Tip Membuat Keputusan dan Pilihan Yang Tepat

Memandangkan mata susah nak lena saat ini walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.40 pagi, ana mulakan kalam ini dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim…Semoga kalam ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya tidak kira di mana anda berada dan siapakah anda.

Emmm..Terlintas di fikiran ana nak tulis pasal “Pengurusan Diri” kali ini. Almaklum sepertimana kita ketahui terdapat ramai dikalangan kita pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk mengurus diri terutama dalam membuat sesuatu keputusan. Apabila berlaku sesuatu masalah atau pun membuat pilihan sama ada berkaitan peribadi, kerja dan sebagainya mereka susah untuk menyelesaikannya dan membuat pilihan yang tepat. Mengapa hal ini berlaku??

Membuat keputusan merupakan satu cabaran kerana ia mungkin akan menimbulkan kesan yang baik atau buruk. Kematangan dan kebijaksanaan seseorang boleh dilihat daripada cara dia membuat keputusan. Terdapat keputusan yang boleh dibuat dengan serta-merta dan ada yang mengambil masa untuk difikirkan. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa adakalanya tidak membawa faedah, malah menimbulkan pelbagai perkara buruk. Maka, kita haruslah memahirkan diri dengan cara membuat keputusan yang betul antara tip2 untuk membuat keputusan atau pilihan yang tepat ialah :

1. Tenangkan Fikiran

Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal Pasti Masalah Sebenar

Fikirkan perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesannya.

3. Kenal Pasti Pilihan

Fikirkan semua pilihan2 yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat.

4. Mengkaji Baik Buruk Pilihan

Ingat! Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu diambil.

5. Membuat Pilihan Terbaik

Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik dan positif. Pastikan keputusan yang dipilih benar2 mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.

6. Tegas Dengan Keputusan

Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa.

7. Nilai Semula

Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.

Kesimpulannya dengan tip2 yang ana kongsikan pada kali ini mudah2an ianya sikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat sesuatu keputusan atau pilihan dengan lebih tepat. Semoga ianya dapat memberi kesan yang baik dan positif dalam hidup anda.

WALLAHU A’LAM…

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 12 Mac 2008, in Motivasi. Bookmark the permalink. 15 Komen.

  1. saya ingin mencari maklumat tentang cara-cara membuat keputusan yang betul

  2. sy mndpt twran k sek agme…
    tp sy x mahu k sana..
    gru2 sy mgharapkn sy utk bljr d sana.
    ap kputusan yg hrus sy ambil?..
    sy x mahu myushkn ibu bapa sy
    dan mghancurkn hrpan gru..
    ttpi..sy yakin utk mmilih x prgi k sek itu..

  3. Salam.
    Post yang menarik, sy quote sedikit ayat dari page ni, minta dihalalkan ya.

  4. saya mahu belajar tetapi saya risau dengan keadaan keluarga saya.sekarang hati saya berbelah bahagi antara perlu sambung study atau terus bekerja.Tetapi niat saya untuk belajar amat kuat.Bagaimana saya harus membuat keputusan?

    • Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman ini. Bagi pendapat saya, buat sementara waktu ini eloklah anda terus bekerja. Mungkin anda adalah harapan dan tulang belakang keluarga. Utamakan keluarga dahulu. Apabila semuanya sudah stabil, anda teruskanlah niat untuk sambung belajar itu. Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan anda.

  5. saya mendapat tawaran biasiswa untuk smbung blaja asasi sains di sunway college, dan saya mungkin dpt smbung blaja dlm bidang medic or farmasi tetapi saya tkt saya x dapat blajar di sna or sya x faham untuk blaja disana, saya juga dapat tawaran diploma farmasi di uitm tetapi tanpa biasiswa. saya lebih yakin study di uitm sebab saya yakin saya akan excel….bantu saya untuk buat keputusan…family saya sarankan untuk pergi ke sunway coz diploma mkn masa yg panjang…..esk saya kna daftar di uitm…saya harap saya dpt jwapan encik scepat mungkin

    • Pertama sekali selamat datang dan terima kasih diucapkan kpd saudari wani krn sudi berkunjung ke laman ini.

      Apa yg saya faham masalah wani di sini ialah utk memilih tempat sambung belajar sama ada di sunway college atau di uitm.

      Kedua2 tempat tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Jika wani memilih bljar di sunway college, kelebihannya ialah mdpt tawaran biasiswa. Manakala kekurangannya ialah keyakinan wani itu sendiri apabila blajar di sana.

      Jika wani memilih blajar di uitm, kelebihannya ialah wani yakin dan selesa blajar di sana. Manakala kekurangannya ialah tiada biasiswa dan hanya diploma.

      Sebelum tu saya nak tanya, blajar kat sunway college tu diploma or ijazah?

      Pada pandangan saya, jika dekat sunway college itu ijazah, elok wani blajar di sana kerana kekuatannya ialah dpt tawaran biasiswa dan jimat masa blajar wani. Tetapi kalau dekat sunway tu tawarannya diploma juga, eloklah wani memilih uitm. Sebab di situ wani sudah selesa dan yakin mdpt excel.

      Itu sekadar pandangan saya sahaja. Lebih elok lagi, wani lakukan solat istiqarah, mohonlah kepada Allah supaya Allah menunjukkan pilihan yg mana terbaik buat wani. Wallahu a’lam.

  6. assalamualaikum

    sy mempunyai masalah utk membat keputusan. Ada 3 llki hadir dlm ms yang sma, si A sudah sy kenal lama myimpn perasaan pd sy sejak sek men lagi. si B sy kenal melalui laman sosial friendster.. si C pulak kwn kakak sy y kakak sy kenalkan..

    mslh skrg sy tak tau memilih yang mana.. sbb bg sy msing2 ada kelebihan dan kekurangan

    sy cuma gadis biasa yang sgt manja dan perlu kn seorg llki y penyayang.

    si A sy lihat sgt mencintai sy, tp dia merokok. sudh ttntu mak sy tak suka dia.. pelajaran sma taraf dgn sy, keja jugak ok. sy dpt jd dri sy bila dgn die.. maybe sbb die kwn sek sy dulu. cra dia yang humor & suka bergurau jugak buat ati sy suka kwn dgn dia..

    si B plak sy kenal di friendster. seorg y penyabar.. dia sggup tggu sy slama beberapa thun ni..
    pelajaran rendah sikit dr sy, tidak merokok.

    si C plak kwn kakak sy. org yg kecik, kdg2 sy rs ia spt adik sy, dia baik, cuma dia tak makan nsik. sy tau benda ni nmpk macam lawak, tapi tu la hakikatnya.. sy tak tau adakah sy bleh uruskn dia y lain dr y lain tu. dgn dia sy dpt jd dri yang sebenar.. tu ja sy bleh ckp.

    sy dlm persimpangan tak tau y mana y sesuai utk sy. sy perlu decide 2 yang terbaik sebelum sy buat solat istikharah..

    sy harap encik dpt membantu sy. sy betul2 keliru.

  7. slm…
    tolong saya…saya ingin membuat pilihan sama ada ke sek sains atau masih di sekolah yg sana? saya dibelnggu dgn cerita2 org yg mngatakn sek sains itu menyusahkn dan byk plajar yg x snggup mneruskn pljrn di situ…nmun..ada rkn saya yg seronok brada di sana..ayh saya juga suka jika sy ke sana (sek sains)..apakh patut saya buat?:(

  8. slm…
    tolong saya…saya ingin membuat pilihan sama ada ke sek sains atau masih di sekolah yg sama? saya dibelnggu dgn cerita2 org yg mngatakn sek sains itu menyusahkn dan byk plajar yg x snggup mneruskn pljrn di situ…nmun..ada rkn saya yg seronok brada di sana..ayh saya juga suka jika sy ke sana (sek sains)..apakh patut saya buat?:(

  9. saya ingin berpindah rumah…skrg tggal dgn makcik..sya xthu keputusa sya ape skrg..sya betul2 buntu.

  10. makasih gan ,,
    saya sekarang sudah ada pilihan ,, makasih…

  11. saya sekarang sedang menjalani latihan industri di sebuah firma dan berjauhan dengan keluarga..saya mempunyai masalah dengan rakan saya yang juga pelajar pratikal dan rakan sebilik saya..masalah saya ialah pada beberapa hari lepas saya telah melakukan kesalahan yang tidak disengajakan tetapi rakan saya turut ditegur oleh penyelia mengapa perkara itu boleh berlaku sedangkan dia tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya..?? saya sudah menjelaskan perkara sebenar dan meminta maaf kepadanya tetapi dia tidak memberi respon malah sebaliknya bertindak melayan saya seperti orang asing di tempat kerja dan keluar bilik pulang ke rumah keluarganya yang tinggal berdekatan meninggalkan saya berseorangan..Sudah banyak kali dia meninggalkan saya berseorangan di bilik sewa itu untuk keluar dengan rakan-rakannya dan sedikit pun tidak bertanya akan keadaan saya..saya terfikir akan keselamatan saya di bilik kerana bilik yang saya duduki sekarang adalah rumah kedai yang dihuni oleh pekerja indonesia.. selain itu saya juga terfikir bagaimana saya hendak berhadapan dengan rakan sekerja di tempat kerja yang melayan saya sebegitu dan membuat saya sukar untuk melakukan kerja dengan sempurna..saya telah membuat keputusan menangguhkan latihan industri dan sambung semula pada semester akan datang..saya rasa ini yang terbaik untuk diri saya dan rakan saya..betulkah keputusan yang saya ambil ini atau adakah ini keputusan yang terburu-buru..??saya perlukan keputusan ini sebelum esok..bantulah saya

  12. sy ada masaalah rumah tangga… suami sy x nk berbincang n lari dr masalah kami… tinggalkn sy n 3 org anak…. bgai mn nk cr penyelesaian n keputusan

  1. Pingback: Law vs Art | alieff.com

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: