Semakan status rayuan IPTA Bagi Lepasan SPM dan STPM

2008 Julai 13
by Abu Musaddad

Assalamualaikum wbt…Di umumkan Kepada pemohon program pengajian lepasan SPM dan STPM, anda boleh menyemak status rayuan bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk sesi 2008/2009 mulai Isnin ini.

Semakan boleh dibuat melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sila Klik di sini untuk menyemak dan anda juga boleh membuat semakan melalui SMS iaitu dengan menaip UPU<jarak>nombor kad pengenalan/ MyKad dan menghantarnya ke 32300 atau 32020.

Sekiranya pemohon tidak menerima tawaran daripada mana-mana IPTA sehingga 31 Julai ini, maka rayuan dianggap gagal.

Maklumat lanjut, boleh menghubungi talian hotline dan helpline 03.88835858 dan 03.88835848 untuk semakan dan bantuan.

Bagi yang berjaya TAHNIAH diucapkan…

Satu Respons leave one →
  1. 2009 Jun 20

    macam mana nak buat rayuan ke ipta dalam online.?

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS