ETIKA KERJA DALAM ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim…

Setiap pekerjaan menjadi sebahagian daripada amal ibadat jika dilakukan mengikut syaratnya. Islam memandang mulia semua jenis pekerjaan sama ada bekerja sendiri atau makan gaji dan memandang hina sesiapa yang malas kerja serta mengharapkan belas ihsan orang lain. Galakan bekerja dituju kepada golongan lelaki yang bertanggungjawab memberi nafkah kepada keluarganya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa seseorang yang mengambil seberkas kayu api dan diletak atas belakangnya untuk dijual, Allah melindungi maruahnya. Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada mereka memberinya atau tidak.”

Bekerja wajib dalam perkara yang halal kerana hasil usaha adalah untuk memberi nafkah kepada ahli keluarga di samping memastikan ia akan memberi keberkatan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Pekerjaan yang paling baik ialah pekerjaan seseorang dengan tangannya dan semula jual beli yang mabrur (yang tidak bercampur dengan perkara diharamkan).”

Etika kerja dalam Islam menitikberatkan disiplin serta menepati masa. Setiap pekerja diberi syarat termasuk waktu berkerja dan menjalankan segala arahan dalam masa ditetapkan. Malangnya, ada sebilangan yang suka curi tulang.

Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taubah, ayat 105 yang bermaksud:

“Dan katakanlah (wahai Muhamad): beramallah kamu (akan segala) yang diperintahkan, maka Allah dan Rasulnya serta orang beriman akan melihat apa kamu kerjakan, dan kamu akan dikembali kepada (Allah) yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, kemudian dia menerangkan apa yang kamu kerjakan.”

Pekerjaan yang dilakukan juga tidak menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah seperti mendirikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (daripada menjalankan perintahnya. Dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian mereka itulah orang yang rugi).” (Surah al-Munaafiqun, ayat 9)

Selain itu, Islam melarang keras sebarang penipuan dalam urusan jual beli ataupun dalam bentuk muamalat lain terhadap pelanggan. Imam Ahmad meriwayatkan apabila Rasulullah SAW melihat makanan yang dijual sudah rosak, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Jual dan bahagikan setiap bahagian mengikut kualitinya kerana sesiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami.”

Justeru itu, untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT kita hendaklah melakukan sesuatu kerja itu berasaskan etika yang telah digariskan dalam Islam. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Berlakunya rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya.

Apa pandangan anda ?

Kalam Abu Musaddad / 29 Julai 2008

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 29 Julai 2008, in ARTIKEL, Bicara Agama, Tazkirah. Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. Apa-sahaja kerja yang kita laku dan usahakan, pokok pangkalnya adalah niat kerana Allah swt. Semuanya akan kembali kepada Allah swt yang memberi dan menerima usaha kita.

    Jika sukar macam mana sekalipun, buat dengan senang hati, seronok dan anggap kerja itu satu ibadat dan dakwah pada jalan Allah. Insya Allah segaa kepayahan dan kesukaran pasti menemui kemudahan dan kesenangan kerana punca hati kita berpaksikan Allah Yang Maha Kaya lagi Bijaksana.

    Tahniah ! atas kejayaan yang diperolehi. Semoga kejayaan itu akan menyemarakkan dunia keguruan Alwi dengan lebih mantap dan penuh keberkatan. Saya cukup gembira dan tumpang kegembiraan itu.

    KAM : Terima kasih atas dorongan ustazah…Memang gembira sangat…

  2. Mohamad Tarmizi

    Assalamualaikum.
    Saya sedang membuat kajian tentang ‘Peranan etika kerja islam dalam melahirkan pekerja cemerlang’.
    Artikel diatas sedikit sebanyak membantu dalam kajian saya.

    ****KAM : Wslm wbt…Oooo ye ke…Em kalau macam tu syukurlah….****

  3. pandangan yang bernas… saya bersetuju bahawa kaum adam di`kejut’kan dan di’ingat’kan bahawa mencari nafkah untuk keluarga ialah tanggungjawab mereka… didikan awal sejak dari kecil lagi kepada anak-anak lelaki patut dititikberatkan kerana mereka lah yang akan mencorakkan keluarga di masa hadapan.

    http://www.suriaterang.blogspot.com/

  4. kerja adalah satu ibadah… ramai antara kita yg sudah sedia maklum tentang work ethics in Islam… drp perkara sekecil menepati masa hingga sebesar mengambil rasuah adalah dilarang dlm islam dan juga dibenci majikan. persoalannya, macammana untuk kita atasi masalah ini atau membendung agar tidak lagi parah dan merebak ke genearasi muda. adakah cukup sekadar ceramah peringatan ataupun tindakan undang2?

  5. kerja adalah satu ibadat jika dilakukan dengan penuh ikhlas, hanya Allah yang dapat menilai keikhlasan kita, kerjalah dengan berlapang dada mengikut segala syariat dan panduan Islam, sama-sama lah kita islah diri kerja dalam mematuhi segala yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNYA, peringatan adalah penting bagi seseorang kerana “agama adalah nasihat”, diri adalah paling penting untuk sentiasa ingat bahawa kita adalah hambaNYA hanya untuk beribadat kepadanya, ikhlaslah dalam melakukan amal ibadah, hanay DIA yang membalasnya di dunia yang Kekal selamanya kelak…sama-sama lah kita bekerja atas landasan Islam jalan hidup seharian..

  6. Assalamualaikum….

    Saya nak minta pendapat semua, sekarang saya bekerja di salah sebuah syarikat separuh kerajaan separuh swasta hampir 2 bulan. Saya nak berhenti kerana pekerjaan saya sekarang lari dari bidang yang diambil semasa belajar dahulu dan saya kurang faham dan berminat dengan kerja saya sekarang. Kerja saya agak mudah tapi saya tidak mendapat kepuasan dalam bekerja tidak seperti di syarikat lama saya dahulu. Sebelum bekerja di sini, saya bekerja di syarikat swasta. Pekerjaan saya sebelum ini memang sama dengan bidang yang dipelajari cuma kerja tersebut agak mencabar, susah dan penat tapi bila saya dapat selesaikan satu kes atau kerja saya rasa sangat puas hati dan seronok. Berbeza dengan kerja saya sekarang walaupun agak rileks dan gaji agak banyak tapi saya tak rasa puas dengan apa yang saya kerjakan. Jadi saya mengambil keputusan untuk berhenti dan ingin menyambung kembali pekerjaan di syarikat lama kerana di situ pun bos-bos saya sangat baik dan mengambil berat serta tidak kedekut untuk mengajar walaupun mereka bukan islam. Mereka orang cina tetapi yang paling saya terharu mereka suka bertanya kabar dan suka mengajar seandainya saya tidak faham sebab kerja saya memang agak rumit. Sangat berbeza di tempat kerja saya sekarang. Walaupun kebanyakannya Melayu tapi sikap toleransi dan kerja berpasukan agak kurang. Kadang2 saya sedih melihat sikap mereka yang hanya mengejar pangkat, gaji yang besar dan bonus hingga tidak nampak sebenarnya mereka boleh pergi lebih jauh dan tidak bergantung pada gaji yang besar sahaja.

    Saya ingin bertanya pendapat semua. Adakah betul pilihan saya untuk berhenti dan kembali ke syarikat lama. Dulu saya tak paham yang konsep bekerja itu adalah satu ibadah tapi setelah saya pergi ke kursus bina insan baru celik mata hati saya. ALlah itu Maha Kaya. Apa yang ingin saya cari adalah redha Allah dalam bekerja. Saya rasa kat tempat sekarang lebih banyak lagha/perkara-perkara tidak berfaedah dari bekerja itu sendiri. Itu pendapat saya tapi saya tak salahkan mereka. Masih ada antara mereka yang betul2 bekerja. Saya sangat respect. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

    Kepada sesiapa yang ingin memberi pendapat boleh e-mail kepada saya badza63@yahoo.com

    terima kasih/wassalam.

  7. Tuan,izinkan saya mengambil artikel tuan untuk saya jadikan panduan membuat tugasan di universiti saya..
    Minta halalkan.

  8. Setuju. Menjalankan kerja perlu dengan etika yang ditetapkan, dari segi Islam terutamanya, dan dari segi etika profesionalisme.

  9. jangan curi masa nanti binasa..

  10. Mohon ambil idea tuan untuk buat presentation..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 859 other followers

%d bloggers like this: