Tips Komunikasi Berkesan

2008 April 1
by Abu Musaddad

komunikasi.jpgAssalamualaikum wbt…Kalamku berbicara lagi..Kali ini kalam ini membicarakan tentang komunikasi…Ahli teori bidang komunikasi berpendapat bahawa komunikasi adalah proses yang rumit. Tahukah anda apa sebabnya? Kita sering cuba mencapai sesuatu ke arah yang dinamik. Kata2 yang kita ucapkan sering kali hilang begitu sahaja, dan kita sering memikirkan sama ada apa yang kita ucapkan dapat ditafsirkan dengan tepat dan difahami oleh orang lain.

Justeru itu, Kalam ini ingin berkongsi terdapat beberapa tips bagaimana untuk berkomunikasi secara berkesan, antaranya ialah:

1. Sahkan Kewujudan Seseorang

Berkomunikasi dgn cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain.

2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan

Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya @ usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya.

3. Bahasa

Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.

4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita

Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi @ suri teladan sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.

5. Menghargai Orang Lain

Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit.

Dengan tips2 yang telah dikongsikan agar dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi supaya ianya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang lain.

WALLAHU A’LAM…

4 Respons leave one →
  1. 2008 Oktober 12
    fazli bin bahar permalink

    tips yg diberi amat berguna kepada setiap umat jika digunakan dengan sebaik mungkin moga kalam ini dapat diteruskan untuk kebaikan bersama assalamualaikum minta maaf jika ada bahasa menyakiti sesiapa…

    ****KAM : InsyaAllah kalam ini sentiasa berbicara selagi termampu…Syukran jazilan kerana sudi berkunjung ke laman ini….****

  2. 2009 Mac 2
    sarah permalink

    bagaimana ya utk menyatakan tidak kepadaa org yg momohon pertolongan kita tanpa buat dia berkecil hati?

  3. 2009 Oktober 18

    En Abu Musaddad!

    Tahniah dan terima kasih atas usaha untuk membantu orang lain…..Tips yang amat berguna , semoga dibaca dan amalkan oleh pengunjung laman ini.

    Teruskan usaha murni. Semoga diberkati ALLAH jua.

  4. 2009 Disember 10
    Zulhairri permalink

    Nasihat yang membantu dan berguna.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS