.. Kalau kerja lain, contohnya kerja kat opis masuk pukul 8 pagi pukul 5 baru balik…

Yaa..Datang pukul 7 dan pulang pukul 1 tengahari, tetapi aktiviti seorang guru sebelah petang pula ialah mengajar kelas tambahan, kelas fardu ain, kokurikulum dan lain-lain, jadi tugas seorang guru bukannya setakat pukul 1 tengahari sahaja, malah sampai waktu malam iaitu menyiapkan rancangan mengajar, memeriksa buku latihan murid dan sebagainya sebagai persediaan mengajar untuk hari esok. Pendek kata tugas guru bukan hanya di sekolah, malah di rumah.

Emmm..kepada mereka yang mengatakan tugas guru sangat mudah dan senang…tengok memangla senang tetapi di atas bahu seorang guru terpikul 1001 tanggungjawab yang wajib dilaksanakan demi melihat anak bangsa menjadi manusia berguna dan menjadi manusia sebenar-benar manusia.

Ada juga ibubapa yang menyerahkan tugas mendidik ini 100% kepada guru di sekolah. Apa yang dikesali, apabila anak-anak mereka gagal, guru-guru dipersalahkan. Ada juga yang mengatakan guru tidak pandai mengajar, tidak pandai mendisiplinkan anak-anak mereka dan sebagainya. Malah ada yang sanggup datang ke sekolah bukan untuk berbincang tetapi menyalahkan guru dengan kata-kata yang tidak menyenangkan.

Ibubapa dan guru hendaklah sentiasa bekerjasama untuk kecemerlangan anak-anak. Sekiranya wujud permasalahan hendaklah berbincang dan mencari jalan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan anak-anak. Guru hanya dapat mengajar dan mendidik anak-anak anda hanya di sekolah sahaja, di rumah andalah sebagai ibubapa yang akan memerhati, menjadi sahabat mereka ketika mereka mengulangkaji pelajaran dan mendidik disiplin mereka.

Tidak mungkin seorang guru hendak memerhati ke semua muridnya di rumah. Janganlah salahkan guru kerana tidak mendisiplinkan anak-anak anda. Tidak ada seorang guru pun di dunia ini yang ingin melihat anak muridnya menjadi seorang yang tidak berdisiplin dan berakhlak apatah lagi kecundang di dalam pelajarannya. Ingat..Bermulanya pendidikan adalah di rumah bukannya di sekolah. Ibubapalah guru yang pertama dalam pendidikan anak-anak.

Apa pandangan / komen anda ?

Kalam Abu Musaddad / 11 Ogos 2008
http://ibnismail.wordpress.com
About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 11 Ogos 2008, in ARTIKEL, BICARA INSAN GURU, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Assalamualaikum Wr.Wb.
    Salam kembali dari Indonesia sahabat!,..setuju,..tugas seorang guru bukan hanya mengajarkan pelajaran di sekolah,..tapi harus menjadi panutan bagi murid-muridnya. Guru = di gugu dan ditiru. Selamat berjuang, semoga dirahmati Allah. Amiin.

    ****KAM : Wslm…Terima kasih kepada saudara erry kerana sudi berkunjung laman Kalam Abu Musaddad…EMMM mudah2an dipermudahkan segala urusan…Ameen…****

  2. Assalamualaikum Wr.Wb.
    Bapak Musaddad guru juga ya…, salam kenal. Saya juga guru pak, dari Kalimantan Selatan Indonesia. Saya juga setuju dengan pendapat bapak, meskipun karena perbedaan bahasa, saya perlu waktu untuk memahami maksud tiap kalimat dalam artikel. Kadang-kadang orang tua lupa bahwa mereka juga pendidik, sehingga begitu ada masalah dengan anaknya dalam hal pendidikan, seringkali guru di sekolah yang disalahkan.

    ****KAM : Waalaikummuslam wbt…Ma kasih kepada saudari Fitri Jamilah karena sudi mampir ke blog ini dan ma kasih jugak atas komentarnya…Jika ada waktu terluang dijemput mampir lagi ya…he he he…Tak mengapa itu bisa belajar sedikit demi sedikit bahasa m’sianya..saya pun ada juga bahasa indonesia yang susah banget untuk saya fahami..sama2 kita belajar k…Salam kenal dari Malaysa…****

  3. Assalamualaikum ….. semoga cikgu dapat memberi perkhidmatan yang baik dalam pendidikan. Mungkin satu hari nanti cikgu akan dianugerahkan Guru

  4. Cemerlang…. ( ter enter lah cikgu)…. salam dari kak aida (warga Jab. Pelajaran)

    ****KAM : Wslm…Em isyaAllah…Terima kasih banyak atas dorongan dan sokongan akak….****

  5. syarifah zulikha syed zulkernain

    smemangnya guru satu pkataan yg mulia, namun hakikatnya, sukar utk mdpt guru yg bnr2 mengerti. begitu jg dgn pljar yg sukar utk mghargai.

    ****KAM : Guru tetap guru…daripada buta huruf sehingga kenal dengan huruf “A” adalah dari seorang insan yang bernama GURU…****

  6. syarifah zulikha syed zulkernain

    ustaz, maafkan sy gka btanya soalan sbegini. bisa terangkan perihal origin syed, syarifah, nik, wan, tuan dn sebagainya? sy tdk berapa mengerti.

    ****KAM : Sebenarnya ustaz pun kuang arif jugak bab ni…Tapi Syarifah boleh baca di website ni http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/rahsia-nama-nama.html ****

  7. Saya sgt setuju, saya seorg guru & lebih bnyk mendgr rungutn & komplen ibubpa dri ucpan penghrgaan. Semua hal yg salah dmata mereka akn terus dituding kpd guru tnpa usul periksa. Ada yg dpaksa utk mgaku sesuatu yg tdak dbuatnya hnya utk memuaskn hati pihak penjga. Hal sebegini berlaku, siapakh yg membela guru? guru juga manusia biasa tpi jika mereka membuat kesilpn memg susah utk dimaafkn, sesungguhnya dugaan seorg pendidik tu berat sekali sekala jika kesabarannya ter gugat kesilpn mungkin akn terjadi. Mereka hanya menghrpkn pengertian & timbang rasa ibubapa.

  8. Oh ye ke ada aku kesah hinya pun

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 143 other followers

%d bloggers like this: