Tip Mengatasi Tekanan Minda

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt…

Di dalam dunia yang serba pantas dan mencabar ini, manusia secara tidak langsung telah didorong untuk bekerja dengan lebih kuat agar lebih produktif, kompetitif dan sentiasa maju ke hadapan. Ini menimbulkan rasa ketegangan dan tekanan dalam minda dan jiwa. Akibatnya manusia akan merasa rendah diri, hilang pertimbangan, luruh keyakinan, tidak bersemangat, mudah dirundung gelisah,kesedihan dan mengalami kelesuan. Beberapa usaha berikut dapat mereda ketegangan yang dihadapi, antaranya :

1. Bersikap realistik terhadap pekerjaan/tanggungjawab anda;

Akui kekuatan dan kelemahan diri. Sentiasa berfikiran positif. Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan. Memupuk sikap seronok bekerja/belajar.

2. Merancang kerja anda;

Kendali masa anda dengan baik. Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh. Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah. Mengagihkan kerja dengan baik.

3. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah;

Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik. Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya. Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian. Ambil tindakan secara wajar.

4. Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar;

Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku. Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda. Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar.

5. Amalkan komunikasi yang berkesan;

Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif. Luahkan pendapat anda dengan sopan, tegas, dan jelas. Hormatilah pandangan rakan anda.

6. Semaikan semangat bermasyarakat;

Jalinkan persahabatan dengan rakan-rakan anda. Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah. Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai. Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

7. Amalkan cara hidup sihat;

Luangkan masa untuk berehat dan bertenang. Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi. Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah. Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.

Wallahu A’lam….

About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 27 Februari 2008, in Motivasi. Bookmark the permalink. 11 Komen.

  1. slmt pagi kpd y bkenaan..sya seorg y bkerja pd masa kini dan bru juga menamatkn pengajian sya tetapi semenjak dlm beberapa bln dlm tahun ni…sy sering mengalami cobaan, dugaan dan ujian dr tuhan…sya hampir mbunuh diri mlm tadi…sya bt2 tertekan dgn msalah y sya hadapi skrng ni…sya xtau npa xda seorg pun y fhm keadaan sya..shinggakn sya mbebankn bapa sya..sya xtau bgmana nk mgatasi suma ni sbb sya rasa xda pyelesaian y sya temui…malah mslh makin bertambah besar…

  2. salam..umur saya 21 tahun..sekarang ni sy rasakan keliling sy penuh dgn masalah je..
    sy selalu lalai solat…tp sy teringin nk cukup 5 waktu..sy teringin nk rase ketenangan bersolat..
    setiap hari sy rase tekanan..sy rase sy dah mula kurang waras..smpi satu tahap saya boleh berniat utk mencederakan org yg buat sy tekanan..kadang2 saya ingin membunuh diri..
    tp sy rase semua tu sia2…sy xtau mcmn lg sy nk buat agar sy dpt sedikit ketenangan dlm diri..

    • Waalaikummussalam wbt….Saudari anne..

      Terima kasih kerana berkunjung ke laman blog ini…em saya harap anne beristiqfar byk2…Ingat Allah selalu. Jgn lakukan perbuatan yg sia2, yang boleh merosakkan masa depan anne. Sebaliknya anne kena berusaha agar solat 5 waktu tidak diabaikan. Kita sebagai org Islam hendaklah mgkt cara hidup Islam.

      Solat adalah kewajipan kita. So kita kena lakukan setiap waktu tidak kira di mana kita berada. Solat adalah tiang agama. Solat juga penawar utk ketenangan jiwa. Disamping menunaikan solat yang wajib, kita juga digalakkan perbanyakkan solat sunat seperti solat hajat dengan memohon keampuanan kpd Allah SWT agar diberi ketenangan jiwa dan permudahkan segala urusan hidup.

      Selain solat, bacalah al-quran setiap masa…Insyaallah jiwa akan menjadi tenang dan bahagia. Wallahu a’lam.

  3. bagaimana sya nk hilangkan tekanan??sy tertekan sngt bla pikir pasal mati…tolong sya..

  4. salam…saya berusia 21 thun mempunyai 2 masalah dalam 1 mse. pelbagai cara sudah sy cuba untuk mengatasi masalah tetapi tidak berkesan. ini menyebabkan saya hilang fokus dalam belajar dan mengalami masalah kesihatan.

  5. salam…sy berumur 21 tahun dan masih belajar di pusat pengajian awam…
    baru2 ini banyak kejadian2 yg tidak saya duga berlaku…sy hampir hilang pertimbangan dan pedoman…adakala sy menanyakan soalan yang bukan kpd Tuhan…
    saya tau itu salah..tp saya kadang2 nak tau knp segala yg terjadi terlalu kerap sedangkan saya tidak menganiaya sesiapa..dalam masa yg sama org yg selalu menganiaya saya masih mampu tersenyum gembira dan lebih gembira dr saya…bukan ke itu x adil…bukan ke baik di balas baik…sebaliknya di balas yg setimpal…
    saya hampir putus asa utk menereuskan pengajian memandangkan masalah yg membyat saya begitu tertekan…tambahan keluarga sy lebih perhatian kpd abang dan adik saya…
    setiap apa yg jd pd mereka ibu bapa saya akan sgt2 prihatin..sedangkn yg sedang berlaku kpd saya juga perkara serius…tp saya tidak dapat layanan yg sama..sy perlu tolong diri sy sendiri..tp mana mungkin…kadangkala sy perlu sedikit sahaja bantuan dan sokong dr yg terdekat…knp semua berlaku tidak adil kpd saya?

  6. salam,
    saya adalah seorang remaja yang mengalami tekanan, tekanan hidup saya dan hasil hubungan saya menyebabkan hati saya begitu tidak tenang. . mcm mn saya nak mengatasi masalah tekanan saya ini kerana saya bukanya orang yang ramai teman yang rapat.. tolong bantu saya.

  7. saya sering mengalami tekanan minda dan jiwa.saya takut kerana kadang2 saya ingin membunuh diri.saya sudah mencari punca masalah,tetapi ternyata saya tidak menghadapi masalah.sebenarnya,apakah yang berlaku pada diri saya?tolonglah saya.saya takut.

  8. apakah cara untuk meningkatkan keyakinan diri?

  9. harap dibalas k.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 143 other followers

%d bloggers like this: