Islam haramkan rasuah kerana cetus kezaliman

AMALAN rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa atau mengambil manfaat yang bercanggah dengan undang-undang dan moral manusia. Amalan rasuah adalah penyakit tertua manusia seperti juga pelacuran.

Menurut statistik Badan Pencegah Rasuah (BPR), pada 2007 sebanyak 590 tangkapan dibuat manakala pada Januari lalu saja 80 kes dilakukan. Apa yang membimbangkan ialah jika rasuah terus berleluasa, dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara.

Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar dalam perbelanjaan tetapi sumber kewangan sedikit, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan cepat, sifat tamak haloba dan amat meyakini mengamalkan rasuah dapat dielakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Hakikatnya mereka yang mengamalkan rasuah mempunyai kualiti moral rendah, tidak mempunyai harga diri dan sanggup menggadai integriti sebagai manusia demi untuk mencapai matlamat salah.

Dalam sesebuah organisasi, kadang kala pengamal rasuah mempamerkan penampilan diri yang hebat hingga mampu menenggelamkan sifat tersembunyi dirinya yang bercanggah dengan budaya pengurusan.

Langkah awal untuk mengesan pengamal rasuah ialah memantau gaya hidup dan memerhatikan laporan perisytiharan harta. Jika nyata ada keraguan yang munasabah, maka aduan perlu dibuat kepada pihak berkuasa supaya siasatan dilakukan.

Islam memberi amaran keras kepada manusia supaya tidak terbabit dengan perbuatan rasuah. Islam mengharamkan mengaut harta orang lain secara rasuah sedangkan menyedari perbuatan itu berdosa.

Ketika mengulas perkara itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan.” � (Hadis riwayat Ahmad)

Islam mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah, menghapuskan peluang mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta di kalangan pihak tertentu saja. Selain itu, kita bimbang gaya hidup rasuah akan mempengaruhi tabiat integriti keturunan akan datang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka.” � (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

Berdasarkan hadis itu jelas ada kaitan kuat bahawa keturunan dan anak pinak yang bersumber daripada darah daging haram akan kemungkinan besar terpengaruh dengan gaya hidup menjerumuskan ke dalam api neraka. Sebagai ibu bapa beriman apakah kita rela mewariskan dan menanamkan kesinambungan sifat keji dalam diri keluarga kita.

Dasar Islam dalam pekerjaan adalah jelas. Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha supaya mereka menjadi umat terbaik dan contoh kepada pihak lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.” Hakikatnya Islam adalah agama pembawa rahmat kepada manusia sejagat kerana mengajar umatnya berzakat dan bersedekah tetapi melarang umatnya mengamal rasuah dan menjadi peminta sedekah.

Bagaimanapun setiap pekerjaan itu hendaklah mengikut standard piawaian ditetapkan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Setiap pekerjaan dianggap sebagai ibadat jika memenuhi standard piawaian etika kerja Islam seperti hukum haram, wajib, harus, makruh dan sunat. Standard piawaian ini akan menjadi panduan dan menentukan pekerja bersifat amanah terhadap akauntabiliti bidang tugas yang ditetapkan.

Apa yang nyata, dasar Islam dalam pekerjaan bertujuan membawa rahmat kepada manusia sejagat iaitu memberi perkhidmatan memuaskan kepada pelanggan dan masyarakat. Jika semangat berzakat dan bersedekah diamalkan serta menjauhi tabiat meminta-minta dan rasuah maka warga organisasi mampu mewujudkan organisasi hebat dan cemerlang kepada pelanggan serta masyarakat.

Hanya manusia yang kuat berpegang kepada nilai agama dan mempunyai integriti tinggi mampu menolak amalan rasuah. Dengan demikian mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:

  • Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan beriman dan berintegriti;
  • Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan;
  • Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi najis rasuah;
  • Membuktikan bahawa amalan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan berjaya mencegah dirinya terbabit dengan najis rasuah.
  • Dalam usaha mewujudkan kesinambungan keluarga yang beriman dan berfungsi sebagai pembawa rahmat kepada organisasi serta pelanggan, maka renungilah peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji.” � (Hadis riwayat Ahmad)Sumber : Ghafani Awang Teh http://www.bharian.com.my/ Penulis ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma) Jakim
  • About these ads

    About Abu Musaddad

    "Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

    Posted on 21 Mei 2008, in ARTIKEL, Bicara Agama, Isu Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 142 other followers

    %d bloggers like this: