Kesan Ajaran Sesat Terhadap Diri, Keluarga dan Masyarakat

Sejak kebelakangan ini banyak akhbar-akhbar tempatan melaporkan isu yang berkaitan ajaran sesat yang berlaku di sekeliling masyarakat kita. Hampir setiap hari dan setiap minggu kita dapat membaca artikel yang berkaitan ajaran sesat. Hari ini harian metro sekali lagi membongkar satu kegiatan kumpulan yang dipercayai mengamalkan ajaran sesat yang bergiat aktif di sebuah taman perumahan di pinggir ibu kota. Klik di sini untuk baca.

Kemunculan ajaran sesat adalah disebabkan kecetekan ilmu pengetahuan mengenai agama Islam. Ia akan memberi kesan terhadap akidah umat Islam.

Apabila terpengaruh dengan ajaran sesat, seseorang itu akan terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Termasuklah melakukan perbuatan-perbuatan syirik dan khurafat. Contohnya percaya kepada ibu duit, pemujaan kubur, memuja roh adalah perbuatan khurafat.

Sekiranya kemunculan kumpulan ajaran sesat ini tidak dibendung, ia akan memberi kesan terhadap diri dan masyarakat. Antara kesan-kesan apabila seseorang itu terjerumus dengan ajaran sesat ialah :

Minda terkongkong

Apabila seseorang itu telah terjebat dan mengikuti ajaran sesat akan menyebabkan minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana sifat ketaksuban mereka.

Lupa tanggungjawab terhadap keluarga

Mengikuti kumpulan ajaran sesat juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub dan melampau dalam beragama. Keluarga tidak terurus dengan sempurna sepertimana yang di amanahkan oleh Allah SWT dan keadaan ini juga boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.

Perpaduan tergugat

Perpaduan di dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran ajaran sesat ini. Hal ini boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindas menindas sesama sendiri kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh.

Justeru itu, umat slam disarankan agar menjauhi golongan-golongan pelampau agama iaitu mereka yang berpendirian dan bertindak keterlaluan dalam beragama. Seperti pelampau syiah, wahabi atau salafi moden, Islam liberal dan lain-lain.

Bagi menjamin diri dan keluarga tidak terbabit dengan ajaran sesat, umat Islam jangan jemu mempelajari ilmu berkaitan Islam, kerana mereka yang berilmu tidak akan tersesat.

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 18 Julai 2008, in BICARA AKIDAH, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Javad Al-Kadzim

    Imam Ali as, “Seseorang cenderung memusuhi yang tidak diketahuinya.”
    Untuk memahami syi’ah dari yang anti syi’ah baca situs http://www.hakekat.com sedang yang melucuti kebohongan hakekat.com http://satriasyiah.wordpress.com.

  2. alhamdullillah….time kasih ntuk nasihat ustaz…..saya akan apply dlm kehidupan di dunia

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 143 other followers

%d bloggers like this: