Muhasabah Diri….

2008 Februari 13
by Abu Musaddad

Bismillahirahmanirahim…..

Segala puji dan syukur bagi ALLAH SWT yang mentadbir langgit dan bumi, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabat Baginda yang telah berjuang dan membawa kita semua daripada alam yang gelap gelita yakni alam jahiliah kepada alam yang penuh cahaya ilmu pengetahuan seperti mana kita kecapi di saat dan ketika ini.

Sebagai makhluk ALLAH SWT yang bergelar manusia..Satu hal yang perlu kita ketahui dan akui, setiap insan yang hidup di dunia ini mempunyai kelebihan, kekuatan, kelemahan dan kedhaifan diri masing2 sebagai hamba ALLAH SWT. Justeru itu kita di anjurkan supaya sentiasa bermuhasabah dan membuat refleksi diri setiap hari supaya kita mengetahui, sedar dan tidak leka dengan apa yang telah kita lakukan untuk menjadi seorang mukmin yang benar2 beriman kepada ALLAH SWT dan mencari keredhaan-NYA.

Maka apakah perlakuan dan tindakan yang kita lakukan pada hari ini benar2 berlandaskan perintah dan suruhan ALLAH SWT ?? Adakah tindakan dan perlakuan kita pada hari ini benar2 boleh mendekatkan diri ataupun kelakuan dan tindakan kita itu boleh menjauhkan diri daripada ALLAH SWT ?? Sekiranya berlaku sebaliknya APAKAH PERKARA2 YANG PERLU KITA LAKUKAN ???

Marilah kita sama2 bermuhasabah diri supaya kita tidak mudah di hanyutkan oleh arus hawa nafsu semata2 untuk mengejar duniawi sahaja tanpa mencari bekalan untuk ke negeri yang kekal abadi (akhirat) nanti…Justeru itu TANYALAH HATI DIRI SENDIRI…..

Tiada komen lagi

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS