Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbt kepada semua pelawat blog ini semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Hari ini Kalam ini ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :

Firman Allah SWT yang bermaksud :

{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Mungkin banyak lagi kelebihan2 ayat seribu dinar ini. Sekarang…Ana ingin mengajak pelawat2 yang budiman sekalian mari sama2 kita dengar apa ulasan Ust. Zaharrudin (video) mengenai ayat seribu dinar ini.

WALLAHU A’LAM..

54 Responses to Kelebihan Ayat Seribu Dinar

  1. furkon nugraha berkata:

    Assalamualaikum warahmatullah.kalo saya ingin mendengarkan ayat seribu dinar apa bisa?

    Like

  2. alfadilah berkata:

    mengingatkan sy time kecik dulu tntg cite ni

    Like

  3. salwa berkata:

    teruskan usaha anda dalam usaha menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat yang semakin ketandusan sekarang

    ****KAM : InsyaAllah…Syukran kerana kunjungi laman ini….****

    Like

  4. junaidi berkata:

    saya brasal dari aceh dan pernah belajar di pondok pesantren malikussaleh panton labu aceh utara dan semasa saya hendak melakukan perantauan saya ke malaysia saya juga diajarkan oleh ustaz ayat 1000 dnr dan diamalkan 25 x selepas solat subuh dan 25 x selepas magrib dan usaha gigih dimalaysia alhamdulillah
    wassalam

    Like

  5. lukman berkata:

    Yup…ana da cuba amalkan..Insyaallah….

    Like

  6. tidak mengapake? ayat 1000 dinar ini digantungkan pada premis-premis perniagaan?betulke ayat ini digantungkan dikedai dapat murahkan rezeki pada peniaga?

    ****KAM : Em bagi ana, semua rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. DIA yang memberi…****

    Like

  7. saya perhatikan mana-mana premis niaga yang gantungkan ayat ini,semuanya maju dalam perniagaan.boleh mendatangkan apa-apake?

    Like

  8. rozi berkata:

    pada saya gantung ayat 1000 dinar tu bagus..tapi bukan satu sebab perniagaan kita boleh maju.. yang penting amalan… amalkan baca ayat 1000 dinar tu.

    wassalam

    Like

  9. hafiz berkata:

    laman ni memang bagus.
    insyaAllah, saya akan sentiasa berpandukan laman ni.
    dan saya harap,saya dapat memperkembangkan ilmu saya serba
    sedikit melalui laman ini.
    selamat maju jaya..

    ****KAM : Syukran sahabat….****

    Like

  10. mjeddy berkata:

    Maha Suci Allah sentiasa tahu apa yang kita sedang dan akan buat..amalkan ayat ini dengan yakin dan ikhlas,bersihkan diri dari dosa dan noda..insyaallah kita diberkati..bagi yang tidak percaya, terpulanglah kepada mereka..yang pasti, saya telah alaminya sendiri..bukan semua ustaz memiliki keyakinan yang tinggi kepada ilmu yang mereka ada, adakalanya mereka hanya mampu memberitahu kepada orang lain, tetapi dalam masa yang sama mereka juga leka dengan dunia sendiri..Sebagai hamba allah, kita hendaklah bertaqwa dan yakin dengan allah, bukannya dengan manusia.Mudah-mudahan kita dapat kembali kepada kumpulan yang suka bermuhasabah diri serta sentiasa bertaubat..oo ya, sebelum amalkan ayat ini, pastikan kita berguru supaya bacaannya betul..Insyaallah diberkati ALLAH

    Like

  11. Nabilah Azinan berkata:

    Assalamualaikum..alhamdulillah…banyak kelebihan..ana minta izin untuk copy bahan di atas ya…

    syukran khatira..semoga ALLAH memberikan rahmat dan barakah..

    Like

  12. norji ijung,kb berkata:

    Salam utk semua saudara seagamaku. Kita sama-samalah amalkan ayat ini utk dunia dan akhirat. Mohonlah kpd Allah dengan tulus dan ikhlas.Hasilnya hanya Allah yang menentukannya.Kita hanya berserah kpdNya.Semoga kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat,Amin.

    Like

  13. Rosley Hitam berkata:

    Pesanan dari para wali dari alam ghaib ( kepada manusia yg masih hidup supaya menjadi kaya raya kerana dgn kaya baru dapat berbakti kpd orang lain) bacalah ayat seribu dinar sebanyak 1000 kali dengan satu air sembahyang. Kalau tuan/puan dapat amalkan 2 atau 3 kali dalam seminggu tuan/puan akan dapat ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-sangka tapi Allah tetap meletakkan satu halangan di hadapannya. Saya telah banyak kali mencubanya, memang sentiasa ada ruang rezeki seperti yang kita hajatkan tetapi semuanya dengan satu halangan. Yang bulat tidak akan datang menggolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.
    ( Yang seeloknya amalkan selepas solat Isyak kerana ianya memakan masa ATAU mula pukul 10.30 malam dan pastikan tamat antara 11.55mlm – 12.00 tgh malam dan terus berdoa kerana masa ini pertukaran malaikat berlaku.Moga-moga malaikat yang naik ke langit akan menyampaikan hajat kita ……insya Allah )

    Like

    • norafizah berkata:

      en. rosley hitam, ape maksud 11.55mlm – 12.00 tgh malam dan terus berdoa kerana masa ini pertukaran malaikat berlaku….? mcm mne en boleh th?

      Like

    • Tanpa Nama berkata:

      En Rosley Hitam….tq 4 the info…sangat2 berguna sebagai panduan hidup umat islam..

      Like

  14. Nurfaeizah Othman berkata:

    penjelasan yang baik..serba sikit saya mengatahui fadilat-fadilat yang kita dapat pada ayat seribu dinar ini..terima kasih

    Like

    • Abu Musaddad berkata:

      Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Mudah-mudahan apa yg ada diblog ini dpt memberi manfaat kepada saudari dan rakan-rakan yg lain diluar sana..Insyaallah…Wallahu a’lam.

      Like

  15. Wanz Zaid berkata:

    alhamdulillah satu pencarian blog yg tidak sia2. Byk informasi buat tatapan serta renungan..Syabas kpd blogger..teruskan usaha murni ke arah memantapkan ilmu dunia dan akhirat. Mudah-mudahan segala sumbangan serta cetusan idea yg berguna buat semua akan akan sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Yang Maha Esa….Amiin…Teruskan usaha perjuangan memartabatkan wadah pemantapan intelektual khususnya buat kaum Muslim..

    Like

  16. fieza berkata:

    Alhamdulillah, saya baru saja mengamalkan ayat seribu dinar setiap hari selepas solat, bermula awal tahun aritu, memg rezeki datang tanpa dijangka, hajat dimakbulkan. Terasa begitu jahil & kerdil diri ini, seringkali meminta2 pada tuhan agar memakbulkan doa, sedangkan seringkali juga ingkar akan perintahNya. InsyaAllah, sedikit ilmu yg ada akan sama2 dikongsi bersama kwn2.

    http://fieza-beritadarialamghaib.blogspot.com/

    Like

  17. eiyla berkata:

    trima kasih cikgu atas tip yang cikgu berikan e2..mdah-mdahan saya dapat mhadapi exam dengan baek..ameen..

    Like

  18. norafizah berkata:

    sy br mengamalkan ayat ini sejak 3 hari yg lalu…mmg benar apabila sy membacanye hati sy tenang….sy bersyukur sgt, kenapelah sy x tahu sjk dulu lg…..

    Like

  19. Salam
    Insyalh akan sy amalkan n berguru dgn mereka yg tau agama,Guru pertama saya Ayah saya Haji Ramli Bin Haji Talib

    Like

  20. Tanpa Nama berkata:

    kk

    Like

  21. Fahmi sukri berkata:

    Insyaallah sy akn amalknya..mudah2 kta menjadi hmba allah n umat nabi saw yg brtaqwa kpd yg maha esa..

    Like

  22. seribudinar berkata:

    subhanallah walhamdulillah walailahaillallah allahuakbar!

    memang dah lama…lama sangat tau khasiat amal bacaan ayat seribu dinar. cuma kebelakangan ini rasa kuat hati nak mengamalkannya setiap hari…sangat hebat dan sangat bermanfaat bila beramal apajua kerana Allah Taala…selamat beramal muslimin muslimat yang dikasehi Allah Taala selalu…

    Like

  23. mieka berkata:

    Ayat seribu memang bagus untuk kelancaran kehidupan seharian. Teruskan mengamalkan dan berkongsi kebaikan dari ayat ini. TK

    Like

  24. Cik Teddy berkata:

    mohon copy yerk!thanks..

    Like

  25. monifa berkata:

    Salam dan mohon izin berkongsi pengalaman.. Saya telah mengamalkan membaca ayat ini tiap dlm sujud akhir solat. Alhamdulillah, hati sentiasa tenang dan sering mendapat rezki yang tidak terduga terutamanya ketika berada dalam kesempitan.. Baru2 ini saya dihadiahkan sebuah komputer riba oleh seorang sahabat baik walhal bukan pun hari lahir saya.. Syukur Alhamdulillah.. Yang penting kita beramal demi mencari keredhaan Allah semata-mata..

    Like

  26. alhamdulillah, saya juga mengamalkan ayat seribu dinar. Yang penting bukan saja mengamalkan bacaannya tetapi juga melaksankan ertinya sekali.

    Like

  27. Aqiqah berkata:

    silaturahimm..kaka

    Like

  28. inakarim berkata:

    En Rosley Hitam….tq 4 the info…sangat2 berguna sebagai panduan hidup umat islam..

    Like

  29. islam berkata:

    idak mengapake? ayat 1000 dinar ini digantungkan pada premis-premis perniagaan?betulke ayat ini digantungkan dikedai dapat murahkan rezeki pada peniaga?

    Like

    • Abu Musaddad berkata:

      Rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Insyaallah dengan mengamalkan ayat 1000 dinar dengan membacanya setiap hari dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Bukan digantung sahaja.

      Like

  30. Yan berkata:

    Salam, izinkan saya ambil sedikit artikel ini untuk dimuatkan ke dalam blog saya, terima kasih.

    Like

  31. sanura salleh berkata:

    alhamdulillah..dengan mengamal ayat ini sesudah solat 5 waktu, segala pekerjaan yang saya lakukan Allah permudahkan. kesukaran dalam menghadapi sesuatu masalah/ujian, Allah memberi jalan penyelesaian. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Terima Kasih Ya Rabb

    Like

  32. girl nk tau.. berkata:

    blh x amalkn utk d permudahkn dpt jodoh?

    Like

  33. Tanpa Nama berkata:

    assalamualaikum…izinkan saya utk mngambil maklumat ini untuk diongsi dgn sahabat sahabat yang lain…

    Like

  34. azmee, penang berkata:

    salam buat semua. saya selalu baca cuma 3 kali. berapa kali yg paling baik kita amalkan?
    mudah-mudahan kita akan dapat amalkan. tlg doa kan untuk saya semoga berjaya dlm hidup yg penuh rintangan ini. wassallam.

    Like

  35. hayati berkata:

    Saya dah lama teringin nak amalkan ayat 1000 dinar ni.. Tp kebetulan dlm mggu lepas sy terjumpa di internet ttg fadhilat kalau kita amalkan ayat ni..syukur Alhamdulillah.. Sejak sy amalkan memang Allah permudahkan urusan harian sy, saya baca 3x setiap kali lepas solat fardhu. Kalau ada kelapangan pun saya baca.. Lebih2 lg wktu dlm kekusutan & masalah bertimpa2.. Alhamdulillah rasa lebih tenang… Bersyukur sgt2… Sy berpegang pd “doa itu senjata mukmin”.. Jadi, selagi Allah beri peluang utk berdoa & beramal, insyaAllah takkan disia-siakan.. Wassalam

    Like

  36. Husna berkata:

    Alhamdulillah kerana saya ketemu dgn lelaman ini. Ia sangat bermanfaat.

    Like

  37. junidah Hj Sulai berkata:

    Syukur Alhamdulillah.. kerana bertemunya saya pada laman ini menjadikan ruang masa pada petang ini tidak sia2.. saya pernah mengamalkan membaca ayat seribu dinar suatu ketika dulu.. sekarang apabila saya terjumpa laman ini, seolah saya ‘mati hidup semula’.. syukur Alhamdulillah.. dan kepada pihak yang berkongsikan pengetahuan tentang ayat seribu dinar ini, semoga rahmat Allah ke atasmu..

    Like

  38. Norzita berkata:

    Alhamdulilah banyak ilmu yang saya dapat dalam pencarian ini .Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang telah sudi berkongsi ilmu semoga Allah melimpah gandakan rezeki kalian

    Like

  39. Haimin rayap aspal berkata:

    SUBHANALLOH.. Maha suci alloh..

    Like

  40. Kalamsanura berkata:

    Good and extremely

    Like

  41. azmee, penang berkata:

    membaca atau amal ayat seribu dinar. apa-apa kebaikkan yang kita dapat adalah dari Allah jua.kebaikkan buka datang drp ayat tersebut sebab rezeki dtg dari Allah. tak ada pun dlm hadis supaya ayat ini dijadikan zikir. kita baca ayat ni bagus; tentu Allah dgn kuasanya memberi kebaikkan. lebih baik kita baca ayat ini dan selawat atas nabi banyak2;istifar dosa kita atau kita amalkan zikir anjuran imam ghazali atau zikir2 yg dianjurkan nabi saw.

    Like

  42. azmee, penang berkata:

    surah al-waqi’ah hendaklah dibaca setiap malam supaya dgn barokah surah tersebut diperlancarkan rezeki kpd kita. ayat seribu dinar pun baca juga.

    Like

  43. fileex berkata:

    luar biasa ayat ini

    Like

  44. doni berkata:

    Jazakallah ahsanal jazaa’

    Like

  45. Andre slalu berkata:

    Izin amalkan,,,

    Like

  46. Andre slalu berkata:

    Izin amalkan

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada alfadilah Batal balasan