60,000 masih hilang gempa bumi di China

DUJIANGYAN: Sekurang-kurangnya 60,000 orang masih hilang dalam bencana gempa bumi China yang turut mencetuskan kebimbangan akan meningkatkan lagi angka kematian secara mendadak.

Akhbar The Telegraph memetik laporan media tempatan menyatakan, angka kematian rasmi setakat ini adalah 13,000 orang namun agensi berita rasmi menyatakan bilangan yang jauh lebih besar berikutan kehilangan ramai mangsa di Wenchuan, di barat daya Chengdu yang juga ibu kota wilayah Sichuan.

“Di Yingxiu, bandar yang didiami 12,000 orang, hanya seramai 2,300 mangsa ditemui hidup,” kata Pengarah Pejabat Bencana bandar itu, He Biao kepada stesen televisyen China.

“Di satu lagi kawasan di barat daya China, 80 peratus rumahnya roboh. Begitu juga jalan raya dan jambatannya dan setakat ini 60,000 penduduknya masih hilang. Ada laporan menyatakan mendengar suara orang di bawah runtuh merayu bantuan, tetapi tiada siapa pun mampu berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang pasukan bantuan profesional,” katanya.

Antara mangsa yang hilang termasuk lebih 24 pelancong Britain dan Amerika Syarikat yang dipercayai mengikuti program meninjau kehidupan panda di Wenchuan. Di kawasan terletaknya Taman Hidupan Semula Jadi Wolong yang menempatkan kumpulan terbesar panda di dunia yang hidup dalam kurungan.

Sementara itu, China menghantar 50,000 askarnya ke Sichuan dalam usaha mencari dan menyelamatkan saki baki mangsa masih hidup yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan dalam gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter, Ahad lalu.

Namun usaha itu sukar kerana mereka perlu menempuh beberapa kejadian tanah runtuh yang memutuskan Wenchuan dari dunia luar.

Setakat ini, kurang 19,000 orang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan di Mianyang – antara bandar paling teruk terjejas.

Sebuah kilang yang terletak di kawasan pinggirnya, hampir ranap akibat gegaran kuat dengan sekurang-kurangnya 500 pekerja dan keluarga mereka, masih hilang, lapor sebuah media tempatan.

Di sebalik kebimbangan berhubung nasib mangsa, keadaan sebaliknya di Mianzhu apabila 500 orang masih hidup dapat ditarik keluar. Namun, angka kematian di kawasan itu meningkat kepada 3,000 orang.

Sepasukan 1,300 tentera dan petugas perubatan yang berjalan kaki, tiba di Wenchuan – mukim yang menyaksikan gempa itu melanda, Ahad lalu.

Tiada pasukan bantuan besar-besaran dengan bantuan peralatan sesuai, dapat memasuki Wenchuan berikutan laluan yang merentasi kawasan pergunungan itu terputus akibat tanah runtuh. Ketika anggota penyelamat bergelut untuk membantu mereka yang terperangkap di kawasan tinggi, mereka di kawasan tanah pamah di bahagian selatan berusaha untuk menarik keluar mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan. – Agensi

Sumber : Berita Harian Online

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 15 Mei 2008, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 860 other followers

%d bloggers like this: